Selasa, 3 Julai 2012

01 di benut - Google Blog Search

01 di benut - Google Blog Search


Desak Pembinaan Jambatan Dialihkan - Mtd-<b>Benut</b>

Posted: 16 Jun 2012 03:40 PM PDT

Blog Ibn75.wordpress.com

PONTIAN – Penduduk Kampung Tampok Darat mendesak pihak tertentu prihatin kepada masalah rakyat dengan mendesak agar jambatan yang mahu dibina di kawasan itu, dialihkan ke tempat lain.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Ketua Badan Bertindak Isu Jalan Alternatif dan Jambatan, Mohd Amiruddin dengan mendakwa perkara itu mengundang kemarahan penduduk ekoran pembinaan Jambatan yang sedia ada jauh daripada penempatan mereka dan pembinaan itu nyata tidak praktikal.

"Kami terima pembangunan tapi kesal jambatan itu dibina jauh daripada penempatan. Walaupun kami sudah ajukan kepada ketua kampung, namun dia berkeras juga nak di bina jambatan di tempat pilihannya sedangkan penduduk tidak setuju.

"Yang kami kesal lagi, pihak UMNO cawangan kata surat permohonan sudah dihantar kepada YB Ahmad Maslan dan agensi terbabit, bila saya pergi pejabat YB, katanya surat itu masih belum terima," katanya lagi.

Amir berkata demikian ketika menyampaikan aduannya dalam majlis Dialog Bersama Penduduk Tampok Darat dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Bachok Welang, Naib Yang Dipertua PAS Pontian, Mohd Rizal Akmar, Ketua Pemuda PAS Cawangan Sungai Besar.

Pada majlis yang sama, satu memorandum telah dilancarkan bagi mendesak pihak terbabit mendengar keluhan penduduk sekaligus menyelesaikan kemelut yang membabitkan ketua kampung dengan mereka.

Disamping itu, Amir turut mendakwa, pihaknya berjaya mengumpulkan tandatangan daripada para penduduk petanda masyarakat di situ menyokong usaha yang dilakukan oleh badan bertindak terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads