Sabtu, 10 November 2012

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


Nusajaya Kini: Penduduk <b>Endau</b> Dapat Pembelaan

Posted: 02 Nov 2012 04:19 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]MERSING – Penduduk di Kampung Tanjung Endau dan Jalan Bulang Endau, dekat sini, mendapat pembelaan Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Endau, Ustaz Mohd Azam Razak setelah masalah yang mereka hadapi ...

Penduduk <b>ENDAU</b> dapat pembelaan « ibn_bacoks

Posted: 01 Nov 2012 05:26 PM PDT

MERSING – Penduduk di Kampung  Tanjung Endau dan Jalan Bulang Endau, dekat sini, mendapat pembelaan Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Endau, Ustaz Mohd Azam Razak setelah masalah yang mereka hadapi didedahkan kepada umum.

Menurut Ustaz Azam yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor itu lagi, para penduduk disifatkannya menagih janji 'pemimpin' sejak beberapa tahun lalu berhubung penempatan baru bagaimanapun sehingga kini belum tertunai.

"Penempatan Baru Penduduk Kg Tanjung Endau & Jln Bulang Endau,,,Isu Janji2 Pemimpin UMNO Mersing kpd Penduduk Kg Tanjung Endau dn Jln Bulang Endau ttg penempatan yg tak tertunai sejak sekian lama,, Janji sejak 2004, 2008 dan janji trbaru 2012 oleh YB Dr. Latif di Jln Bulang, 2 hari selepas Prgrm Dialog Isu Kg Tanjung Bersama Sdr. Mazlan Aliman,,,anjurn PAS di Kg Tanjung Endau,,,,

"Lebih malang lagi ade pihak yg mengenak bayaran RM300seorang kpd yg mahu nama mereka tesenarai yg dapat bantuan rumah, dn ade seorang perempuan dr kg Sg Padang di kenakn RM3000 krn merayu agar dia tersenarai,"  katanya dalam satu kenyataan.

Ustaz Azam berkata demikian dalam satu ceramah Jom Ubah anjuran PAS Kawasan Mersing, di Kampung Tanjung Endau, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Selebriti Leman Raja Lawak dan Ust Azman Safawi Abd Rani,  mantan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaysia.

Sementara itu, Ustaz Azam turut berkata, disebalik pelaksanaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh pihak berkuasa didakwa boleh mendatangkan keuntungan kepada syarikat konsesi kroni UMNO-Barisan Nasional.

"Isu Kamera AES yg sdg giat di pasang oleh JPJ, saya menyebutkn lokasi2 dimane di pasang di sekitar Jln2 laluan Mersing,, Yg Akan menguntungkn 2 Syarikat konsesi Kroni UMNO sebyknRM 700juta setahun," katanya lagi.

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Nov 2012 09:28 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Nov 2012 09:12 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Nov 2012 09:53 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Sep 2012 09:45 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

TIGA PROGRAM DATO&#39; FAUZI <b>DI</b> ROMPIN DAN <b>ENDAU</b>

Posted: 07 Jul 2012 10:08 AM PDT

Pengerusi MPN KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman telah menghadiri tiga program bersama rakyat di sekitar Rompin dan Endau pada 06 Jul 2012 baru-baru ini.  
Program pertama beliau adalah menghadiri jamuan makan malam bersama masyarakat Cina sekitar Rompin di sebuah restoren Cina berhampiran Pekan Rompin.  Turut menjadi tetamu adalah YB Tian Chua (MP Batu) dan YB Zuraidah (MP Ampang) bersama pimpinan DAP dan PAS kawasan Rompin.  Hadir bersama juga adalah Ketua Cabang KEADILAN Rompin, Sdr Rabidin (Wak Rabidin).
Sambutan masyarakat Cina amat memuaskan dan ini merupakan satu sejarah di Rompin di mana satu majlis makan malam diadakan bersama dengan dihadiri oleh berbagai kaum termasuk kaum Orang Asal di Rompin.  Dato' Fauzi, YB Tian Chua, YB Zuraidah dan pemimpin PAS turut berucap ringkas pada jamuan makan malam tersebut.  Dato' Fauzi berjaya menarik perhatian kaum Cina apabila beliau berucap di dalam bahasa Mandarin dan mendapat tepukan gemuruh dari mereka yang hadir.
Selepas jamuan makan malam, Dato' Fauzi bergegas ke Markas PAS Tanjung Endau pula untuk berceramah.  Turut berceramah di sana juga adalah YB Zuraidah dan YB Tian Chua.  Kehadiran orang ramai di Tanjung Endau iaitu satu kawasan kubu kuat Umno di Johor itu boleh dibanggakan.  Dato' Fauzi banyak mengimbas kembali sejarah perjuangan pemimpin Umno dahulu yang sanggup berkorban harta mereka demi memperjuangkan nasib rakyat.  Pemimpin Umno mula mengira harta benda dan kepentingan diri serta keluarga dan kroni masing-masing bermula di zaman Tun Mahathir hinggalah sekarang.
Walaupun agak kelewatan untuk Dato' Fauzi berceramah di Dataran Rompin selepas itu, beliau tetap hadir ke sana untuk menemui masyarakat setempat yang ramai hadir di situ.  Di Dataran Rompin, YB Tian Chua dan YB Zuraidah juga berkesempatan berucap sebelum ketibaan Dato' Fauzi.  Di kesempatan itu, beliau mengambil masa yang agak panjang untuk berbual mesra bersama masyarakat dan pimpinan setempat di sebuah kedai makan berhampiran Dataran Rompin. 
Keseluruhannya, program yang diadakan di Rompin dan Endau amat berjaya di mana semua program yang diadakan mendapat sambutan yang baik.  Satu petanda bahawa Rompin bukan lagi kawasan selamat buat Umno/Bn.  Melihat kepada sambutan rakyat setempat di Endau pula, memang benarlah seperti yang didakwa, Johor juga kini terancam dengan kemaraan Pakatan Rakyat.  InsyaAllah, Pahang dan Johor bukan negeri yang didakwa oleh Daim Zainuddin sebagai di antara negeri yang kekal di bawah Umno/Bn.

KOMANDER UiTM JOHOR: Perkhemahan Kompeni JPAM <b>di Endau</b> <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2012 07:26 AM PDT



Semua pelajar berkumpul pada jam 3.00 petang di padang kawad sebelum bertolak. Pelajar diberikan taklimat oleh   En. Juakhir bin hassan dan para komander mengenai penginapan, aktiviti dan silibus yang akan dipelajari. Setelah tiba di pusat latihan pada jam 6.30 petang, para peserta diminta memasang khemah masing-masing dan bersiap-sedia untuk bersolat.Pada jam 7.00 petang, para peserta solat jamak marghrib dan Isyak secara berjemaah dan menikmati makan malam yang telah disediakan.Pada jam 9.00 malam, selepas solat dan makan malam diadakan 'Ice Breaking'. Selepas itu diadakan aktiviti LDK(Latihan Dalam Kumpulan). LDK1 lebih kepada aktiviti pengenalan bersama ahli-ahli Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bersama komander-komander pengiring. Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan seperti 'Ice Breaking' dan permainan berkumpulan. Sebelum bersurai, para facilitator telah memberikan taklimat mengenai 'sentri' atau jaga malam.Semua pelajar bersurai pada jam 12.00 malam. Sentri juga telah bermula pada malam pertama dan setiap kumpulan pelajar bergilir-gilir melakukan sentri.
Pelajar bangun pada jam 5.00 pagi dan solat subuh secara berjemaah. Pada jam 6.30 pagi semua pelajar berkumpul di kawasan lapang untuk memulakan latihan jasmani dibawah penyelarasan para fasilitator.
Setelah itu, pelajar menikmati sarapan pagi sebelum ke aktiviti seterusnya. komander bertugas telah mengadakan aktiviti LDK2 dimana para pelajar telah diajar cara untuk melakukan aktiviti ikhtiar hidup.
Pada jam 11.00 pagi, para telah diberikan sedikit penerangan mengenai aktiviti mereka pada hari tersebut iaitu program jungle trekking. Para peserta diberi taklimat oleh renjer yang telah ditugaskan bagi melaksanakan aktiviti ini. Para peserta diminta berbaris memanjang untuk melalui anak sungai, memanjat bukit dan jambatan gantung. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. Setiba di tempat yang dituju, peserta lelaki ditugaskan untuk mencari kayu buluh, manakala peserta perempuan mengumpulkan kayu api, daun kering dan menyalakannya. Mereka dikehendaki menyediakan makanan tengahari dengan menggunakan bahan-bahan yang telah dibekalkan seperti ubi kentang, ikan kering dan maggi. Oleh sebab hujan lebat, aktiviti seterusnya terpaksa dibatalkan dan para peserta terpaksa pulang ke tapak perkhemahan.
Selepas aktiviti tersebut, para pelajar membersihkan diri serta bersiap-sedia untuk solat jamak maghrib dan Isyak. Tepat jam 7.00 petang, para pelajar bersiap sedia untuk solat berjemaah. Selepas selesai solat berjemaah, para pelajar menjamu selera pada jam 8.00 malam. Pada jam seterusnya, aktiviti malam kebudayaan telah diadakan. Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugasan mengikut kumpulan masing-masing. Aktiviti berakhir pada jam 10.00 malam .
Disebabkan hujan renyai-renyai, aktiviti Night Walk telah dicepatkan daripada jadual yang sepatutnya. Aktiviti ini dipandu oleh jurupandu yang telah ditugaskan untuk membawa para peserta menjalani aktiviti tersebut. Aktiviti berakhir pada jam 12.00 malam dan para peserta bersiap-sedia untuk tidur dan berehat.
Pelajar bangun seperti biasa pada jam 6.00 pagi. Pelajar solat subuh secara berjemaah sebelum memulakan senaman dan latihan fizikal.Selepas itu, semua pelajar telah diberikan sarapan pagi. Selepas persiapan diri, pada jam 11.30 pagi renjer bertugas telah mengambil tempat bagi memulakan aktiviti yang seterusnya iaitu pembelajaran berenang dengan menggunakan bahan yang telah dibekalkan manakala para fasilitator disediakan dengan aktiviti berkayak. Sebelum dibenarkan melakukan aktiviti ini, para peserta dan para fasilitator telah diberikan taklimat dan penerangan serta diajar bagaimana menggunakan peralatan yang telah disediakan seperti 'Live Jacket'.Para peserta dikehendaki untuk melakukan aktiviti 'Water Confidence'. Aktiviti ini memerlukan pelajar terjun ke dalam tasik dan dibekalkan dengan 'Live Jacket'. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih pelajar agar tidak panik semasa berada di dalam air. Pelajar telah dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan akan melakukan aktiviti secara bergilir-gilir.Selepas selesai semua aktiviti dijalankan, para pelajar diberikan waktu untuk solat asar berjemaah. Setelah itu, para pelajar diberikan tugas setiap platun bagi membersihkan kawasan perkhemahan selepas makan untuk kali terakhir di tapak perkhemahan. Seterusnya rumusan oleh jurulatih dan sesi bergambar bersama pegawai dan semua komander serta pelajar yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti perkhemahan ini. Para pelajar telah bersiap sedia untuk pulang ke Uitm. Mereka pulang dengan menaiki bas yang telah disediakan. Tepat jam 7.30 petang, para pelajar Kokurikulum Kompeni Jabatan Pertahanan Awam tiba di Uitm Johor. Mereka berkumpul di padang kawad sebelum bersurai.

Endau Rompin (Selai) National Park: Keterangan Aktiviti <b>di Endau</b> <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2012 08:20 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Endau Rompin (Selai) National Park. 2nd largest rainforest in Peninsular Malaysia! Introduction · Activities & ... Keterangan Aktiviti di Endau-Rompin (Selai). Posted by Muhazam Syah Hambar at 08:20 · Email ThisBlogThis!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads