01 di kota tinggi - Google Blog Search |
PeNgembara: Kenangan Peristiwa Banjir Besar <b>Di Kota Tinggi</b> 2006 <b>...</b> Posted: 04 Nov 2012 03:25 AM PST Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir paling besar dalam sejarahnya. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga Sungai Johor tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali. Malahan terdapat pusat-pusat pemindahan juga ada yang turut dinaiki air menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya kerana air Sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter. Rumah aku pun tidak terkecuali, dan dalam sejarahnya pertama kali aku menjadi mangsa banjir, selalu aku nengok dalam tv je. Sekarang sudah memasuki hujung tahun dan lazimnya hujung tahun merupakan musin hujan, dan semua kawasan yang pernah di naiki air iaitu banji seperti Kota Tinggi yang pernah tenggelam sudah mendapat pengajaran dan pengalaman. Aku percaya mereka yang tinggal di Daerah Kota Tinggi sudah bersiap sedia menghadapi musibah, malapetaka, dugaan dan rezeki dari ALLAH S.W.T. Kedalaman air pada tahun 2006/2007 mencecah 4.9 meter. Dalam!!! Semoga Family aku yang berada di Kota Tinggi berada dalam keadaan berjaga-jaga. Kita sama-sama berdoa agar musibah banjir tidak akan berulang kembali. INSYAALLAH... |
You are subscribed to email updates from di kota tinggi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan