Isnin, 5 November 2012

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


Nusajaya Kini: UMNO <b>Mersing</b> Dicabar Mengajar Kitab <b>di</b> Masjid

Posted: 05 Nov 2012 05:11 AM PST

MERSING – "Dengan ini, saya cabar mana-mana pimpinan UMNO Mersing untuk memberikan kuliah agama dan baca kitab di mana-mana Surau dan Masjid di Mersing," demikian penegasan Ustaz Mohd Azam Abd Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Ustaz Azam berkata demikian berhubung isu Exco Agama kerajaan Johor selaku ADUN Endau, telah mengarahkan Penyelaras Surau dan Masjid agar mengambil tindakan ke atas dua orang ustaz yang baru memegang jawatan ini, seorang bekas guru dan seorang lagi bekas Pengetua, yang didakwa mengajar tanpa tauliah.

"Sebab kalau dia orang beriya-iya dan berusaha nak sekat dan halang majlis-majlis Ilmu di surau dan masjid dengan kuasa yang dia orang ada, ia adalah satu tindakan yang zalim dan tak bertanggungjawab.

"Sebagai mengambil tanggungjawab, mereka mesti sahut cabaran saya, demi agama dan memastikan Rumah Allah terus diimarahkan dan makmur.

"Dengar cerita dari kejauhan. Hasil lawatan MB ke DUN Endau dan Mersing, MB terima aduan tentang dua orang ustaz PAS yang aktif menyampaikan kuliah-kuliah di surau dan masjid sekitar Endau Mersing," katanya selepas menyampaikan kuliah Maghrib dari kitab Tanbihun Ghafilin di Surau Hj Ali Uda Mersing Kanan Mersing, dekat sini, semalam.

Bagaimanapun katanya lagi, atas dasar keinsafan melihatkan kurangnya ilmu agama dalam diri, penyelaras masjid tersebut dikatakan tidak sanggup bersemuka dengan pihak yang telah dikenakan tindakan terbabit.

"Yang menariknya, Penyelaras tu pula dengarnya tak berani nak berjumpa kedua-dua ustaz ni kerana katanya, dia tak mampu nak halang sebab dia sedar dia tak punya ilmu tentang agama, sebab beliau bekas Pegawai Tadbir.

"(Malangnya) Yang mengadu kepada MB tu pula jenis tak pernah datang masjid untuk dengar kuliah agama.

"Kalau macam tu (pihak yang dikenakan tindakan), kita minta pemimpin-pemimpin UMNO bahagian Mersing buat kuliah dan baca kitab di surau-surau gantikan ustaz-ustaz ni. Macam mana, boleh?" cabarnya lagi.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads