01 di desaru - Google Blog Search |
Am-Flora: LOTUS BEACH RESORT, <b>DESARU</b> - 3 & 4 Nov. 2012 Posted: 04 Nov 2012 09:26 AM PST Doorgift dari SMK Seri Alam 2 Pada 3-4 November 2012 selepas zohor kita orang berangkat ke LOTUS DESARU BEACH RESORT, KOTA TINGGI, JOHOR. Di mana Kelab Guru & Staff (KEBIRUS-2012) SMK Seri Alam 2 mengadakan 'FAMILY DAY' lebih kurang lebih 50 orang semuanya termasuk para guru2 dan staff bersama keluarga masing-masing. Ketika ini ramai juga para pengunjung datang ke sini untuk buat 'HARI KELUARGA' masing-masing, diantaranya RHB BANK Permas Jaya juga dari pelbagai syarikat2 lainnya dan ada juga yang datang dari KUALA LUMPUR seramai 2 buah bas. Belum musim cuti sekolah lagi ni.. tapi para pengunjung dah begitu ramai..! kalau waktu cuti sekolah tak tahulah ya..! Apartment/Blog yang kita orang tinggal iaitu Blok 'R' tingkat 4 nun di atas..! Suasana bilik yang agak selesa dan luas terdapat ruang tamu dan dapur di bahagian bawah manakala bilik pula terletak di tingkat atas. Segala kemudahan yang agak lengkap dengan suasana yang begitu selesa... Sebelum pergi ke Desaru sempat juga membaking sebanyak 100 biji aneka muffin pisang untuk di bawa ke sana untuk makan2 di waktu petang. Selain daripada itu.. ada juga bawa karipap dan cara berlauk (tapi x sempat nak snap..) Dalam perjalanan ke sini 03/11/2012 petang tu hujan suasana yang agak suram di mana hujan turun renyai2 dan keadaan sekitar menjadi agak kelam ketika ini baru pukul 4.30 petang tapi dah agak gelap bagaikan nak malam.. Apa pun tidak mematahkan semangat semua guru2, staff juga keluarga masing-masing untuk tetap bersukan-neka. Kelihatan para guru-guru, staff & ahli keluarga SMK Seri Alam 2 sedang seronok bertelematch dalam suasana hujan Time ni, tengah naik kenderaan terbuka (entah apa namanya) yang mengangkut orang ramai pusing2 sekitar kawasan atau dari setiap apartment/blog ke Lobi, Dewan makan dan sebagainya Sambil ronda2 sekitar kawasan sempat jugak tu.. snap bunga-bunga raya yang pelbagai warna yang banyak terdapat di sekitar kawasan Seperti yang dimaklumkam dinner kali ini dengan menu BBQ.. Mendengar ucapan dari Guru Besar dan juga Pengerusi Kelab sambil menunggu hidangan.. Suasana di dewan makan sambil menunggu acara cabutan bertuah, BERTUAHKAH malam ini..?? Kita tunggu cerita seterusnya..! Tak sempat snap menu dinner, makanan dah licin dah..! sebab masing2 dah Yeah..!!! Alhamdulillah..! bertuah juga akhirnya dapat juga hadiah cabutan bertuah untuk kedua-dua nombor Hari kedua 04/11/2012 selepas bersarapan.. masing-masing tak sabar nak berendam kat kolam renang..! Seronok bermandi-manda dengan sepuasnya..! paling suka kanak-kanaklah.. Walaupun dah kesejukan namun tetap tak nak naik dari kolam tu..! Kelihatan cikgu Baizura dengan gaya tersendirinya... selepas seronok berendam dalam kolam...! Kat belakang tu.. Pn Ann sibuk melayan kerenah anak lelakinya yang tak puas-puas nak terjun ke kolam renang juga..! Kenangan yang sangat indah dan menyeronokkan kepada semua para guru, staff & ahli keluarga SMK Seri Alam 2. Rasanya next year bolehlah buat lagi kot.. mungkin kat tempat yang lain pula..! Pemandangan bersebelahn kolam renang yang indah menghijau dan menyejukkan mata... Selepas anak2 puas bermandi-manda sakan maka tibalah masanya untuk berangkat pulang iaitu lebih kurang dalam pukul 12.00 tengahari. Sebelum pulang ke rumah kononnya nak singgah dan ronda-ronda dan makan di Bandar Kota Tinggi tapi entah macam mana tak jadi pulak sebab dalam perjalanan tu ternampak pulak gerai makan 'MAMA JELLI RECIPE' yang dulu pernah terbaca dalam harian 'METRO' yang agak popular dengan aneka menu dan cendolnya. Mulanya hb dah terlajak juga tapi pusing balik tu semata-mata nak merasa menu di situ.. Tapi bukan makan kat lori ni ya..! Sebenarnya lori ni memang dah tersedia parking kat depan gerai tersebut cuma nak snap tulisan menu yang ada kat lori tu jer..! Kita orang makan Laksa Johor & Mee Rebus serta Cendol Kampung yang popular Selepas menjamu selera perut pun dah kenyang dan mata pun mulalah mengantuk tetiba tak sedar anak2 kat belakang kereta pun dah senyap zzzzzzzz.. ! dah pun terlelep, yang kat sebelah driver pun sama juga.. (kesian tinggal driver jer sorang2 x dpt tidur.. hee..) sedar2 dah sampai area Ulu Tiram, FRUST BETUL.. asalnya dah cakap kat hb nak ronda2 kat Bandar Kota kejap rupanya hb senyap aje dia terus jer balik..! Pandai dia.. disebabkan terlelap kejap maka cancellah program nak jalan-jalan kat bandar Kota Tinggi. Apa nak buat melepaslah..!!! |
You are subscribed to email updates from di desaru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan