Ahad, 11 November 2012

01 di kahang - Google Blog Search

01 di kahang - Google Blog Search


Politik Samseng : Markas PAS Kawasan <b>Gelang Patah</b> Diserang

Posted: 24 Sep 2012 07:43 PM PDT

GELANG PATAH: PAS Kawasan Gelang Patah dikejutkan dengan kes simbahan cat, cermin tingkap dipecahkan serta bendera PAS dijatuhkan di dua buah Markaz PAS di kawasan Gelang Patah. Peristiwa itu dipercayai berlaku pada awal pagi Ahad lalu sebelum berkumandangnya azan subuh.
Menurut Ketua Penerangan PAS Kawasan Gelang Patah, En. Ayob Bin Embong, insiden tersebut amat mengejutkan kerana bukan hanya melibatkan  Markaz Tarbiyah PAS Cawangan Kampung Ladang sahaja, malah Markaz PAS Kawasan Gelang Patah yang terletak di Kampung Ulu Pulai juga turut menerima nasib perbuatan khianat tersebut. 
Dua kes tersebut telah dilaporkan di dua balai polis yang berbeza iaitu di Balai Polis Desa Paya Mengkuang bagi insiden yang berlaku di Markaz Tarbiyah PAS Cawangan Kampung Ladang dan Balai Polis Daerah Nusajaya bagi insiden yang berlaku di Markaz PAS Kawasan Gelang Patah.
Kedua-dua laporan polis tersebut dilakukan pada jam 11.00 pagi setelah maklumat dikumpulkan daripada seluruh ahli PAS yang berdekatan untuk membantu siasatan pihak polis.Tindakan segera pihak polis sangat dihargai kerana dapat menjalankan siasatan di kedua-dua tapak kejadian sejurus laporan dibuat.
Menurut Saudara Ayob lagi, insiden ini amat membimbangkan ahli PAS kerana dua hari sebelum itu, Ketua Wira Perkasa Gelang Patah telah mengarahkan salah seorang ahli PAS Kawasan Gelang Patah supaya menurunkan Bendera Rasmi PAS berwarna merah putih dan bulatan hijau yang dipasang di rumahnya.  Arahan ini dibuat kerana menyangka bendera tersebut adalah Bendera Sang Saka Malaya. Tambahan pula terdapat beberapa insiden pengkhianatan yang dilakukan terhadap PAS Kawasan Gelang Patah sejak akhir-akhir ini.
Respon daripada Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah, Sr. Hj Dzulkefly Bin Ahmad pula, "PAS amat berdukacita atas segala rentetan insiden serangan politik yang masih berlaku, jelas menunjukkan sesetengah pihak tidak mengamalkan politik yang bertamadun. Sedangkan banyak negara lain yang menikmati sistem politik yang lebih demokratik."
"Kita mengharapkan agar satu siasatan yang bersifat menyeluruh dan telus dapat dijalankan oleh  pihak Polis Diraja Malaysia  di atas rentetan pengkhianatan yang berlaku di kawasan Gelang Patah baru-baru ini mahupun di peringkat negeri Johor." 
"PAS sesekali tidak akan tergugat dengan segala ancaman dan ugutan yang berlaku di kawasan Gelang Patah malah akan terus menjalankan tugas dengan lebih komited untuk mengajak rakyat membuat perubahan yang baik."
Laporan polis yang dibuat turut disertai oleh beberapa lagi ahli PAS Kawasan Gelang Patah. Insiden pengkhianatan yang dilakukan oleh pihak yang tidak menyenangi kemaraan PAS dan Pakatan Rakyat ini turut dirasai oleh Sr. Hj. Dzulkefly Bin Ahmad. Hampir setahun yang lepas rumah beliau telah di bom kesan daripada pendedahannya kepada umum tentang unsur-unsur penyelewengan dalam Johor Corp.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads