ads

Sabtu, 29 September 2012

01 di pagoh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di pagoh - Google Blog Search


Mengumpulkan data isi rumah setiap keluarga meliputi semua 5 <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2012 01:21 AM PDT

Saudara2 dan saudari2 Anak-Anak Pagoh,
Tidak lama lagi rakan-rakan di GAPa akan mengambil inisiatif mengumpulkan data isi rumah setiap keluarga meliputi semua 5 mukim di Pagoh. Semua data akan dikumpulkan mengikut kategori berikut:
  1. Pelajar sekolah menengah /
  2. Pelajar Institusi Latihan Kemahiran /
  3. Kakitangan Kerajaan dan Swasta /
  4. Usahawan diluar dan di Pagoh /
  5. Pesara Kerajaan dan Swasta ( bidang tugas semasa bekerja ) lain- lain.
GAPa akan mengintegrasikan keperluan setiap kumpulan tersebut.
Sebagai contoh, Usahawan anak Pagoh yang berjaya akan disarankan mengambil pelajar lepasan Sijil kemahiran atau Diploma atau Ijazah yang masih menggangur sebagai Trainee untuk tempoh 6 hingga 12 bulan. Dengan pengalaman tersebut mudah bagi mereka mencari pekerjaan ditempat lain atau jika sesuai boleh diserap terus.
Contoh lain. Usahawan yang memerlukan bekalan bahan mentah hasil pertanian seperti jagung, pisang, ikan air tawar boleh mendapatkannya terus dari anak anak Pagoh yang bertani dan mengeluarkan hasil produk pertanian tersebut.
Bagi Petani yang pakar dan berpengalaman didalam sesuatu bidang pertanian akan diminta menjadi mentor kepada petani yang baru mula mencebur diri didalam bidang tersebut. Pesara-pesara juga tidak akan dibiarkan pengalaman mereka tengelam begitu sahaja. .. Anak anak Pagoh yang berjaya diharap akan sama-sama merealisasikan hasrat tersebut demi kepentingan anak anak Pagoh sendiri..
Sebagi makluman sebuah koperasi yang didaftarkan sebagai Koperasi Anak-Anak Pagoh Muar Berhad akan mula beroperasi Oktober ini bagi menfaatkan peluang yang ada dengan kewujudan 5 buah universiti di Pagoh.
Ia akan membantu GAPa didalam hal yang disebutkan diatas. Menfaatnya akan kembali ke anak anak Pagoh akhirnya.
Sama samalah kita kearah yang satu.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved