Jumaat, 22 Jun 2012

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Nizar mohon menghadap Sultan <b>Johor</b> | my Malaysia News

Posted: 16 Jun 2012 12:13 PM PDT

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin memohon perkenan menghadap Sultan Johor untuk memberi penjelasan dan memohon maaf kepada baginda berhubung komen beliau tentang nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitternya.

Menurut Nizar, beliau telah menghantar surat kepada Istana semalam berhubung dengan perkara ini.

"Secara peribadi saya mahu memohon maaf kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan saya ingin menjelaskan perkara ini," katanya pada satu perhimpunan di Jabatan Pendaftaran Negara di Ipoh bagi membantu kira-kira 100 anggota masyarakat India yang tidak mempunyai taraf kerakyatan.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu telah membuat rakyat Johor marah kerana Nizar memberi komen bahawa wang sebanyak RM520,000 yang digunakan untuk membida nombor plate itu lebih baik digunakan untuk membantu rakyat miskin di negeri itu.

Ketika bertitah merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar kelmarin, Sultan Ibrahim melahirkan rasa murka terhadap Nizar kerana mengkritik baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1.

Baginda menyifatkan tindakan Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads