Jumaat, 22 Jun 2012

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


DAP, PKR kemaruk nak projek <b>di Pengerang</b> | GENERASI MAYA <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2012 02:29 AM PDT

"Baru-baru ini pihak parti PKR telah menubuhkan Koperasi Pengerang Sdn Bhd yang mana Ahli Lembaga Pengarah dan ahli-ahlinya terdiri daripada parti-parti PKR dan juga DAP. Mereka nak ambil bahagian dalam pembangunan ini sedangkan merekalah orang yang menentang dan yang bertanggungjawab untuk menggagalkan projek yang dilaksanakan oleh kerajaan…"

Demikian pendedahan oleh YB. Datuk Hj. Harun Abdullah, Adun Tanjung Surat pada 18 Jun 2012 di Sidang Dewan Undangan Negeri Johor. Beliau membidas tuduhan-tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh Adun pembangkang. Di bawah ini penjelasan beliau tentang beberapa isu yang direka oleh pembangkang di Johor.

"Mengenai isu-isu yang timbul di Pengerang, saya percaya semua masalah ini dapat selesai dengan cara baik. Saya harap pihak parti pembangkang seperti PKR dan DAP jangan cuba untuk merosakkan pemikiran rakyat di kawasan Pengerang dengan tujuan untuk mendapatkan undi dalam pilihan raya ke-13.

Masalah pembangunan di Pengerang iaitu Petronas, sebenarnya tuduhan yang dinyatakan oleh pembangkang tidak benar dan tidak betul. Hanya kata-kata pemimpin tempatan PKR atau DAP sahaja yang cuba untuk menggagalkan projek tersebut.

Sebenarnya tiada masalah tangkapan ikan dan udang kara di kawasan terbabit. Kalau nak makan udang kara pun, orang Pengerang boleh sediakan tanpa import daripada Sabah atau Sarawak. Sebenarnya selama ini kita beli ikan, pun ikan-ikan yang fresh yang ditangkap oleh nelayan dan hasil tangkapan itu semakin bertambah. Ini menunjukkan hasil nelayan tidak berubah seperti hasil yang didapati sebelum ini.

Penduduk Pengerang terutama sekali penduduk Melayu dan hanya sebahagian kaum cina setuju menerima projek pembangunan petroleum dan gas di kawasan Pengerang ini. Yang banyak pada hari ini kita lihat kaum-kaum cina yang mengambil peluang kontraktor yang membina penambakan di laut Tanjung Kapal ke Tanjung Ayam. Saya pun tak faham, dia menentang dan akhirnya dia yang mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan.

Saya lebih tahu daripada Yang Berhormat daripada Skudai, hanya datang Pengerang berjumpa dengan pemimpin PKR atau Dato' DAP, bukan daripada rakyat di akar umbi. Saya tahu mereka menentang projek ini kerana kepentingan mereka terjejas dan keuntungan kepada mereka tidak tercapai.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya harap pembangunan yang berlaku di Pengerang ini ialah satu bangunan yang memberi satu keuntungan kepada kita dan pada kerajaan dan saya harap pada parti-parti pembangkang supaya tidak, tidak selalu mengambil perkara-perkara yang tidak diketahuinya dan kemudian menuduh tuduhan-tuduhan yang tidak begitu sihat. Jadi saya harap selepas ini tidak ada lagi peristiwa-peristiwa yang berlaku di kawasan Pengerang ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, apa yang dikatakan oleh ADUN daripada Skudai tadi berkenaan dengan perkuburan cina yang digali di kampung Sungai Kapas, sebenarnya kubur yang digali ini tidak ada di tanda kubur. Saya sendiri datang tengok, apabila nak membina parit, tergali kubur. Kubur ini kubur yang lama hampir 60 tahun yang tidak ada tanda, jadi kontraktor ini mengali, apabila gali baru dia jumpa tulang dan juga sebentuk cincin di jari, bukan jari dekat tulang tu, katanya ialah cincin nenek moyang mereka. Saya tak taulah, dia kenal ke tak kenal ke mungkin ada nama ke. Sebenarnya dia tak boleh salah pada kerajaan, salah pada kontraktor kerana mereka tidak ada tanda-tanda. Kalau orang Melayu ada tanda nisan, kalau orang cina dia ada apa? tanda batu dia tapi ini tak ada rata. Jadi kita jangan tuduh kerajaan bahawa zalim kerana itu kesilapan ahli keluarga mereka tidak membuat tanda apa-apa terhadap kubur ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, masalah-masalah lain seperti perumahan yang mana kerajaan telah pun merancang untuk membina rumah, pemindahan penduduk dijangka pada bulan Mac 2013 daripada 3 buah kampung iaitu Kampung sungai Kapal, Teluk Empang dan Kampung Langkah Baik, yang dianggar lebih 800 orang dan kerajaan telah sedang membina rumah mereka di Kampung Dato' Ghani Othman.

Pada masa ini pihak syarikat telah pun mula menambak dan insya-Allah saya percaya tahun depan pemindahan ini akan berlaku. Walau bagaimanapun, saya jelaskan kepada Yang Berhormat daripada Skudai, di mana rumah yang dibina ini ialah rumah batu yang dan juga letaknya di tanah lot seluas 6000 kaki secara percuma oleh kerajaan dan jika dibandingkan rumah yang ada sekarang di kampung hanya rumah kayu dan rumah separuh batu. Jadi dia patut bersyukur, ramai juga penduduk bersyukur kerana asalnya duduk rumah kayu dia dapatlah duduk rumah batu yang lebih selesa yang lebih luas yang mempunyai 3 peringkat rumah, rumah daripada RM65,000.00, RM80,000.00, dan RM105,000.00.

Jadi saya percaya, yakin isu penduduk di Pengerang ini tidak sehebat apa yang diperkatakan Yang Berhormat daripada Skudai, kerana kami di sini menerima apa saja, apa yang dicadangkan oleh kerajaan, yang boleh menguntungkan mereka, yang boleh mengubahkan sikap mereka daripada yang baik jadi terbaik.

Jadi saya harap Yang Berhormat daripada Skudai, kena bincang saya dululah, baru datang sana jemput saya, boleh kita bincang dululah tak ada masalah. Macam mana kita nak tunjukkan tempat-tempat yang dikatakan oleh pihak parti pembangkang. Parti pembangkang ni tak habis-habis benda yang tak betul pun dia cakap betul.

Jadi, saya berharap Yang Berhormat tadi telefon saya, kalau tak ada nombor telefon saya boleh cakap nombor telefon dan kita boleh tunjukkan apakah, apa yang diperkatakan oleh parti pembangkang terhadap pembangunan yang terdapat di Pengerang ini. Jadi, saya harap di masa akan datang sekiranya ada apa-apa kita boleh bincang. Sebagai Wakil Rakyat untuk kita jelaskan dengan lebih teliti…"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads