Selasa, 24 Julai 2012

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Nor&#39;s Teratak - Nostalgia sehari <b>di segamat</b> bhg 2

Posted: 03 Apr 2008 12:07 AM PDT

    Selesai berkeliling bandar segamat aku pun terus ke seberang jambatan. Terus je masuk Piza hut. Aku belanja kak sal dan anaknya liana dan hanisah makan Piza.

Liana dan hanisah seronok je manakala kak sal baru ni le pertama kali masuk piza hut. Selalunya dia org pergi KFC dan selalunya kalau aku datang segamat aku belanja kak sal dan anaknya KFC tapi kali ni bagi kelainan sikit.  Kiranya kenyang juga lah sebab siap dgn air, ada spageti, mushroom soup dan roti serta piza yang boleh di makan sorang 2 kpg.  Piza style italy gitu. Masa makan kami masih lagi bercerita tentang staff yang lain. Kali ni baru aku tau kalau encik Rahman Arkam dah meninggal kerana cancer. Aduhhh tadi masa di rumah kak sal cerita tentang kak umi yang juga dah meninggal dunia tapi tak tahu sakit apa. Bila bercerita tentang mereka yang dah meninggal ni buat aku terbayang-bayang muka mereka. Walaupun dah lama meninggalkan Bandar Segamat dan hospital Segamat aku masih lagi mengingati mereka apa lagi bila tiba-tiba diberitahu telah tiada. Sebelum tu pun kak sal ada cerita mak ma pun dah meninggal. Laaa sedihnya sebab aku tak jumpa dia pun. Mak ma dah macam mak aku sebab kalau balik rumah kat Jalan temenggung tu kadang kami jalan bersama-sama sehingga lah sampai ke rumah masing-masing. Dengan berpayung kami bersembang sehingga tak sedar dah samapi rumah. Jalan Temenggung dekat je dengan hospital lama tu jadi mane staff hospital yang menyewa di jalan Temenggung macam aku dan mak ma yang ada rumah di situ selalunya kami jalan kaki je pergi kerja. Bukannya lama sangat kalau jalan cepat 15 minit dah sampai. Selalunya kalau pagi sebelum pukul 8 masuk kerja, pukul 7.35 dah keluar dari rumah sewa. Kalau jalan lenggang kangkung pun still ada masa dlm 5 min sebelum masuk kerja. Pak Lah dah lama dah meninggal sekarang ni yang tinggal kat rumah ialah abang razak. Tu pun kata kak sal dia dah beli myvi dan tak lama lagi dah nak pencen. Sampai nak pencen pun abang razak tak kahwin lagi. Katanya dulu semasa kami satu kumpulan kursus Tatanegara dia tak yakin nak kahwin dan tak yakin boleh menyara anak perempuan orang lain. Tapi abang razak rajin walaupun hanya kerja sebagai tukang masak di hospital.

Menu yang kami makan. Piza Italy yang baru tapi sedap sangat. Spageti pun sedap juga. Yummy

  Selepas tu Kak Sal cerita tentang Kak Bib. Kak Bib adalah operator hospital dan pernah serumah dengan kami semasa suaminya kerja askar di Gemas. Kak Bib sekarang sedang terima rawatan kemoterapi kerana sakit leukemia. Laaa siannya Kak Bib. Rasa nak jumpa dia je tapi kata kak sal dia masih lagi cuti sakit dan sedang menerima rawatan kemoterapi dan kami tak tahu rumahnya di segamat. Semasa baru datang ke Segamat aku menyewa rumah bersama 7 orang di mana semuanya kerja hospital kecuali Ela je yang kerja Bank. Rumah sewa tu rumah teres  3 bilik. Bilik belakang kecil sedikit jadi kak sal dan Kak niah yang duduk. Bilik tengah 3 org iaitu kak Nor, Kak gee dan Kak Bib. Manakala bilik depan aku, ela dan Kak mah. Kak sal, kak niah, Kak gee dan Kak nor kerja sebagai assistant nurse atau juga di panggil Penolong Jururawat di mane kap dia line warna merah. Kalau staff nurse line warna biru. Sekarang Penolong Jururawat telah dimansuhkan pengambilannya dan digantikan kepada Jururawat masyarakat. Manakala kak bib operator dan kak mah pula kerani di pejabat pentadbiran. Nurse semuanya kerja shift jadi mereka bersilih ganti kerja tapi wad yang berlainan. Kak bib juga kerja shift dan selalu je macam chipsmore sekejap ada sekejap takde sebab bila off je dia selalu balik melaka. Anaknya di jaga oleh maknya di melaka mane kala suami kat gemas. Kalau hari minggu barulah kami boleh sama-sama mengemas rumah atau masak bersama. Aku beli dapur sendiri dan masak ikut dan sendiri. Bukan aku tak suka nak share cuma aku ni kdg malas sikit nak masak kalau buat duty roster bila time masak kang tetiba time malas hah kan dah kene kerahan memasak. Lagi pun senang, perut sendiri, sendiri le yg jaga. Sedap tak sedap pulun sendiri. Selalunya time hari minggu le baru rajin masak berbagai atau yang sedap sikit le. Lepas tu kalau kak sal atau kak gee ada kami masak bersama walaupun dapur lain-lain. Dan selepas tu kami makan ramai-ramai. Seronok sekali. Teruk kan kalau tenguk dapur anak dara. Kalau ada 3 org ada 3 dapur.

 Bila dah ramai tu ragam pun macam-macam le. Kalau sekepala ok kalau tak ngam hah timbul le bergaduh ke bertengkar ke sebab tidak sependapat.  Sekali ada krisis berlaku tiba-tiba kak niah, kak gee dan ela nak keluar dari rumah sewa tu. Mereka sewa tak jauh je kat atas sikit dari rumah sewa kami. Jadi bila dah tinggal 5 org kami dah rasa mahal sebab sewa rumah RM 500. Masa tu gaji kecil lagi jadi bila kene sewa rumah sebulan Rm100 tak larat juga nak bayar. Belum lagi duit air dan api. Itu pun nasib baik kerja jalan kaki dah save duit untuk transport. Jadi kami cari rumah sewa kecil sikit. Tapi masa duduk kat lorong 2 tu memang best. Sebelahnya jiran kami ialah Encik adam dan keluarga. Encik adam mula-mula di tempatkan di pejabat aku tapi bila aku datang je ke pejabat rekod dia dipindahkan ke bahagian Jabatan pesakit luar. Encik adam ni pandai cari duit manakala Kak Piah pula pandai masak. kalau musim durian encik adam jadi peraih durian. Dia pajak kebun orang dan jual durian. Mane yang tak habis dijual kadang dia bagi kat rumah sewa kami dan kalau kak piah buat tempoyak dan masak sedap hah nanti dia akan panggil ajak makan. Kak piah pandai masak... sedap masakannya. Dahulu aku tak pandai makan tempoyak tapi sebab berjiran dengan peraih durian jadi terer pulaknya. Malahan kadang kalau ada lebeh durian tak habis aku kopek isinya lepas tu tumbukan lada basah dan dicampur dengan durian. Tumbuk lumat campuran durian dengan lada merah tu. Makan dengan nasi panas... fuhhhh sedap hingga menjilat jari... hehehehe bila time bulan puasa kak piah sibuk buat kuih. Bertingkat2 bakul dan bersusun je bekas2 kuih. Encik adam siap ambil cuti 2 minggu berniaga kuih. Loaded betul sebab suami isteri pandai cari duit.

 Akhirnya kami pun pindah ke lorong 3 rumah sewa pak talib. Biliknya ada 2 je jadi bilik depan kak sal dan kaknor. manakala bilik belakang aku, kak mah dan kak bib. Bilik tu hanya muat 2 katil je manakala kak bib cuma guna tilam je bila nak tidur. Lagi pun dia sesekali je kat rumah. Rumah sewa hanya untuk tidur bila time keje.  Mula-mula aku tak baik sangat dengan kak sal sebab masa tu kak sal garang sangat. Sekali bila dah sewa rumah yang baru ni barulah aku mengenali dirinya yang sebenarnya. Rupanya sebelum ni dia banyak masalah dengan family sebab tu dia macam tension je. Dan masa kami pindah rumah sewa baru tu dia baru je bertunang dan masalah dia dah berkurangan. Bila dah selalu minum bersama dan bersembang aku mula rapat dengannya dan aku mula mengenali kak sal dengan sebenar-benarnya.Kami terus rapat dan aku dah anggap macam kakak sendiri. Start dari situ walaupun setelah dia berkahwin kami terus rapat. Apa jua masalah yang timbul atau cerita terkini atau benda nak rujuk selalunya aku jumpa kak sal untuk minta nasihat dan silaturahim tersebut terus berkekalan sehinggalah sekarang. Daripada anak-anaknya kecil sehingga lah dah besar panjang aku terus mesra dengan familynya. Abang zaki pulak sporting dan tak kisah kalau aku jumpa kak sal.

 Sedihnya bila sesekali datang jumpa kak sal.... bila tanya org tu, dia dah meninggal ,org tu dah pencen, org tu sakit....  aduhaiii terasa macam aku baru je tinggal kan segamat walhal dah hampir 10 tahun. Sekejapnya masa berlalu.

Jalan masuk ke jalan temenggung dari arah bandar. Kat simpang tu gerai Rajoo masing berfungsi. Dia jual suratkhabar dan majalan serta cendol. Sekarang makin besar manakala gerai abang hamim pula dah tukar daripada gerai depan bangunan tu terus  buka restoran di bangunan kedai tu. Dulu kalau tak salah pejabat JPJ mungkin sekejap je dah pindah pejabat lain. Masakan org rumah abang hamim sedap. Kalau balik kerja aku malas nak masak aku selalu tapau je kat gerai dia. Atau pun beli goreng pisang dan cucuq udang kat gerai kak maria sebelahnya. Kak maria dan abang hamim adik beradik. Abang hamim tukang masak kat hospital manakala kak maria attendan dan suami kak maria khamis pula adalah tukang paip kat hospital juga. Rata-ratanya mesti ada kait mengait dengan hospital sebab macam abang hamim anaknya Az yang no 2 kerja sebagai attendan hospital.

 Kali ni aku dapat tau ramai attendan yang menambah cawangan. Amboiii bukan main depa semua ni. Yang aku tau dulu shaari. La ni pulak kata kak sal si jahib, encik khalid emm yang ni aku dah tak ingat sapa tapi rasanya kalau tenguk muka aku ingatle. Dahsyat betul attendan hospital segamat ni. Mentang-mentang le gaji dah besar semuanya menambah cawangan lagi satu. Tapi bila kata en khalid aku rasa macam tak percaya ialah kalau kak sal beritahu orgnya yang mane satu. Tapi aku pun dah ingat-ingat lupa yang mane satu en khalid tu.

Ni jalan temenggung yang selalu aku lalu bila pergi kerja. Tempat belah kanan tu dulu ada pintu kecil masuk ke quarters hospital. Tapi la ni quarters semuanya dah roboh. Jalan pun dah tutup. Pernah aku berselisih dengan A bila nak balik kerja. emmm sempat jeling balik cermin motor dia je lah. hehehehe malahan masa aku lalu rumah kak ani masa tu lah dia tunjuk dan kenalkan aku kat adiknya R. hehehe R sekarang pun dah berhenti keje warder dan jadi PHO kat pejabat kesihatan muar. Aku pernah terserempak dengannya semasa dia bawa wifenya melapor diri kat pejabat pergigian muar. Dan sekarang katanya dah kerja kat Pejabat kesihatan muar. Nasib baik aku dah chau dulu sebelum dia datang. Kalau tidak emmm tak boleh buat kerja le nampak gayanya. hahahah Tapi dia seorang yang baik.

Rumah tu adalah berhadapan dengan lorong masuk rumah sewa aku yang pertama. Aku nak ambil gambar lorong 2 tu tapi tiba-tiba kamera buat hal pulak. Dapat je lah rumah buruk tu. Rumah batu yang besar tu rumah mak Datuk Ajib bekas MB johor. Selepas hantar kaksal aku pun terus balik ke muar. Dah pukul 5 lebeh dah lama aku mengimbau kenangan di segamat. Last sekali tiba-tiba teringat kat kak leha. Rumahnya belakang rumah sewa kaksal. Kak sal kata kak leha dah meninggal. Dia meninggal di rumah tanpa orang sedari. Alahai semuga semua staff hospital segamat yang telah meninggal dunia di cucuri rahmat dan semuga roh mereka bersama dengan orang yang mukmin. Al fatihah. 

  Sehari di segamat membuat aku terkenang semua kenangan di sini. Suka-duka kisah kanak-kanak ribena, liku-liku perjalanan kehidupan aku di sini semuanya bagaikan terpunggah keluar. Zaman muda-muda yang penuh dengan kenangan itu tetap kan tersemat di ingatan ku. Aku memang merindui saat-saat itu. Kalau le ada kuasa rasa bagaikan nak kembali ke zaman tersebut.  Belum lagi kes kak huda ex housemate dan juga tragedi aku dgn anak cina kedai perabut tu. Itu belum lagi kenangan semasa berlajar di ITM (sekarang namanya UITM)  segamat semasa aku mengambil PJJ. Kenangan tu pun seronok dengan tingkah Kak kim, kak izan, cahaya ,lina dan azizah. Sampai sekarang aku masih lagi berkawan dengan mereka kecuali kak izan sebab ada kejadian yang berlaku membuatkan aku kecil hati dengannya dan azizah pula terputus hubungan. Ialah masa susah je nampak kita bila dah senang terus je lupa dengan kita manele aku tak hangin je bila teringat kes tu. Aku susah payah berkejar sebab teringatkan kawan sekali bila sampai dia dah siap semua tak tunggu kawan pun. Sabor je lah aku. Dan banyak juga kejadian yang terjadi antara aku dengan kak izan yang pada aku hilang kawan seorang pun aku tak heran sebab kawan tu jenis pentingkan diri sendiri. Bila dia ada kepentingan baru ingat kat kita bila kepentingan dia pada orang lain dengan sekejap je boleh berubah. Huh buat apa kawan macam tu. Lepas tu pulak jenis cemburu dengan kelebihan orang lain. Tapi yang kelakor tu cahaya le, dia sebenarnya pandai tapi selalu pandang remeh je dengan pelajarannya. Selalu dia jadi tok nujum sebab kalau dia mimpi pasal soalan exam tup-tup soalan tu keluar masa exam. Mane le aku tak tahan nak gelak bila teringat kes kak izan menunggu cahaya bangun tidor pagi2nya supaya bila cahaya bangun tidor dia boleh tahu mimpi apa yang cahaya mimpikan tentang exam setelah malamnya kami bertungkus lumus belajar dan mengulangkaji pelajaran. Hahaha zaman belajar masa tu pun seronok dengan terkejar-kejar assigment lah periksa lah dan sebagainya. Tempat rumah sewa aku jadi port untuk kengkawan daripada Johor Bharu menumpang tidor semalam sebelum kami pergi ke kelas PJJ di ITM segamat. Masa tu kenal kawan daripada imigresen la, kastam la, dan ramai lagi. Dan bagusnya dapat kenal kawan kastam sebab masa aku pergi Singapore sebelum masuk Singapore aku terserempak dengan Encik Sufian. Jadi selepas habis shopping di singapore bila time nak masuk balik ke malaysia takde le banyak sangat kene tax sebab kami sua barang kat encik sufian. hehehe selamat duit dari kene tax. 

  Apa pun memori itu kan selamanya dalam ingatan. Seharian di segamat aku rasa tak puas lagi sebab ramai kawan aku tak jumpa. Masa yang singkat  tidak mengizinkan aku untuk ke rumah liza, appu, kak mah, kak jah dan kak yam. Kalau aku singgah rumah mereka emm sampai besok pagi tak habis.  Kalau appu, liza dan kak mah tahu aku ke segamat tapi tak singgah rumah mereka tentu mereka marah tapi aku tak sempat nak menjenguk mereka. Apa pun dengan izin DIA semuga insyallah aku dapat berjumpa mereka lagi di lain waktu dan ketika. SEGAMAT KAN TETAP DALAM INGATAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads