Jumaat, 30 November 2012

01 di tebrau - Google Blog Search

01 di tebrau - Google Blog Search


Pengalaman Beraya Buat Pertama Kali <b>di Tangkak</b> Johor dan <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2012 05:00 PM PDT

Artikel ini saya tujukan untuk En.  Yusof Bakar dari PP Seni,  USM.  (kih kih kih)

Jumaat,  17 Ogos

Mood Raya Datang,  Mood Kerja Menghilang
Aihhh malaihnyaaa nak pi kerja.  Tapi kena lah pi jugak.  Hari ni dah last day kerja u olls.  Ramai jugak orang yang dah cuti kat office.  We olls yang mai office ni,  jasad sahaja di office.  Otak dan jiwa dah merewang-rewang ke tempat lain.  Duk pikiak raya sahaja.  At 11am,  Kak Zie meletops mai kat akak "Adik,  Dr.  Siva maybe akan bagi kita half day.  Kami semua duk tunggu keputusan dia.  Tapi kalau kata dia tak setuju pun,  adik balik la dulu.  Kak Zie cover adik,"  meletops Kak Zie.  Thanks Kak Zie.  Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.  GITUUU.  Tepat 12.30pm,  akak pun terus balik rumah dengan pantasnya.  So,  bolehlah akak berehat sebentar dan mengemas beg untuk balik kampung.  Yelah,  sibuk membuat kueh kacang bagai.  Tak sempat nak mengemas u olls.  Katanya malam ni dah nak gerak balik Tangkak.

Buah tangan jeruk dari Penang adalah kemestian.

Berbuka Puasa Bersama Keluarga Penang - buat Kali Terakhir Tahun Ini

Lepas berbuka bersama keluarga di Penang,  Kak Edeh masak special iaitu mee goreng mamak,  we olls pun beraya siap siap with all the family.  Depa semua memang saja mai bukak posa kat rumah akak sebab senang nak jumpa semua.

At 12.30 am,  kami bergerak perlahan-lahan dari Penang ke Tangkak menaiki Dorrie meletops.

Inilah satu-satunya benda yang raya yang akak beli.  Subang raya. 
Sabtu,  18 Ogos

Ketibaan Si Anak dan Menantu Yang Berbadan Agam

We olls sampai di depan rumah Kak Juma di Jalan Mesra Rakyat,  Off Lorong Wak Musa,  Serom 5,  Tangkak tepat jam 5.50am.  Sungguh dahsyat En.  Khafi mendrive,  relaks dan very tertib sampai akak boleh jadi tidur kecantikan kat sebelah.

Ketibaan kami disambut dengan penuh rasa syukur oleh Kak Juma dan Abang Omar.  Lepas sembang ringan dan angkat beg,  kami semua sambung tidur sebentar.  Penat u olls.

Pegedil spesyel resepi Kak Juma.  Nanti i akan blogkan resepi ini.
Selepas tidur beberapa jam,  we olls pun bangun dan maka itu bermulalah aktiviti masak memasak.  I olls dan Kak Juma buat kuah kacang,  ketupat,  kuah lodeh,  ayam masak usik dan pegedil.  Kak Juma tak masak banyak-banyak macam Kak Edeh.  Dia masak sikit-sikit jer.  I olls sempat belajar beberapa tips dan rahsia dapur dari Kak Juma.  Memang best kali ni we olls dapat sembang panjang-panjang sambil masak.  Tidak lupa bergosip. 

Petang itu,  Ina dan Aji serta anak-anak (keluarga adik En.  Khafi) tiba dari Port Dickson.  En.  Khafi ada adik yang dah kawen dan ada dua anak ya.  Meletops. 

Aktiviti Membalas Kampung Ala Serom 5

Menjelang petang,  Kak Juma membungkus all the lauk pauk yang we olls masak tadi dan disiapkan 5 enam set bungkusan.  Kak Juma kata "Tengok la nanti petang,  satu kampung akan datang hantar lauk.  Penuh nanti satu meja.  Kamu makanlah puas-puas," 

Kisahnya,  setelah Asar,  maka orang kampung sorang demi sorang datang ke rumah dan bagi lauk yang depa masak.  Semua lauk yang lebih kurang sama iaitu lauk raya!! Pastu Kak Juma pun balas lah balik dengan lauk pauk yang dia bungkus tu.  Tapi tak tau la macam mana punya mejik,  in the end...........nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaa penuh satu tikar kat dapur ni dengan lauk pauk.  MAKAN JUMIE............MAKANNNNNNNNNN!!

Ahad,  19 Ogos

HARI RAYA U OLLLS!

Tereeenggggg tenee nee....tereng tereng...ten neee neee...terengg nee nee neee...Indahnya sungguh di hari raya...ramainya orang bersuka riaa (suara Hail Amir)

Fajar syawal dari bilik kami di rumah Kak Juma. 
Gituuuu!! Hari raya pun tiba.  Ohhh...akak bangun pagi itu dan akak bukak tingkap.  Cahaya fajar yang sangat cantek.  Cabaran pada pagi itu?  MENANGIH ATAU TIDAK MENANGEH. 

Selepas mentengok video iklan raya Bernas,  akak sangat sebak bila memikirkan hari raya.  Yelah berjauhan dengan keluarga.  FEEELNG!  Akak duk bayangkan macam mana kalau akak dengar takbir raya pagi tu.  Entah macam manalah perasaan akak.

En.  Khafi banyak kali duk bagi akak takut dan lemah semangat "Nanti pagi raya hang nanti menangih la kat Tangkak.  Hang nanti telefon Kak Edeh pastu masuk bilik dan nangeh,'  kata En.  Khafi sambil gelak kuat macam jin aprit.

Disebabkan rumah Kak Juma terletak jauh di hujung kampung dan dikelilingi oleh pokok kelapa sawit dan juga pokok getah,  so akak tak dapat dengar sangat bunyi takbir raya.  ALHAMDULILLAHHHHHHHHHHHHHHHHHh............hahaha boleh?  Bayangkan kalau akak dengar.  Mesti akak terus menangih pukul-pukul bagi pecah gelang tangan kat dinding.  Gitu.

Beraya dengan Suami Terpaling Love

Lepas mandi dan bersiap simple,  we olls semua bersarapan ringkas di dapur.  Tapi before kami keluar ke dapur,  akak dan En.  Khafi mengambil kesempatan untuk beraya berdua.  Akak yang mintak maaf dulu dengan En.  Khafi semua.  Aiiiiyoooooo.....masa tu ayak mata akak dah penuh dengan ayak mata.  Tunggu nak menitik ja.  Lubang idung akak pun macam sat sat nak kembang,  sat sat nak kuncup.  Atas bibir akak,  tiba tiba rasa macam panjang like kuda.  Tahan nangis sambil menyusun ayat memohon maaf kat suami ku.  Akak banyak durhaka dengan suami akak u olls.  Banyak sangat onar yang akak buat untuk dia.  Dia ni sabar sahaja.  Dah la baju kerja dia gosok sendiri.  So,  kami pun bermaaf maafan semua.  Habis tu,  kami pun keluar dari bilik.  Ada la babak cium sikit sikit,  MANA BOLEH CERITAAAAAAA!! NUSYUZZZ U OLLLSS!  Tapi yang penting,  walaupun akak almost nak nanges,  tapi akak tak nanges. 

And then,  they olls semua lapik perut untuk they olls nak pergi sembahyang raya.  We olls yang perempuan semua tak pergi.  Yang lelaki je yang pergi.  So kami yang perempuan,  siaplah apa-apa yang patut.  Makan dan isi kueh raya.


Sesi salam bersalam dan bermaaf-maafan dimulakan selepas solat sunnat Aidilfitri dan juga makan pagi.  Start dengan Kak Juma salam Abang Omar dulu.  Pastu kami semua follow kat belakang.  Salam....salamm......dan....ALHAMDULILLAHHHHHHHHHHH.....akak tak nangih pun.  In fact akak sangat happy dan gelak-gelak lagi.

Sessi Beraya Keliling Kampung Serom 5 dan Gersik,  Bukit Gambir 

Destinasi pertama,  of coz rumah Tok Jali dan Tok Neng iaitu bapa dan ibu kepada Kak Juma,  ibu mertua I olls.  Setibanya di sana,  sanak saudara dan sepupu lain pun sudah mulai ramai.  Akak sorang jer feeling berjubah dan berselendang.  Nasib baik tak pakai belt.  HAHAHAHA feeling Regina la kau ni Jumie Samsudin.  We olls bersembang dan bersalam salaman.  Amik-amik gambar sikit.

Dari situ,  kami pun mula berarak dari satu rumah ke rumah yang lain,  semua rumah mak mak menakan,  tok menakan En  Khafi side Kak Juma kami ziarahi.  (tak semualah u olls...sebab keluarga Kak Juma ramai ya.  Lebih kurang 13 beradik.  Tak termampu nak pergi semua). 

Masa nilah nak berkenal-kenalan dengan sanak saudara yang akak tak pernah jumpa sebelum.  Kalau kenal pun dalam Facebook ja u ollls.  Depa semua pun,  tengok akak depa tau "Oo....orang Penang ni...." Nasib baik!!  Kalau depa kata "Oooo...anak mami ni,'  Haaaaa.....haruslah secara otomatik akak bukak aipek dan suruh akak baca artikel blog akak kan!!

Kami dan Tok Jali.  Tok Jali bagi pose meletops kat ampa semua.  Siap bye bye lagi.
Depa ni love kuat.  Kak Juma dan Abang Omar.
Bersama biras akak dan juga hembek meletops hasil jualan Kueh Kacang Mazola.  

Ada satu time tu,  we olls tengah beraya kat rumah Tok Sayuti,  ada aunty En.  Khafi duduk sebelah akak.  Dia duk tunjukkan sorang-sorang sedara dari jauh.  Dia ni sapa...dia ni sapa......Ramai u ollls!!! So ada satu family ni masuk,  "Haaa.....dua ni sepupu belah.....diorang dua ni doktor tau,"

GETUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!  Aunty...........i kerja USM aunty.  Hidup i bergelumang dengan doktor dan professor aunty.  (POKER FACE DISITU)

By Zuhur kami semua balik ke rumah,  mandi rehat dan solat.  At 230pm,  kami gerak ke rumah Tok Gayah iaitu mak Abang Omar (pak mertua I olls).  Dari Serom nak ke Gersik amik masa lebih kurang 20 ke 30 minit.  Lainnya suasana beraya di rumah Tok Gayah ialah,  we olls duduk dan melepak dan beraya di situ sampai malam tak pergi mana-mana rumah sedara lain.  Bak kata Kak Juma kepada akak "Sebab tu mak tak suka beraya datang sini,  abah kamu bukan nak berjalan.  Duduk je kat sini sampai malam,"  gituuuuuuuuu Kak Juma onarkan suami.

Isnin,  20 Ogos

Soto Special Kak Merr di Raya Kedua

Hari raya kedua.  We olls takdak planning nak keluar beraya.  So,  akak mengambil iktibar untuk menjadi menantu yang bukan sahaja penuh dengan kecantikan malah baik hati dan rajin di dapur.  Hari itu,  akak masak soto ayam dan juga rendang.  Katanya kakak ipar i olls iaitu Norfariza akan balik hari ini.  So,  haruslah masak meletops u olls.

Soto.  Yeee...nanti akak akan buh dalam blog resepi dia.

Kak Juma adalah seorang yang sangat menghormati akak didapur.  Akak masak betul ke salah ke,  tak ikut cara dia ke,  dia relaks dan tak complaint langsung.  Bila anak-anak lain mula memberi komen,  Kak Juma akan mengomen "Biarlah....mak nak rasa macam mana kamu masak.  Tak maulah ikut cara mak,"  Gituuuuuuuuuuu!

Actually akak nervous jugak u olls!  Kau gila masak sebelah otai.  Rasanya macam nak jahit baju sebelah Rizalman.  Silap haribulan terjahit kuku dengan kain.  Haaa!! Dah jadi selendang ulik mayang.

Akak feeling profesyenel dan dengan niat tidak mahu malukan Kak Edeh yang dikenali sebagai makcik kantin tersohor di Sekolah Menengah St Xavier Pulau Pinang,  akak kena berikan prestasi yang terbaik.  Nanti apa masyarakat kata kepada akak?  MAK DIA MAKCIK KENTIN,  ANAK MASAK MACAM AHLI GUSTI.  Haaaaaaaa...Tapi alhamdulillah,  akak berjaya menyiapkan sup soto,  celur bihun,  mee,  taugeh,  nasi impit dan tidak dilupakan sambal kicap.  Selain itu,  akak juga telah memasak rendang daging (yang ni akak siapkan rempah dan bahan-bahan jer.  Kak Juma yang masakkan).

Katanya...............................tetamu pertama yang datang.  Almost semua buat penambahan!!  Gituuuu!!  Depa puji kata sedap dan boleh buat meniaga.  OHHH KAK EDEH!! I MADE U PROUD!!  Terima kasih Kak Ita dan Kak Iken yang bagi akak tolong meniaga dengan depa kat Kedai Lontong dua tahun lepas sebelum kami gaduh dan kedai pun tutup.  Katanya,  by the end of the day...............................sambal kicap kena buat second round. Dua tupperware lincin!!!  Sambal kicap Johor dibuat oleh menantu Penang rasanya sangat meletops???? KERLASSS!!!! 

Selasa,  21 Ogos

Gugurnya Hati Ayam

Hari yang sungguh malang bermula hari ini.  Untuk pengetahuan u olls,  sejak sehari nak raya,  akak dah mulai period u olls.  Tapi hari ini lain macam rasanya.  Pagi itu,  bila akak bangun tidur.  Darah keluar lain macam u olls.  Bila akak pergi checkkkkkkkkkkkk...................OH NO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  Memang banyak.  Dah berketul ketul macam hati ayam.  Ini dah boleh buat masak goreng kunyit.   (HAHAHAH LAWAK BODOH DI SINI.  SILA TENDANG AKAK)

So akak pun terus rasa lembik satu hari.  Kan akak pi jumpa doktor pakar haritu.  Dan dia bagi akak ubat hormon apa bagai.  I think,  inilah hasilnya.  Dia mencuci rahim akak dan membuang segala anasir jahat yang tak keluar dengan elok selama ini.  Kira macam overhaul enjin la gitu.  Dan seharian akak tidur sahaja dan tidak larat membuat apa-apa kerana siriesly akak bukan sahaja cramp di perut malah badan akak pun rasa macam sangat lunyai. 

Kesian Kak Juma hilang sorang assistant.

Ini bukan punca akak keluar hati ayam banyak ya.  Ini anak ular sawa sesat yang mati bawah kereta adik ipar akak.
Rabu,  22 Ogos

Nasi Tomato,  Ayam Masak Merah,  Acar Jelata dan Sayur Buncis Goreng bersama Santan

Hari ini hari terakhir akak di rumah Kak Juma bagai.  Memandangkan semalam Kak Juma dah penat melayan tetamu apa semua.  Hari ni,  akak cakap kat Kak Juma,  biarlah akak masak sepenuhnya.  Dia tak payah tolong langsung.  Hari ni akak nak masak nasi tomato sebab dah lama sangat tak makan nasik rasanya. 

Pagi itu,  akak,  adik Akmal dan En.  Khafi pergi ke pasar.  Kami beli barang dapur.  Akak beli beras Basmati.  Susah nak cari beras Basmati yang 5kg kat sini.  Semuanya size besar.  Maybe because orang sini jarang makan beras Basmati.  Sebab tu pekedai pun stenbai stok paket besar jer banyak.  Tapi carik punya carik,  terjumpa jugak satu paket beras Basmati 5kg.  YES!!!!

Actually ini first time akak buat nasi tomato.  Boleh laaa.........nak makan-makan :)

Lepas bershopping di market,  destinasi wajib akak bila balik kampung adalah KEDAI 2 RINGGIT!  Tak lengkaplah diri akak kalau tak mau kedai ni at least sekali bila balik kampung.  Kat Penang takdak kedai macam ni.  Kalaulah ada..............habihlaaaa Tesco semua nanti tak laku.  Kedai 2 Ringgit ni ada dua tiga buah.  Tapi yang paling we olls suka pergi adalah yang kat simpang depan dengan CIMB. 

Macam-maca adaaaaaa daripada periuk dan kuali,  bekas pelastik,  alat tulis,  bunga hiasan,  bek,  dandanan rambut,  keropok jajjan,  alat menoreh,  pinggan mangkuk,  alatan mencuci rumah,  alatan dan perkakas dapur,  bedak,  sabun,  bulu mata palsu,  beteri,  reket bekminton,  ayak kotak,  alat untuk repair paip air,  ubat nyamuk,  baja pokok dan racun serangga...............dan macammmmmmmmmm macam lagi.  Semua ada!!  Tapi bukan semua RM2.  Kalau ada tanda harga dia tulis RM3 ka RM10 ka...maknanya itulah harga benda tu.  Kalau takdak tanda harga makanya benda tu RM2 la.

Akak beli macam-macam.  Bestnyaa shopping kat kedai dua ringgi!!!

Ronda Petang di Bandar Muar

Lepas makan tengahari!!!  Kaum lelaki pun mulai tidur macam naga.  Akak dan kakak ipar akak niat nak ke Gersik dan juga Muar.  Niat di hati nak pi cari apa-apa buat buah tangan balik Penang.  So,  dari Serom ke Gersik,  Along yang drive.  Dan dari Gersik ke Muar.  AKAK YANG DRIVE.  Along sangat impress dengan akak sebab walaupun tidak menggunakan GPS akak masih ingat jalan-jalan ke bandar Muar dan pusing balik ke Serom melalui Bukit Kangkar dan Tangkak.  Nampaknya IQ akak lebih tinggi dari Along di situ.

Gambar ini diambil oleh Along.  Tapi dia malu nak amik gambar dengan I.

We olls tak pusing jauh-jauh sangat.  Sebabnya takdak apa sangat pun nak buat di bandar Muar yang busy itu.  Kami end up beli buah duku,  kerepek,  madu lebah,  dodol dan beberapa kueh tradisi along the way. 

Masih,  Along terpana sebab akak lebih arif dengan jalan-jalan di Muar dari beliau.  OH ya,  En.  Khafi tak ikut sebab suruh dia tidur dan rehat.  Malam tu dia nak drive balik Penang.

Good bye Tangkak

At 1130pm,  kami meninggalkan Serom 5.  Hati rasa sayu.  Tapi kenalah balik sebab En.  Khafi dah nak kerja esok.  Maka berakhirlah cuti cuti raya akak di Johor.  Satu pengalaman yang mendamaikan dan bermakna.  Simple tapi belajar banyak benda baru.  Harap tahun depan dapat balik beraya di Tangkak lagi tapi En  Khafi kata "Nanti Abang Manap baling botol todi kat aku!"

Sekian,  laporan dari akak khas untuk diri akak sendiri.  Esok lusa,  anak cucu akak baca artikel ini,  semoga u olls semua menjadi menantu yang terbaik apabila balik ke rumah mentua.  Well,  kita maybe bukan yang paling perfect,  but at least kita try la.  Jangan jadi kera sumbang memalukan kaum keluarga Kak Juma dan Kak Edeh.  Biarlah orang tahu,  keturunan kita ni,  bukan sahaja penuh dengan kecantikan malah baik hati dan rajin di dapur.

Love,

Jumie Samsudin
Anak Kak Edeh,  Menantu Kak Juma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads