Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, polis menahan suspek berusia 34 tahun yang merupakan pengurus sebuah pusat hiburan di sini dan seorang lagi berumur 16 tahun yang tidak lagi bersekolah.
"Terdahulu polis merampas rotan, kayu snuker dan kayu beluti yang ditinggalkan oleh kumpulan itu di lokasi kejadian.
"Polis kini mencari dua lelaki bagi membantu siasatan kes itu dan kita juga telah mengenal pasti kesemua suspek," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di sini hari ini.
Abdul Majid berkata, lelaki yang diburu itu ialah Ng Chai Lai @ Ong Lai Yu, 43, dipercayai merupakan ketua kumpulan Jin Ngee Thong dan Ng Kim Chay @ Kong Chai, 32.
Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa pada awalnya minum di kedai mamak bersama enam rakan lain tetapi dua daripadanya beredar awal iaitu sebelum serangan berlaku.
Katanya, serangan kumpulan itu mencederakan mangsa dan seorang rakannya yang berusia 18 tahun manakala yang lain berjaya melarikan diri.
Menurut Abdul Majid, mangsa dirawat di Hospital Kluang bersama rakannya yang cedera ringan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan