ads

Isnin, 26 November 2012

01 di muar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di muar - Google Blog Search


Tebatan RM400 juta elak banjir <b>di Muar</b> - N9Kini

Posted: 23 Nov 2012 03:30 PM PST

Muar, 24 Nov : Sejumlah RM400 juta peruntukan akan diguna bagi melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir Fasa 2 Sungai Muar membabitkan laluan air dari Bukit Kepong hingga ke bandar Muar, di sini, seterusnya menjadikan daerah ini bebas daripada bencana banjir.

Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Muar dan Ledang, Mohd Hayal Atan, berkata empat perkara akan menjadi keutamaan pihaknya bagi menghalang kawasan berkenaan dilanda banjir membabitkan keseluruhan laluan sepanjang 120 kilometer.

Beliau berkata, antara empat projek utama membabitkan peruntukan RM300 juta itu ialah menaiktaraf perparitan dan sungai di Pekan Pagoh bagi melancarkan laluan air dan kini pihaknya sedang mengenal pasti lokasi bagi tujuan terbabit.

Selain itu, pihaknya juga akan mencadangkan supaya dibina pintasan sungai di Tanjong Olak serta Belemang, di sini, bagi memudahkan pengaliran air Sungai Muar seterusnya mengelakkan kawasan sekitarnya mengalami banjir terutama pada musim tengkujuh.

"Kita juga akan membina sistem amaran banjir membabitkan beberapa pekan kecil sekitar Pagoh dan Muar, sebelum ini kita hanya ada pusat pemeriksaan tahap amaran air di pekan terbabit," katanya ketika dihubungi.

Peruntukan RM300j dilulus

Mohd Hayal berkata, peruntukan RM300 juta untuk perkara berkenaan sudah diluluskan dan pihaknya kini dalam proses untuk meneliti segala perkara berkaitan kos setiap projek dan jika cadangan berkenaan menjadi kenyataan, kerja pembinaan dijangka akan dimulakan pada Rancangan Malaysia Kesepuluh nanti.

Selain itu, Mohd Hayal berkata, pihaknya juga akan mencadangkan projek pengukuhan tebing Sungai Muar bermula dari Tanjung Emas hingga ke Sungai Abong sejauh 3.5 kilometer yang dijangka menelan belanja kira-kira RM100 juta.

Katanya, ketika ini banyak berlaku runtuhan di sekitar kawasan terbabit menyebabkan pelbagai masalah seperti hakisan tebing.

"Tebing terbabit sudah dibina antara 40 hingga 50 tahun lalu, kerana itu ia perlu dibaiki sebelum ia diperindahkan dengan lampu dan kemudahan lain untuk orang ramai.

"Kita akan mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Muar (MPM) bagi tujuan berkenaan," katanya.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved