Sabtu, 3 November 2012

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


Nusajaya Kini: Penduduk <b>Endau</b> Dapat Pembelaan

Posted: 02 Nov 2012 04:19 PM PDT

MERSING – Penduduk di Kampung Tanjung Endau dan Jalan Bulang Endau, dekat sini, mendapat pembelaan Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Endau, Ustaz Mohd Azam Razak setelah masalah yang mereka hadapi didedahkan kepada umum.

Menurut Ustaz Azam yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor itu lagi, para penduduk disifatkannya menagih janji 'pemimpin' sejak beberapa tahun lalu berhubung penempatan baru bagaimanapun sehingga kini belum tertunai.

"Banyak isu yang di sini yang tergendala. Antaranya isu penempatan baru Penduduk Kg. Tanjung Endau dan Bulang Endau, isu janji-janji pemimpin UMNO Mersing kepada penduduk Kg Tanjung Endau dan Jalan Bulang Endau, tentang penempatan yang tak tertunai sejak sekian lama, janji sejak 2004, 2008 dan janji terbaru 2012," jelas beliau.

"Lebih malang lagi ada pihak yg mengenakan bayaran RM300 seorang kepada yang mahu nama mereka tesenarai untuk dapat bantuan rumah, dan ada seorang wanita dari kg Sg Padang dikenakan bayaran berjumlah RM3000 kerana merayu agar nama dia juga tersenarai," katanya dalam satu kenyataan.

Ustaz Azam berkata demikian dalam satu ceramah Jom Ubah anjuran PAS Kawasan Mersing, di Kampung Tanjung Endau, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Selebriti Leman Raja Lawak dan Ust Azman Safawi Abd Rani, mantan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaysia.

Sementara itu, Ustaz Azam turut berkata, disebalik pelaksanaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh pihak berkuasa didakwa boleh mendatangkan keuntungan kepada syarikat konsesi kroni UMNO-Barisan Nasional.

"Isu Kamera AES yang sedang giat di pasang oleh JPJ, saya ingin menyebutkn lokasi di mana AES di pasang. Antaranya di sekitar jalan-jalan laluan Mersing yang akan menguntungkn 2 syarikat konsesi kroni UMNO sebanyak RM 700juta setahun," katanya lagi.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads