Usai merayau di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, kami mengorak langkah untuk membeli barang dapur di JJ Tebrau pula.... tapi tetiba di tengah highway...
Ribut taufan melanda.. inilah ribut paling dasyat pernah I nampak kat Malaysia buat setakat ni.. (paling dasyat tentulah di Bir Ali yg pernah I ceritakan dulu, ibarat filem Twister).
Apa pulak la kat depan tu?.
"Pokok tumbang la..." Kata IRP...
Ha'a la... patut la keta depan tu tak bergerak... mari kita close up...
Mengenangkan tak nampak berlaku sebarang kemalangan jiwa, hati I tak de la gabra sgt ketika itu cuma kebarangkalian paling teruk pun tentulah terpaksa tersekat lama dalam jem.. .. ah itu I tak kisah... tapi tetiba..
"Better you gerakkan lagi keta you atas ni, pokok besar atas tu pun mungkin boleh tumbang" Seorang pemuda tiong hwa yg sedang basah dlm hujan berkata2 pada IRP.
Aduhh ye ke?. Tak terpikir pulak aku??. Cemas aku tetiba. Qistina mula merengek. Shashal tetap tenang di kerusi belakang.
"Qistina pun dah terfikir dari tadi Ma... ". Aduh budak ni, menambah debaran aku je lahh.
"Maafkan saya... ini semua salah saya, lain kali kita takyah gi Pasir Gudang lagi, kita gi Angsana jelah..". Shashal pula tetiba berdailog ala upin dan ipin.. Rasa bersalah pulak budak ni, padahal memang kami nak gi Pasir Gudang pun arini, banyak benda penting kena buat di sana.
Tak mungkin la pokok sebesar ni boleh tumbang... nauzubillah. Keta kami betul2 tersekat kat bawah pokok besar yg mengadap flat ini. Ya Allah selamatkan kami.
Ya Allah luhurnya hati pemuda tiong hwa ini, berseorangan dlm hujan mengambil penukul dan cuba membuka divider.. dgn harapan kami semua akan dapat la buat U-Turn di situ. Rasa bersalah, IRP pun turun dan mengambil tool dlm keta untuk sama2 membantu.
Rupa2nya pemuda tersebut lg malang, keretanya dah terperosok di balik pokok yg tumbang itu.... laaa kesiannya.
(Oh ya panggilan kpd pihak berkenaan dah pun IRP buat masa pkl 2.45 tadi).
Akhirnya dari 1/2 Malaysia tadinya (IRP dan pemuda tionghawa tersebut) kini dah jadi 1 Malaysia pula, tak kira Melayu, Cina, India, Jawa semua turut turun untuk bertungkus lumus membuka skru divider. Hujan kian reda. Lega aku..
"Pesta Satu Malaysia" Di Pasir Gudang!!!!!!
Polis pun tiba.. Alhamdulillah berjaya dibuka akhirnya... 3.45 ketika in. Syukur kepadamu Ya Allah, masih panjang umur kami.
Mujur arini naik 4 wheel drive...
Kesian... di belakang orang masih ramai tersekat.
Nota : Dlm islam, even hanya membuang seketul batu yg menghalang perjalanan orang pun dah dijanjikan Allah pahala yg sgt BESARRRRR.... ini kan pula bertukul bagai di tengah hujan begitu... terima kasih kpd semua rakyat Malaysia yg baik ati pada petang tadi. Moga balasan kebaikan buatmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan