Sabtu, 7 Julai 2012

01 di kahang - Google Blog Search

01 di kahang - Google Blog Search


Cafe Awana Restoran Kopitiam, <b>Gelang Patah</b>, Nusajaya « Makan <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2012 04:59 PM PDT

Cafe Awana kat pekan Gelang Patah, Johor Bahru ni adalah satu-satunya cafe ala-ala kopitiam Melayu yang terdapat di sini. Sebelum kita tengok keunikan Cafe Awana mari kita selami dulu latarbelakang Gelang Patah ni dulu ye…

cafe-awana-gelang-patahGelang Patah ni sebenarnya terletak sebelah je dengan Nusajaya yakni Nusajaya yang mengandungi Kota Iskandar- pusat pentadbiran baru Kerajaan Negeri Johor -JSNAC. Nusajaya nilah juga yang terdapat Bandar Medini yang juga menempatkan Legoland Malaysia. Legoland Malaysia kini sedang dalam pembinaan dan akan dibuka pada bulan September nanti.

Malangnya Gelang Patah ni tak dibangunkan seiring dengan pembangunan mega yang dijalankan di sebelahnya iaitu Nusajaya. Kalau kita pergi ke Gelang Patah ni macam pekan koboi je (cowboy town kalau yang kat Air Keroh tu best juge..) Suasana sekitarnya juga amat biasa-biasa jer , landskapnya juga biasa-biasa je..kemudahan pejalan kaki dahlah amat menyedihkan , tak mesra pejalan kaki (disable) dan tak mesra OKU.

Wakil Rakyatnya iaitu ADUN Bahagian Nusajaya digesa agar bangunkan lah pekan Gelang Patah supaya jgn jadi pekan koboi sedangkan Legoland Malaysia akan dibuka kepada pelancong dari seluruh dunia pada bulan September 2012 ni. Banyak perkara boleh dibuat oleh ADUN Nusajaya ni  antaranya:

1.Yang paling utama-bangunkan Food Court Berpusat supaya nasib gerai-gerai anak bangsa yang bertaburan dan keadaan gerai-gerai usang yang menyedihkan tu dinaikkan taraf sekurang-kurangnya macam Food Court yang diuruskan oleh Projek Lebuhraya Utara-Selatan ( PLUS Berhad ). Harap jangan lah jadikan peniaga anak-anak bangsa kita tu sebagai  peniaga-peniaga kelas bawahan yang tercicir dari pembangunan mega projek 1Malaysia. Jangan biarkan mereka dipandang dan diperlekehkan sebagai peniaga-peniaga kelas bawahan ataupun peniaga-peniaga gerai yang hanya layak berniaga di sudut-sudut jalan, sudut-sudut padang kawasan lapang atau peniaga-peniaga nasi lemak  tepian jalan yang sungguh menyedihkan  .

2. Yang Kedua -Suasana persekitaran pekan koboi Gelang Patah – upgradekan lah pekan tu , bina walkway yang mesra pejalan kaki dan OKU macam kat Melaka ke Singapore, YAB ADUN Nusajaya boleh pergi ke Singapore kalau nak dapatkan idea, bukannya jauh pun 40 minit naik SUV Mewah, Besar dan Laju tu dah sampai Orchard Road – Singapore dengan melalui Second Link Bridge ke Tuas Singapore. Tanam lah pokok-pokok dan pokok-pokok renek yang cantik-cantik. Kalau pelancong-pelancong dari Jepun, Taiwan , China, Singapore datang singgah ke Gelang Patah tak de la malu dengan suasana koboi pekan Gelang Patah sekarang ni. Apalagi la kalo pelancong dari Jerman, Nederland, Spain, USA, Uk datang lagi la malu

3. Yang Ketiga- pelancong asing Eropah dan Asia yang maju suka berjalan kaki, jadi jadikan pejalan kaki tu lebar dan boleh disampaikan ke seluruh pekan koboi Gelang Patah tu, jadi rangkaian pejalan kaki (pedestrian walkways network) perlulah dirangkaikan dengan pokok-pokok yang redup dan dihiasi dengan pokok-pokok renek yang cantik mata memandang. Harap YB ADUN Nusajaya dapat ambil perhatian terhadap perkara ni. Takkanlah sampai Perdana Menteri Najib Tun Abd Razak pun nak settle isu-isu macam ni. Kalau Tun Mahathir tengok ni dan dia jadi PM lagi sekarang ni mesti dah kena tegur.

4.Yang Kempat-kebersihan pekan koboi ni mohon YAB Adun Nusajaya ambil perhatian, rumah kedai-kedai yang atasnya didiami oleh pekerja-pekerja asing Bangla, Nepal dan Vietnam ni memang agak kotor, diorang buang sampah sesuka hati jer dari atas tempat tinggal diorang ni, Astagfirullah bersepah dengan sampah kat bawah-bawah rumah-rumah  kedai ni.

Kalau kita tengok seakan-akan pekan ni dianak-tirikan oleh Kerajaan Negeri Johor sedangkan Legoland Malaysia, Medini Nusajaya, Indoor Theme Park di Puteri Harbour dan Kota Iskandar yang bertaraf kota Metropolitan Antarabangsa cuma 5 minit jer naik kereta. Lebih kurang macam pekan koboi Kajang dengan Putrajaya.

Dalam Kota Iskandar pula terdapat Puteri Harbour  ala-ala Mediterranean yang menempatkan pelabuhan kapal-kapal layar yang akan menerima kedatangan kapal-kapal layar dari seluruh dunia.

Banyak nak diceritakan pasal nasib malang Gelang Patah yang sedihnya ketinggalan dari segi pembangunan fizikalnya yang tersepit antara pembangunan Metropolitan disekelilingnya.

cafe-awana-gelang-patah2Walaupun begitu Cafe Awana ni dapat meredakan sedikit kepedihan suasana terbiar bandar Gelang Patah ni. Paling membanggakan restoran ni berjaya dapatkan kebersihan Taraf A dari Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.

Klik untuk Zoom

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads