Sabtu, 3 November 2012

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


Pusat dialisis berharga RM1 juta dibina <b>di Pagoh</b> ~ MUAR KINI

Posted: 24 Oct 2012 07:41 AM PDT


MUAR - Yayasan Kebajikan Golf Tan Sri Muhyiddin akan membina sebuah pusat dialisis berharga RM1 juta berhampiran Kompleks Seri Pekembar Pagoh di sini dalam usaha menyediakan perkhidmatan rawatan dengan kos minimum kepada rakyat di kawasan itu.
 
Ahli Jawatankuasa yayasan berkenaan Datuk Wan Shalihudin Wan Ibrahim berkata pusat dialisis yang dinamakan Pusat Dialisis Kebajikan Tan Sri Muhyiddin itu adalah yang kedua dibina oleh yayasan berkenaan selepas di Taman Titiwangsa.
 
"Pusat dialisis yang dibina di Pagoh di tanah seluas 0.4 hektar itu akan dilengkapi dengan kemudahan 10 katil untuk pesakit menerima rawatan selain ruang rehat selepas mendapatkan rawatan.
 
"Pusat ini akan dikendalikan oleh Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) dan pesakit yang menerima rawatan di sini akan dikenakan caj minima," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan tanah dan lembu korban yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Seri Pekembar di sini hari ini.
 
Turut hadir isteri timbalan perdana menteri Puan Sri Norainee Abd Rahman dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang Datuk Tahir Taat.
 
Wan Shalihudin berkata kerja-kerja pecah tanah dijangka dimulakan penghujung tahun ini dan dijadual siap akhir tahun depan.
 
Beliau berkata selain pusat dialisis, lima gelanggang futsal dan sebuah bangunan gimnasium desa juga akan dibina di tanah seluas 0.4 hektar itu dengan kos RM500,000.
 
Terdahulu, Muhyiddin mewakili yayasan berkenaan menerima pemberian tanah bagi tujuan pembinaan pusat dialisis itu daripada pemiliknya Naib Ketua Umno Bahagian Pagoh Datuk Hatta Mohamed.
 
Pada majlis itu Muhyiddin turut menyerahkan 102 ekor lembu sumbangan beliau dan tiga syarikat swasta kepada 28 jabatan kerajaan, cawangan Umno dan kampung sekitar Parlimen Pagoh untuk ibadah korban. - Bernama

24 Ogos 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads