Ahad, 9 September 2012

01 di permas jaya - Google Blog Search

01 di permas jaya - Google Blog Search


Suara Simpang Kiri: PESTA UDANG KARA <b>DI PARIT SULONG</b>

Posted: 29 Jun 2012 05:41 AM PDT

Dah lama tak bercerita di sini. Sebabnya notebook aku ni dah rosak. Dua-dua dah masuk ICU. Yang satu ni baru pulih, dan satu lagi dah tiga hari, taukey tu kata, manyak lama mau format awak punya komputer. Lagi satu keyboard pun dah dimasuki air sirap ke entah susu bayi agaknya.
Okey, netbook Ili ni dah boleh digunakan. Petang tadi meninjau apakah yang berlaku di Pt Sulong. Kalau ada berita politik memang aku buat dekk aje, hatta siapapun yang datang ke sini, tak kira menteri ke, bapak menteri ke, Anwar Ibrahim ke, siapa ke....aku tak ambil peduli.
  Udang Kara yang cantik telah berehat di dalam akuarium anak aku
Tetapi pemandangan petang tadi agak luar biasa.Tetamu misteri ini benar-benar tidak disangka akan kehadirannya. Memang pelik, sejak aku duduk di bumi Parit Sulong 17 tahun dulu, tak pernah muncul udang kara air tawar begini banyak di kawasan ini. Jom kita saksikan gelagat orang Parit Sulong dalam dua tiga hari ni....!!!!
 Taukey Car Wash, ni tak melepaskan peluang menjala udang kara itu


 Zainal, orang kuat Parit Sulong menunjukkan udang kara yang ditangkapnya
 Yang memandu pun berhenti nak tengok apa yang berlaku di sini
 Yea....Dia tanya aku....Abang ni wartawan Metro ke?Ish...ish...
 Lokasinya berdekatan dengan lampu isyarat Parit Sulong ni....
 Ada yang dapat setengah baldi, ada yang dapat dua ekor, ada yang kecik, ada yang besar
 Hello, emak ....aku tengah sauk udang ni .....yelah...kejap lagi baliklah ni 


 Lain macam je, macam nak tangkap buaya je brother sorang ni




Cikgu Fika yang mengajar di sekolah Pasti ni turut menangkap udang bersama-sama suaminya sebagai aktiviti petang yang permai ini. Gambar terbaru, inilah udang yang ditangkap anak saya, Irfan.
UDANG KARA AIR TAWAR yang kurang risiko untuk mati, cuma tak tau lagi nak bagi makan apa?
Kata blogger-blogger, pelet untuk ikan talapia sesuai dijadikan makanan udang ni

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit sulong</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jul 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Blog Felda: felda <b>lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 12:00 AM PST

KOTA TINGGI 31 Dis. – Sebanyak RM3.16 juta diagihkan kepada 874 peneroka dari empat tanah rancangan Felda dalam kawasan Kota Tinggi bagi membantu mereka dalam program Skim Insentif Tanaman Semula Sawit (SITS), di sini semalam.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, ia boleh dianggap sebagai durian runtuh buat peneroka yang mana masing-masing mendapat RM4,000 seorang beserta bonus insentif produktiviti yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Itu belum lagi termasuk bantuan one off RM500 bagi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang akan diberikan kepada mereka yang layak. Peruntukan yang disalurkan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ini akan menjadi galakan kepada penduduk dan diharap digunakan sebaiknya.

"Apa yang kita harapkan dengan bantuan yang diberikan ini akan menjadi penaung untuk warga peneroka terus tingkatkan komitmen dan produktiviti masing-masing," katanya ketika berucap dalam majlis yang berlangsung di Dewan Serba Guna Felda Lok Heng Barat, di sini semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain; wakil Pengurus Felda Wilayah Selatan, Saifullah Md. Nor dan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Khidmat Korporat MPOB, Dr. Burhanuddin Abd. Salam.

Empat tanah rancangan Felda yang terlibat adalah Felda Bukit Easter, Felda Lok Heng Selatan, Felda Lok Heng Barat dan Felda Lok Heng Timur.

Sementara itu, wakil peneroka Felda Lok Heng Timur, Bakri Sahadan berkata, ini merupakan hari paling bahagia apabila menerima peruntukan tersebut.

"Walaupun sering diasak oleh penduduk kampung berkenaan perkara ini setiap kali mesyuarat diadakan, pada hari ini kami mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib kerana memberikan peruntukan ini," katanya.

Ketua peneroka Felda Bukit Easter, Daud Kamsani pula berkata, penantian penduduk selama lima tahun akhirnya membuahkan hasil dengan pemberian tersebut dan berharap agar semua penerima akan menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full content generated by Get Full RSS.

Bazar Ramadhan <b>Parit Sulong</b> - Suara Generasi Baru

Posted: 28 Jul 2012 03:25 PM PDT

Inilah keharmonian yang masih wujud dalam masyarakat kita hari ini. Bukan sahaja melayu tetapi juga kemeriahan ini turut dapat dirasai oleh kaum lain. Bertempat di Pekan Parit Sulong, suasana Bazar Ramadhan di sini tidak kurang hebatnya. Apatah lagi bulan ini telah ditunggu selama setahun ketibaannya dengan mengumpulkan juga ahli keluarga seramai mungkin untuk turut berbuka bersama-sama.

Lokasi tapak yang hanya 30 meter dari Jalan Raya Utama serta di hadapan Bangunan Bazar Niaga Parit Sulong pasti memberi kelebihan kepada peniaga untuk mendapat perhatian dari pengunjung. Bazar Ramadhan ini juga dikelilingi oleh kawasan deretan rumah kedai dan berdekatan dengan perumahan  yang pasti juga akan memberikan kelebihan kepada peniaga.

Seperti Bazar Ramadhan di tempat lain, Bazar Ramadhan di Parit Sulong ini juga menjual banyak jenis juadah untuk berbuka puasa.Terdapat banyak jenis masakan dari tradisional hingga makanan barat. Di bulan inilah kita boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan dengan mudah sekali.Kuih muih serta makanan yang jarang sekali kita dapat jumpa pada bulan-bulan biasa pasti terhidang di Bazar Ramadhan ini.

Apa yang istimewanya tentang Bazar Ramadhan Parit Sulong ini ialah disini masih menjual makanan tradisi Johor yang terkenal di Batu Pahat iaitu Nasi Baryani Gam. Johor dan Nasi Bariani Gam memang tak dapat dipisahkan. Disini Nasi Baryani Gam boleh didapati dengan harga yang murah sekali iaitu RM6.00 sebungkus. Nasi Baryani Gam ini bukan sahaja setakat Melayu yang datang untuk membeli tetapi bangsa lain seperti Cina dan India juga menggemarinya.

 

Selain itu Kuih Tako atau dikenali Kuih Tepung Pelita juga dijual disini.Kuih Tako ini juga adalah salah satu kuih yang popular di Johor. Kalau di Kelantan kuih tako ini terkenal dengan kuih Tepung Pelita tetapi di Johor terkenal dengan nama Kuih Tako. Perbezaanya antara Kuih Tako Johor dan Kuih Tepung Pelita Kelantan ialah jenis tepung yeng digunakan.

Di Johor Kuih Tako dimasak menggunakan tepung jagung manakala di Kelantan pula menggunakan tepung beras. Apa yang istimewanya tentang kuih ini ialah ia di letakkan dalam bekas comel bentuk empat segi. Bekas itu pula di perbuat dari daun pandan.

Itu lah yang menjadikan kuih ini sangat unik dan istimewa.Kuih ni mempunyai  inti di dalamnya iaitu sengkuang Cina untuk menambahkan rasa kesedapan kuih ni atau boleh diganti dengan Jagung.

Selain itu juga terdapat ayam percik yang dijual di Bazar Ramadhan Pekan Parit Sulong ini. Ayam percik ini juga terkenal di seluruh negeri. Keenakan ayam yang dipanggang  disaluti perencah istimewa yang boleh melirkan setiap orang yang datang ke bazar ini. Apa yang menarik lagi tentang ayam percik yang dijual di Bazar Ramadhan Pekan Parit Sulong ini ialah ayam percik ini masih dijual dengan harga RM1.00.

Ayam percik ini bukan sekadar murah tetapi juga sangat sedap kerana ia dimasak menggunakan rempah istimewa dan diperap elok oleh peniaga.Ternyata penjual juga masih menitik beratkan keaslian rasa ayam percik ini walaupun dijual dengan harga yang murah.

Walaubagaimanapun dimana jua bazar Ramadan yang anda kunjungi di bulan mulia ini, pandangan kita  pasti tidak terlepas dari melihat pelbagai jenis makanan yang dijual  disana dan nafsu untuk membeli makanan itu pasti melebihi keperluan kita. Di bulan ramadhan ini kita diseru supaya berjimat cermat dan tidak mengikut hawa nafsu terutama ketika berbuka puasa. Jadi amalkan gaya hidup sihat dengan berjimat cermat di bulan yang mulia ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads