Selasa, 3 Julai 2012

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Persekitaran Hari Pertama Jom Heboh <b>Di Johor Bahru</b>

Posted: 30 Jun 2012 06:04 AM PDT

1. Seperti yang aku maklumkan sebelum ini, aku pergi ke Jom Heboh di Plaza Angsana Johor Bahru petang tadi, pergi dua kali kau, sebab baru je balik dari Jom Heboh, akak aku sibuk nak ajak pergi lagi sekali.

2. Kedatangan aku kali pertama melalui jalan tak rata, perghh sabar je lah jalan kat tanah lubang-lubang tu, ditambah dengan persekitaran yang umpama aku pergi pasar borong pandan atau Bazar Karat

3. Oleh itu aku, aku pergilah ke booth-booth yang menjadi perhatian ramai, akhirnya aku jumpa juga orang yang aku memang rancang nak jumpa, dia sangat lawa doe.. siapa dia? Nanti kita cerita..

4. Bagi aku kali ni Jom Heboh ni boring r, tak ada apa sangat.. Last Jom Heboh aku pergi ada macam-macam, rumah hantu, pameran pelbagai agensi dan permainan.

5. Kali ni banyak Kuiz-Kuiz bersama artis kat Booth-booth panas yang sah-sah aku takkan join, dan macam biasa banyak lah yang jual semua benda satu beg RM10..

6. Aku pergi dalam pukul 2 ptg - 3 ptg (Bersama Mak Abah) dan 4 ptg - 5 ptg (Bersama akak sekali), dan ada satu booth tu pasal islamik , ada lah ceramah yang disampai Ustaz tempatan, tapi macam biasa, sambutannya memang mengecewakan, kalau Ustaz Azhar mungkin lebih mengalakkan sambutannya.

7. Banyak juga aku habis duit rini T_T .... Mister Patato RM10, Nestle Bliss RM20, Kopi Kapal Api RM10, Air Boboiboy RM10 dan Tea Lipton RM15.. Hurggghhhhhh... Membazirnya..

8. Tak apa lah, bukan selalu pun aku belanja keluarga ni, semoga keluarga happy dengan barangan-barangan yang aku belanja tu.

9. Malam sikit nanti aku update pasal retis-retis yang aku jumpa, dan bagitahu siapa artis yang aku memang rancang nak jumpa, dan aku berkesempatan tengok beliau, tengok gitu je lah, aku bukan jenis suka ambil gambar dengan artis-artis ni (cehhss sebenarnya kamera takde, hp pun cap ayam)

10. Salammm



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads