Khamis, 11 Oktober 2012

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


Jawatan Kosong 2012 <b>di</b> Majlis Daerah <b>Mersing</b>

Posted: 08 Oct 2012 06:32 PM PDT

jawatan kosong 2012 Majlis daerah Mersing

Jawatan Kosong 2012: Sebelum Majlis Daerah Mersing ditubuhkan, terdapat beberapa Penguasa Tempatan kecil yang diwujudkan.Semua Penguasa Tempatan ini menggunakan Enakmen 118 dan "Authorities Local Election Ordinance 1951" sebagai asas pengurusan dan pentadbiran masing-masing.Walau bagaimanapun Enakmen di atas telah dimansuhkan setelah berkuatkuasanya Seksyen 10 Akta 124 (Akta Kerajaan Peruntukan Sementara 1973).Akta 124 di atas akhirnya telah juga dimansuhkan oleh Kerajaan Persekutuan dan digantikan pula dengan Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan 1976) yang digunakan sehinggalah sekarang. 5) Dengan berkuatkuasanya Akta 171 di atas, maka lahirlah MAJLIS DAERAH MERSING dengan rasminya dan telah diisytiharkan penubuhannya pada 26 Mei 1977 melalui Warta Kerajaan Johor bil.JPU 30 6).

Rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa memohon jawatan sebagaimana berikut di Majlis Daerah Mersing.

1. Penolong Arkitek Landskap J29/J36

2. Penolong Pegawai Senibina J29/J36

3. Penolong Pegawai Penilaian W27/W32

4. Penolong Pegawai Tadbir N27/N32

5. Penolong Juruaudit W27/W32

6. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29/F32

7. Pembantu Tadbir Kewangan W17/W22

8. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17/N22

9. Pembantu Akauntan W17/W22

10. Pembantu Juruaudit W17/W22

11. Pembantu Penguatkuasa N17/N22

12. Pembantu Tadbir Undang-Undang L17/L22

13. Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat N17/N22

14. Pegawai Khidmat Pelanggan N17/N22

15. Juruteknik J17/J22

16. Juruteknik Landskap J17/J22

17. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa J17/J22

18. Juruteknik Komputer FT17/FT22

19. Pembantu Kesihatan Awam U17/U22

CARA-CARA MEMOHON :

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang asal MDMG yang boleh di cetak daripada portal rasmi MDMG http://www.mdmersing.gov.my
2. Borang-borang yang sempurna diisi hendaklah disertakan gambar berukuran pasport terkini dan juga SALINAN FOTOSTAT Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Sijil Keputusan Peperiksaan-Peperiksaan, Diploma, atau Ijazah beserta salinan transkrip yang lengkap yang telah diakui salinan sah (Kumpulan A – Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan B – Kumpulan Pelaksana) dan dicatatkan nama jawatan berkenaan di penjuru kiri atas setiap sampul surat.
[Permohonan yang tidak mematuhi syarat sepertimana yang di atas, tidak akan diterima dan ditolak].
3. Ijazah yang digunakan dalam permohonan ini perlu mendapat pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam [JPA] melalui laman web interaktif JPA http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp dan melampirkannya bersama borang permohonan.
4. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap dan Kontrak) hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi disertakan bersama.
5. Hanya calon-calon yang ditapis untuk ditemu duga sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

PERMOHONAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA :

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Mersing,
No.243, Jalan Ibrahim,
86800 Mersing, Johor.

Sebelum atau pada 22 Oktober 2012

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2012 ini.
Sila klik sini untuk muat turun borang permohonan.

- Jawatan Kosong 2012 -

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads