Sabtu, 7 Julai 2012

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Makan Steamboat <b>Di</b> Dataran <b>Johor Bahru</b> - izwanyusof

Posted: 16 Jun 2012 08:40 AM PDT

Semalam pakcik balik lewat sikit,balik je rumah dia ajak jalan-jalan. Sepupu yang dua orang tu suka je lah,yela budak kecik bila diajak berjalan apa reaksi diorang? Dalam pukul 11 malam jugak kitorang gerak dari rumah.

Mula-mula pakcik bawa area highway baru dari Gelang Patah ke Johor Bahru. Senang la nak gerak ke JB sekarang,dah ada highway tak jauh macam dulu. Plan nak makan kat Jalan Mahmudiah tapi sebab kitorang dah makan kat rumah cari tempat makan ringkas-ringkas je. Sampai kat Dataran Johor Bahru dalam pukul 12.30 malam. Sebenarnya tak jauh sangatl,tapi sebab pusing-pusing area Bazar JB, Bukit Timbalan, Danga Bay tu lambat sikit.

Saya tak pernah tau ada tempat makan steamboat macam ni kat JB,maklumlah bukan orang Johor Bahru. Parking tak penuh semalam,sampai-sampai je terus cari tempat duduk.

suasana makan steamboat di dataran johor bahru JBSteamboat Dataran JB terletak betul-betul di sebelah Dataran Johor Bahru,berhadapan pantai lido dan nak tau senang je cari jam besar. Lebih kurang 10 – 15 lori kecil yang macam kat highway tu kepunyaan peniaga. Rata-rata jual steamboat, tauhu bakar,cakoi bakar, air cikong, ABC dan minuman-minuman macam kat warung atau kedai makan. Saya order tauhu bakar dengan air cikong.

Kena air cikong memang best! kat KL takde cikong,cuma lai chi kang. Itupun rasanya kadang-kadang OK,kadang-kadang tawar. Tapi cikong semalam memang kick!. Tauhu bakar pun boleh tahan besar dan mampat isinya. Dicurah dengan kuah rojak yang pekat dan pedas sikit tu fuh. Sedap! Steamboat dikira mengikut cucuk dan jenis. Ada yang RM 1.00 sebatang dan RM 1.50 sebatang. Ambillah mana nak makan dan direbus kemudian cicah kuah kacang dan sambal.

cara nak pergi ke dataran johor bahruRasanya kalau dah sampai kat Johor Bahru ni,rugi kalau tak cuba steamboat dataran johor bahru. Kat JB saya tak tahu nak berjalan mana tapi nak cari tempat makan itu ye banyak. Nah map kat atas ni sebagai panduan. Kalau datang sini,jangan lupa singgah! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads