Khamis, 21 Jun 2012

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


SIRI 18 ( AKTIVITI HOMESCHOOL <b>DI PASIR GUDANG</b> ) : CACATAN <b>...</b>

Posted: 04 Jun 2012 08:34 AM PDT


( GUIDANCE CORNER)

JANUARI 2012- PASIR GUDANG, JOHOR.
Ketika ini kami masih lagi berkampung di STATION 2 FCU yang bertempat di Pasir Gudang, Johor. Agak lama juga kami tinggal di sini kerana FCUPRODUCTION sedang menyiapkan beberapa projek korporat video beberapa syarikat swasta sekitar Johor Baharu. Memang betul kata para Ilmuan bahawa bergerak itu membawa berkat. Perjalanan kerohanian ini memang mempunyai serapang banyak mata. Bukan sahaja kefahaman dan amalan kerohanian makin meningkat, mewujudkan pembelajaran yang membuka minda seisi keluarga , malah rezeki juga seolah-olah menanti kami untuk disunting. Begitulah ketentuan Ilahi dan kita sebagai makhluknya yang dhaif perlulah berdoa, berusaha dan tawakkal.
Sepanjang perjalanan di dalam wira-wira setia kami, banyak sessi pembelajaran secara santai dapat disampaikan kepada para pelajar FCUHOMESCHOOLING. Afiq, Afiqah dan Alyssa memang sentiasa bersama tenaga pengajar untuk diajar tanpa mengira waktu dan tempat. Bila terserempak dengan sesuatu yang menangkap minda kami, maka itulah topik pembelajaran buat cucunda tersayang. Berbagai-bagai soalan mereka ajukan apabila terlihat sesuatu yang mereka minat dan ingin tahu. Pada pandangan saya, perjalanan ini sangat berharga buat FCUHOMESCHOOLING kerana bukan senang untuk berkembara dalam bilangan ahli keluarga yang ramai dari datuk, nenek, ayah ibu dan cucu-cucu. Konvo kami sering melibatkan 3 buah kereta bila ayahanda dan bunda Alyssa bercuti hujung minggu.
Hafidz pula bersama abang-abangnya dalam kereta yang lain. Perjalanan ini betul-betul mematangkannya. Banyak yang dia belajar dari abang-abang cara untuk mengambil photo yang berkualiti. Sekali gus....cara untuk edit gambar dan video. Keperibadian abang-abangnya banyak membentuk Hafidz untuk jadi lebih dewasa dari rakan-rakan sebayanya. Memang berbaloi bersekolah di rumah jika dibandingkan dia bersekolah biasa. Banyak target-target kami sebagai pengajar sudah terlaksana dan kini Hafidz sudah diambang remaja yang memang banyak liku-liku kehidupan perlu dihadapinya.
TAHNIAH KEPADA PELAJAR FCUHOMESCHOOLING
Ucapan tahniah ini adalah dari pelajar FCUHOMESCHOOLING kepada diri sendiri. Ia kedengaran sangat pelik tapi itulah yang berlaku. Buat sekian kalinya kami, pelajar FCUHOMESCHOOLING telah berjaya menerbitkan sebuah filem sulung kami. Filem ini memaparkan aktiviti pelajar homeschool kami iaitu Afiqah, Afiq dan Alyssa. Ini adalah hasil kerja students FCUHOMESCHOOL semata-mata, tanpa campur tangan FCUPRODUCTION. Walaupun filem ini banyak cacat celanya tapi ianya sangat membanggakan bagi beginers seperti kami. Saya sebagai tenaga pengajar, dan  juga sebagai pelajar FCUHOMESCHOOL. Untuk mengajar mereka saya sendiri banyak belajar berbagai ilmu. Pembelajaran di rumah memang tiada hujungnya.
FILEM PERTAMA PELAJAR FCUHOMESCHOOL:
Ini adalah sebahagian dari SIRI PENJELAJAHAN FCU KESELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA. Penceritaan kami belum sampai di bahagian Regendry Resort Gunung Jerai lagi. Insyaallah akan kami buat liputan ringkas dalam siri perjalanan yang akan datang.

Seperti yang dipaparkan...Afiqah dan Afiq memang senang sahaja menyebut perkataan Allah dalam kehidupan seharian mereka. Memang pada mulanya kita ajar mereka semasa mereka kecil. Bila makin besar, kita akan dapati mereka kaitkan Allah dalam setiap peristiwa secara spontan sahaja. Amazingkan...didikan dari kecil yang berasaskan tauhid...!

MENGENAL DAN MENCINTAI ALLAH DALAM SETIAP TINDAKAN

Apabila kita homeschool anak-anak kita, yang paling ketara kebaikannya ialah anak kita sentiasa bersama kita. Jadi kitalah pendidik mereka sebaik sahaja mereka lahir di dunia dan seterusnya. Anak-anak kecil sangat senang terpengaruh dengan suasana sekeliling mereka. Setiap pengaruh itu akan berakar umbi dalam diri mereka dan akan terus berkembang hingga sukar untuk kita memadamnya . Kesan ini terus mempengaruhi mereka hingga mereka besar. Adalah agak mustahil untuk kita hapuskan pengaruh ini terutamanya mereka banyak habiskan masa mereka bersama rakan-rakan sebaya di sekolah dibandingkan dengan ibubapa yang sepatutnya mendidik mereka. Makin besar mereka makin kurang waktu mereka bersama kita. Cuba kira berapa jam sehari. Itu pun...setakat mereka hanya wujud di rumah tetapi hakikatnya mereka sibuk dengan kerja sekolah dan kita pula sibuk dengan kerja kita. Apahal??

Tanpa kita sedari, pendidik kepada anak-anak kita adalah rakan sebaya mereka . Sungguh malang sekali ........

Homeschool memberi peluang yang luas kepada kita untuk mengenalkan mereka dengan Pencipta Agung dalam setiap detik bersama anak-anak. Nama Allah diajar sebaik sahaja mereka lahir didunia. Memang kami usahakan agar perkataan pertama mereka sebut adalah "ALLAH ". Kesannya? Menyenangkan proses penerapan cinta pada Allah kepada mereka dalam didikan seterusnya. Memang berkesan.....!



Cara kami menanam kecintaan dan ketaaatan kepada Allah pada anak-anak:

Nak mula makan...
Mulakan sebut nama Allah

Masa makan atau situasi mereka mendapat sesuatu

Siapa yang bagi ni.....Allah!!

Bila mereka sakit atau dapat musibah (jatuh ke...)
Minta ampun dari Allah sebab tanda ada dosa
Doa pada Allah agar cepat sembuh..

Bila mereka menonton tv
Minta pada Allah ilmu yang baik dari apa yang ditonton

Bila mereka melihat benda cantik umpama pemandangan...
Puji Allah kerana segala ciptaaan adalah kepunyaan Allah.

Bila mereka inginkan sesuatu, suruh mereka minta pada Allah. Fahamkan bahawa hanya Allah yang dapat izinkan kita membeli apa yang mereka mahu. Hanya Allah yang izinkan kita ada rezeki (wang) untuk membelinya.

Bila apa yang kita rancang, contohnya nak bawa mereka bersiar-siar atau ke playground tapi tak jadi atas sebab hari hujan dan sebagainya. Beritahu mereka Allah tak izinkan dan mesti ada hikmah disebaliknya.

Bila mereka bergaduh sesama sendiri...
Beritahu mereka Allah tak sayang mereka yang pentingkan diri sendiri

Pendek kata.....Kita asak pemikiran mereka dari kecil lagi bahawa Allah itu adalah segalanya. Allah ada di mana-mana  dan Maha Pengasih dan Penyayang.

Bila mengajar mereka samaada sains, sejarah, geo dan sebagai....
Perkataan Allah sentiasa diselitkan kerana apa yang berlaku hanya dengan izinnya

Dengan sendirinya....mereka dapat merasakan Allah itu Maha Besar dan Allah ada segala-galanya. Masyaallah.....Memang berbeza dengan didikan di sekolah biasa. Berapa kerat aje guru yang dapat kaitkan Allah dengan apa yang diajarnya.

AFIQAH SEBAGAI GURU KECIL:
Dalam usianya yang masih mentah, gadis kecil Afiqah The Genius telah menunjukkan minat yang mendalam sebagai pengajar. Dia sering mempertunjukkan nilai-nilai yang baik buat Afiq dan Alyssa. Memang menjadi sasaran kami dalam FCUHOMESCHOOL, pelajar yang lebih besar menjadi guru kepada yang lebih kecil. Begitulah juga Hafidz banyak belajar dari abang-abangnya tentang berbagai-bagai ilmu. Dan kini Afiqah pula berperanan sebagai guru kepada adik dan sepupunya. Afiq dan Alyssa pula tidak ketinggalan menyertai apa sahaja aktiviti yang dilakukan oleh Afiqah.
MEMANG AFIQAH BERBAKAT UNTUK MENJADI PENGAJAR YANG CEMERLANG BUAT FCUHOMESCHOOLING. VIDEO INI MEMPERLIHATKAN BAKATNYA .
Alyssa The Amazing girl. Memang dia seorang yang amazing. Pasti akan mengikuti kelas homeschool dan sentiasa mahu buat apa abang dan kakaknya buat. Kadang-kadang mereka terpaksa "lari" darinya kerana dia akan merampas apa yang kakak dan abangnya tengah baca. Bila tak dapat....pasti menangis. 
 Kemahuan Alyssa cukup kuat.....
AFIQ JUGA MEMPUNYAI BAKAT SEPERTI KAKAKNYA. VIDEO AFIQ MENGAJAR ALYSSA MELAKAR BULATAN.
VIRGIN COCONUT OIL MEMANG BAIK UNTUK MENINGKAT KEPERKASAAN TUBUH BADAN KITA. ALYSSA MEMANG SANGAT MENGGEMARINYA. SAKSIKANLAH BAGAIMANA ALYSSA MINUM VIRGIN COCONUT OIL.
Permainan LEGO adalah antara kegemaran mereka. Alyssa pun dah dapat cantum-cantum block lego dengan baik. Selalunya dia akan cuba runtuhkan apa yang kakak Afiqah dah bina dan cuba buat balik ikut versinya sendiri.
AKTIVI MEMBUAT GAM SENDIRI:

Menggunting kertas adalah aktiviti yang menyeronokkan bagi pelajar-pelajar ini.
Alyssa juga cuba menggunakan gunting buat pertama kalinya. 
Terkial-kial dia cuba meniru abang dan kakaknya.


 
 Terpaksa menunggu masa Alyssa tidur baru dapat buat paper bowl. Kehadhiran Alyssa memang akan menceriakan suasana kerana Alyssa akan rebut apa sahaja kakak dan abangnya pegang. Peralatan yang digunakan dalam pembuatan paper  bowl.

VIDEO AFIQAH DAN AFIQ MEMBUAT PAPER BOWL

AKTIVITI MEMBUAT KERABU PUCUK UBI

Memperkenalkan sayuran kampung kepada Afiq dan Afiqah. Mereka tak gemar makan buah peria kerana pahit. Ajar mereka cara untuk mengurangkan rasa pahit dengan merendam buah peria ke dalam air garam. Oleh kerana mereka tak pernah tengok pokok ubi kayu, terpaksa surf dalam internet untuk dapatkan image ubi kayu. Insyaallah satu ketika nanti akan tanam ubi kayu untuk mereka memerhati pembesarannya dan juga menikmati ubi kayu yang enak itu.

FCUHOMESCHOOLING menggunakan kaedah bersantai dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajarnya. Cooking class adalah antara cara yang berkesan unuk mengajar sains kepada mereka. Kali ini memberitahu mereka mengapa kebanyakkan daun berwarna hijau. Juga apakah tugas klorofil kepada daun.  Mereka juga teruja untuk sama-sama memotong sayur-sayuran.
Inilah hasil cooking class mereka hari ini....Kerabu pucuk ubi dan buah peria bersama ikan goreng. Nampaknya mereka tidak begitu menggemari rasa pahit kerabu ini. Namun begitu galakkan mereka rasa juga kerana lama kelamaan mereka akan suka juga. Biasanya apabila mereka besar sikit, mereka akan suka makan sayur-sayur.
Kami panggil sotong besar ini sotong plastik kerana rupanya memang seakan-akan sotong mainan aje...Para pelajar belajar rupa fizikal sotong dari dekat. Puas mereka membelek-belek sotong ini dan tanya macam-macam soalan. Ajar mereka tentang pemakanan seekor sotong dan habitatnya di dalam lautan. Begitu juga dengan fungsi dakwat hitam yang akan mereka sembur bila terasa terancam. Selebihnya saya tunjuk info dalam internet berkenaan  sotong.
Wah...bukan main lagi kedua-dua chef cilik ini. Tugas mereka ialah memotong sotong ini untuk dibuat sambal tumis sotong. Memang sesuai sangat digandingkan dengan kerabu pucuk ubi dan buah peria.


Selain dari belajar, para pelajar kami juga bebas untuk bermain. Bagi kami, mereka banyak belajar melalui permainan yang direka sendiri seperti main masak-masak. Mereka bebas menggunakan medium tanah untuk kepuasan permainan mereka.
VIDEO AFIQAH DAN AFIQ BERMAIN PASIR

YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads