ads

Isnin, 26 November 2012

01 di parit jawa - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di parit jawa - Google Blog Search


KISAH BUAH MENTEGA.....KAT <b>PARIT JAWA</b> MUAR..

Posted: 23 Nov 2012 02:57 AM PST

     SALAM SEMUA!


     HARI INI NIKEE NAK KONGSI SIKIT TENTANG BERITA GEMBIRA BUAT SAHABAT LAMA PUAN ERRA AKMAL.ALHAMDULLILAH ERRA SELAMAT  BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN DI SUBANG JAYA SELEPAS ASAR SEMALAM.

  ERRA TERPAKSA DI BEDAH MEMANDANGKAN TEKAN DARAHNYA AMAT TINGGI... MEMBAHAYAKAN NYAWA BABY YG DI DALAM PERUT TU.BABY GIRL YG DI NANTI TIBA WALAUPUN HANYA SEBERAT 1.45 KG SAHAJA...YELAH MEMBER LAHIR AWAL SEBULAN LEBIH..HANYA 35 MINGGU DI DALAM PERUT MUMMY..  

  TAHNIAH TUK AKMAL,ERRA,AIRIN FARISHA SERTA ABG B YG BALIK JAUH DARI DAVAO CITY JUST TO MEET AND SEE HIS SWEET LITTLE BABY GIRL.


HARI JOMLAH LAYAN BLOG NIKEE ..NIKEE KE MUAR SEMASA HARI KEDUA HARI RAYA HAJI BARU-BARU NI..SAMPAI DI PARI JAWA RUMAH PAK YUSOF TU..KITA PUN DI HIDANGKAN SESUATU YG ISTIMEWA..PELIK PADA NIKEE ALMAKLUMLAH NIKEE NI ORANG DARAT DARI KELANTAN..KALAU SESUATU YG BARU NIKEE AMAT SUKA NAK TAHU .

   DALAM DUDUK MENUNGGU DAGING DI LAPAH ..KAMI DI HIDANGAN DENGAN BERBAGAI HIDANGAN KUIH MODEN DAN ASLI...SEDAP...

  PAK YUSOF PUN ..TIBA-TIBA HIDANGKAN KAMI BUAH MENTEGA..HAIKKK!APE LAGI NIKEE RASA PELIKLAH SEBAB DI KELANTAN TAKKAN JUMPA BUAH MACAM NIKAN...
     
  JOM INTAI..FOTO

NI YG DAH SIAP BASUH...

 KATA ABG SUFFIAN POKOK MENTEGA NI DARI HASIL TANAMAN ATUKNYA..DI BELAKANG RUMAH PUSAKA YG DI DUDUKI OLEH PAK YUSOF SEKARANG NI.DULU KATA ABANG BUAHNYA SEBESAR BUAH KELAPA DARA..TAU KELAPAPANDAN...WAHHH HAIRAN BESAR TU...

  PADA NIKEE BUAH NI TAK UBAH SEPERTI BUAH SETOL..YG BERWARNA KUNING CUMA BEZANYA SI BUAH MENTEGA NI..MERAH KECOKLATAN DAN SEDIKIT BERBULU.

  KATA MEREKA BUAH NI HARUS DI BASUH BERSIH DAN DI KIKIS HABIS BULUNYA KALAU TAK GATAL-GATAL TERKENA KULIT.

  KALAU DI KELANTAN BUAH SETOL TU DI MAKAN JERUK ATAU ADA YG DI BUAT GULAI...TAPI PAHIT-PAHIT MANIS GITULAH..BUAH MENTEGA DI SEDAP SERTA LEMAK RASANYA SEAKAN MENTEGA..

YG DAH JATUH NI BOLEH DI MAKAN DAH..MASAK RANUM ...JADI TAK KELAT RASANYA..


   SETAHU NIKEE ,BUAH MENTEGA NI DIKENALI JUGA SEBAGAI BUAH BISBUL.
DIKENALI DENGAN NAMA ILMIAHNYA DIOSPYROS BLANCOI A.

  NAMA LAIN PULA DI PANGGIL,BUAH LEMAK ,DALAM BAHASA JAWA PULA DIKENALI SEBAGAI KAMAGONG,TABANG @ MABOLO DALAM BAHASA TAGALOG,SEBAB BUAH YG BERBULU..

  BUAH MENTEGA JUGA DI KENALI SEBAGAI MARIT DALAM BAHASA THAI DAN BAHASA INGGERIS DI PANGGIL VELVET APPLE.

  APA PUN BUAH NI BANYAK TERDAPAT DI TANAH JAWA..JADI TAK HAIRANLAH JIKA NIKEE MENEMUINYA DI PARIT JAWA MUARKAN.


  BUAH MENTEGA NI HIDUP SUBUR DI KAWASAN TROPIKA YG BERIKLIM MONSOON.DI FILIPINA BUAH NI BERBUAH SEPANJANG BULAN JUN- SEPT SEMENTARA DI INDONESIA SEKITAR BULAN MAC- MEI.

  APA PUN KISAH BUAH MENTEGA...NIKEE BANGGA MENIKMATI SESUATU YG BARU..WALAUPUN BUAH NI AMAT DI KENALI DI SEKITAR NEGERI JOHOR.


JOM LAYANLAH FOTO-FOTONYA......KATA ORANG NILAH BUAH MENTEGA YG SUDAH MULA DI LUPAI OLEG SEMUA ORANG DAN PADA NIKEE TAK SEMUA MENGENALI BUAH NI.....

BUAH MENTEGA DI ATAS POKOK...


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved