01 di pontian - Google Blog Search |
- KELAB GREENBOC: Bumbung Rumah Terbang <b>Di Pontian</b>
- Poster Hina Pemimpin Pembangkang Diedar <b>Di Pontian</b>
- Skuad Prihatin: Misi Sumbangan KSSB <b>di Pontian</b>
KELAB GREENBOC: Bumbung Rumah Terbang <b>Di Pontian</b> Posted: 22 Aug 2012 03:30 AM PDT Pontian - Kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi 21 keluarga di Kampung Sungai Bunyi dan Kampung Kelapa dekat sini, terjejas apabila ribut melanda kampung berkenaan pada petang satu Syawal lalu. Gambar: Ithnin dan isterinya, Rosimah Samad, menunjukkan dapur rumah mereka yang rosak teruk akibat kejadian ribut yang berlaku pada 1 Syawal lalu. Kejadian kira-kira jam 2.00 petang itu menyebabkan dua rumah penduduk terjejas teruk dengan hampir keseluruhan bumbungnya diterbangkan angin selain beberapa bahagian rosak. Kejadian tersebut berlaku sangat pantas dengan hujan lebat sebelum itu yang secara tiba-tiba membawa angin kencang sehingga menerbangkan atap rumah penduduk. Salah seorang penduduk, Ithnin Marto, 51, berkata, dia tidak menyangka hujan renyai sebelum itu, membawa ribut dan angin kencang. Menurutnya, ketika kejadian dia bersama enam orang anaknya sedang menziarahi jiran di sebelah rumah dan segera pulang ke rumah apabila angin semakin kuat. Katanya, dia dan anak-anak amat terkejut apabila mendapati bumbung rumahnya diterbangkan ribut dan angin kencang yang secara tiba-tiba berlaku. "Menggeletar kaki saya lihat bumbung di bahagian dapur diterbangkan angin secara tiba-tiba yang kemudiannya disertai dengan hujan lebat. "Saya serta anak-anak segera berlindung di ruang tamu yang tidak terjejas sementara menunggu ribut reda lebih kurang dua minit kemudian," katanya ketika ditemui semalam. Jelasnya, akibat kejadian itu, tujuh keping zink atap diterbangkan angin dan bahagian dapur rumahnya rosak. "Syukur tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, walaupun rumah kami turut dimasuki air," katanya. Menurut Ithnin, kejadian ribut yang berlaku itu adalah yang kedua melanda rumahnya selepas kejadian pertama pada Februari lalu. "Kejadian ribut dan angin kencang yang berlaku kali ini lebih teruk berbanding yang lepas dan lebih menyayat hati kerana berlaku pada hari raya pertama," katanya. Dia yang tinggal di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kampung itu berharap agar ada bantuan diberikan bagi membolehkan mereka sekeluarga membeli zink dan asbestos yang rosak. Jiran terpaksa pecah rumah selamat barang TINDAKAN pantas beberapa penduduk kampung memecah masuk sebuah rumah mangsa ribut di Kampung Sungai Bunyi, ketika kejadian berjaya menyelamatkan beberapa barang berharga dari mengalami kerosakan akibat dimasuki air. Kamariah Arshad, 50, berkata, dia terkejut menerima panggilan daripada salah seorang penduduk memaklumkan kejadian ribut yang berlaku. Katanya, ketika itu mereka sekeluarga sedang meraikan Aidilfitri di kampung halaman mereka di Mersing dan terpaksa pulang segera ke rumah. Dia berkata, rumahnya mengalami kerosakan teruk apabila kira-kira 15 keping zink diterbangkan angin selain asbestos menyebabkan bahagian dapur serta bilik rumahnya dimasuki air. "Saya baru sahaja sampai ke rumah ibu bapa mertua di Mersing Kecil, Mersing dan terpaksa bergegas balik ke Pontian setelah terima panggilan daripada seorang jiran mengenai kejadian itu," katanya. Katanya, tindakan penduduk memecah masuk rumahnya berjaya menyelamatkan peralatan seperti komputer riba anak-anak. "Kami berharap akan mendapat bantuan segera walaupun rumah yang kami didiami ini adalah rumah sewa," katanya yang bekerja di kantin sekolah, manakala suaminya, Abd Rahman Idris, 57, tidak bekerja kerana menghidapi penyakit angin ahmar. Kamariah berkata, selain dia dan suaminya, turut tinggal di rumah tersebut ialah enam orang anaknya yang masih bersekolah, manakala dua masih menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) dan dua telah bekerja. -SH |
Poster Hina Pemimpin Pembangkang Diedar <b>Di Pontian</b> Posted: 12 Aug 2012 01:10 AM PDT Pontian - Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia, kawasan Pontian, kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang didakwa mengedar poster gambar beberapa pemimpin tertinggi parti pembangkang dalam keadaan memalukan. Penyelarasnya, Mohammad Saiful Amri Saifullah berkata, pengedaran poster yang menggunakan pelbagai kata-kata kesat terhadap pemimpin dan parti pembangkang turut dikesan dibuang di hadapan sebuah sekolah rendah di Benut, di sini. Menurutnya, poster itu diedarkan di kawasan pekan kecil di Tampok, Ayer Baloi dan Benut, sejak awal pagi kelmarin. Mohammad Saiful Amri mendakwa, kira-kira 300 poster dijumpai sepanjang kerja pembersihan dan pengutipan yang dijalankan bersama ahli pertubuhan. Jelasnya, dia tidak menolak kemungkinan, jumlah poster yang dibuang mencecah angka ribuan memandangkan pihaknya masih menerima aduan daripada orang ramai dan ahli pertubuhan. Tambahnya, poster berkenaan seperti menghina perjuangan parti pembangkang apabila secara terang-terangan mempermainkan gambar pemimpin tertinggi Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin lain. "Selain gambar, kata-kata kesat yang sungguh memalukan kepimpinan tertinggi Pas turut ditulis di poster berkenaan yang jelas menunjukkan kebiadaban pihak yang tidak bertanggungjawab ini. "Lebih memalukan, perkara ini terjadi pada Ramadan dan sanggup diedar di hadapan sekolah rendah," katanya kepada Sinar Harian, di Ayer Baloi, di sini, kelmarin. Mohammad Saiful Amri berkata, poster berkenaan turut dicetak dalam saiz A4 atau seperti risalah bagi diedarkan dari rumah ke rumah di beberapa kampung dan kedai di kawasan pekan kecil, di sini. Justeru, satu laporan polis di Balai Polis Ayer Baloi dibuat petang kelmarin, berhubung pengedaran poster itu. "Kami mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan mencari dalang pelaku pengedaran poster ini, memandangkan hal sebegini sudah terlalu kerap berlaku," katanya. Menurutnya, perkara sama berlaku pada awal Januari lalu, tetapi ketika itu bilangan poster yang diedar tidak banyak berbanding yang terbaru ini. Tegasnya, pihak yang mengedar poster ini perlu bertanggungjawab dan segera berhenti daripada melakukannya, kerana tindakan mereka jelas menunjukkan taktik politik kotor. -SH |
Skuad Prihatin: Misi Sumbangan KSSB <b>di Pontian</b> Posted: 13 Aug 2012 07:45 AM PDT Syukur ke hadrat ilahi pada hari Ahad, 12 Ogos 2012 bersamaan 23 Ramadhan 1433H yang lalu pasukan sukarelawan Skuad Prihatin ABIM Johor terus menabur bakti melalui Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) yang berlangsung sepanjang Ramadhan ini, kali ini sasaran kawasan penempatan adalah di daerah Pontian di perkampungan sekitar Telok Kerang dan Rambah. Misi sumbangan ini telah disertai oleh 11 orang sukarelawan termasuk 3 orang Exco ABIM Daerah Pontian iaitu Ustaz Omar Maidin (Yang Di-Pertua), Sdr. Zoolhilmi Ahmed (Setiausaha), dan Sdr. Badrul Hadi (Exco). Sebelum misi penyampaian ini dijalankan, wakil Skuad Prihatin telah pun menjalankan aktiviti cerapan atau bancian kepada golongan sasaran pada 9hb Ogos 2012, yang mana maklumat awal diperoleh daripada pihak Pejabat Agama Daerah Pontian dan Sek. Men. Keb. Telok Kerang, Pontian yang terdiri daripada asnaf-asnaf penerima zakat dan keluarga pelajar-pelajar penerima bantuan. Hasil daripada cerapan yang dijalankan, antaranya didapati terdapat seorang warga emas yang tinggal berdua dengan ibunya (yang juga warga emas) yang tidak punya pendapatan setelah dimaklumkan beliau tidak lagi menerima bantuan daripada JKM yang biasanya diterima setiap bulan memandangkan tempoh bantuannya telah tamat, selain menghidap penyakit sesak nafas, masalah ingatan dan lain-lain sakit tua. Skuad Prihatin juga turut mendengar beberapa keluhan yang mengadu ada menerima banyak kunjungan daripada pihak-pihak berwajib dan tertentu yang turut membuat bancian sebelum ini dan menjanjikan bantuan, namun tidak dapat sebarang perkembangan sehingga kehadiran Misi Sumbangan Skuad Prihatin ABIM Johor. Dan seperti yang dijanjikan, Skuad Prihatin telah melaksanakan misi sumbangannya bermula jam 12.30 tengahari dengan para aktivis dan sukarelawan berkumpul di Masjid Jamek Telok Kerang, Pontian untuk solat Zuhur berjemaah diikuti dengan sesi taklimat ringkas oleh ketua misi iaitu Sdr. Zoolhilmi Ahmed. Alhamdulillah, misi kali ini berjalan dengan lancar malah kehadiran skuad disambut mesra dengan senyuman dan wajah gembira tuan-tuan rumah dan misi penyampaian ini telah berakhir sekitar jam 4.00 petang dengan berjaya melakukan penyampaian di Kg. Timur Raya, Kg. Parit Sopian, Kg. Parit Wer, Kg. Tengah 2, Kg. Sawah Lama, Kg. Tengah 1, (kawasan Telok Kerang) dan Kg. Parit Rambai (kawasan Rambah) yang melibatkan sebanyak 16 buah rumah. Misi seterusnya akan disambung pada hari Selasa, 14 Ogos 2012 bertempat di Sek. Men. Keb. Telok Kerang, Pontian yang melibatkan penyampaian kepada 10 buah keluarga terpilih melalui kerjasama pihak sekolah meliputi kawasan di Penerok, Kg. Parit Bilal (Rambah), Rimba Terjun, Parit Mesjid, Kg. Sg. Punai dan Kg. Peradin (Telok Kerang). |
You are subscribed to email updates from di pontian - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan