01 di kahang - Google Blog Search |
<b>Gelang Patah</b>, Johor « Adnin Naim's Blog Posted: 04 Sep 2012 10:59 AM PDT 05 Sep 2012 in Adnin Naim بسم الله الرحمن الرحيم Perjalanan kami bersembilan selama 5 hari dari Kelantan melalui Pahang – Kuala Lumpur – Negeri Sembilan – Melaka dan Johor mengeratkan ukhuwwah kami. Maklumlah apabila sudah memasuki fasa bekerja, kami jarang berbual-bual mengenai hal selain KERJA! KERJA dan KERJA JAJAJAJAJAJA !!!!! Alhamdulillah dikesempatan ini, kami manfaatkan bersama-sama. Makan bersama, tidur bersama dan bermusafir bersama-sama membuatkan kita lebih mengenali teman yang selalu disamping kita. Pelbagai ragam, karenah dan banyak cerita lucu yang kami kongsi. Bahkan sehingga ke hari ini (hari kedua selepas pulang), kami hanya berkesempatan berkongsi satu cerita, satu hari kerna terlalu banyak plot yang berlaku terutama kisah "Yasmin masuk bilik bedah". MasyaAllah, tak pernah kami semua bergelak ketawa sebegitu, maklumlah di hari-hari biasa, kerut di kening mengalahkan Ziana Zain! *** Saya sudah lama tidak ke Johor. Kali terakhir saya ke Johor kerana mengikuti Misi Banjir di Johor pada tahun 2007. Sebelum tu, saya ke sana bersama projek Anjung Selatan di Skudai, UTM bersama teman-teman MSK termasuklah Izzah Hayati dan Hurhull Aein pada tahun 2004. Lapan tahun sebelum itu, saya ke Johor menemani Allahyarham Che Su bekerja sebagai kerani sekolah menengah di Gelang Patah (saya lupa nama sekolah tu) pada musim cuti sekolah. Maklumlah sekolah cuti, kerani sekolah lah yang paling setia menjaga sekolah selain pak guard. Banyak kenangan saya bersama arwah berkumpul selama sepanjang cuti sekolah akhir tahun 1996. Banyak pengalaman pertama saya lalui di sana: Teman-teman selalu bertanya, siapakah dalam keluarga saya yang mempunyai persamaan seperti saya? Mereka takkan dapat melihatnya lagi sehingga dikumpulkan semula di Syurga Allah nanti. Arwah meninggal dunia pada hari Wukuf di Arafah 9 Zulhijjah 1420H bersamaan 15 Mac 2000, beberapa minggu sebelum keputusan SPM saya diumumkan. Terima kasih Che Su kerna mengenalkan banyak pengalaman yang berharga walaupun tak sempat melihat saya masuk Universiti. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Ameen. Al Fatihah. | |
BLOG JOHOR: 01 <b>di gelang patah</b> - Google Blog Search Posted: 11 Jun 2012 12:00 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from di gelang patah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan