01 di parit raja - Google Blog Search |
من أين إلى أين: Sehari <b>di</b> SK <b>Parit Raja</b> Muar Posted: 12 Nov 2012 05:48 PM PST Kumpulan Khidmat Masyarakat Seksyen 11 telah memutuskan untuk mengadakan program bagi memenuhi kerja luar selama 14 jam di sekolah kebangsaan Parit Raja Muar. Mereka bercadang untuk melaksanakan program separa motivasi dan juga menghijaukan bumi dengan membuat penanaman beberapa batang pokok kelapa. Pasukan ini telah tiba awal sehari dengan tidur di bangunan sekolah. Persiapan awal perlu dibuat agar program yang telah dirancang benar-benar mantap. Tatkala penulis tiba sewaktu zawaal yang agsk terik, kumpulan ini sedang sibuk melayan pelajar tahun 5 seramai lebih kurang 30 orang ini untuk pembentukan kumpulan. Sewaktu pembentangan dibuat, fasi bertugas berjaya menghidupkan suasana dan ini memberangsangkan peserta untuk melaksanakan pembentangan. Nampaknya grup kami di PI perlu belajar dari kumpulan ini untuk menarik minat khalayak dan tidak membosankan mereka... Ketibaan penulis disambut oleh guru besar. Beliau kelihatan begitu teruja dengan kedatangan pasukan ini dan mencadangkan agar ianya dapat dilaksanakan secara berterusan... Menjelang zuhur penulis bergerak ke surau berhampiran untuk menyelesaikan tuntutan jamaah. Hujan yang turun agak lebat menjadi reda seketika... Usai solat bergerak ke Parit Jawa untuk menyelesaikan tuntutan jasmani tetapi bukan ke asam pedas yang terkenal itu. Hujan kembali lebat membasahi bumi. Singgah di mesin ATM dan terpandang papan tanda sebuah restoran di seberang jalan. Sepinggan nasi goreng dan telur mata kerbau menjadi hidangan beserta air jus durian belanda. Menjelang 3.30 petang baru penulis bergerak masuk semula ke sekolah tersebut selepas tertidur di dalam kereta. Sempat membeli cuka kurma berharga RM20.00 dan Habbatus sauda dari Syria yang berharga RM12.00 untuk 20 pil... Di sekolah acara ldk masih berlangsung. Sempat menonton video sedih bersama sajak. Ada juga pelajar yang tangkap nangis. Kualiti penyampaian mereka boleh diperbaiki untuk membolehkan lebih ramai yang menangis. Tayangan video agak singkat masanya. Seketika menjelang Asr sudah bergerak ke masjid. Sedari tadi penulis ingat surau. Bergerak ke tandas masjid dan dipertemukan dengan beberapa kubur lama yang dikepung dengan batu karang.. Usai asr bergegas untuk majlis perasmian penutup. Selepas tiga ucapan, ialah persembahan dari fasi. Mereka mempersembahkan tiga buah lagu tanpa selesai dengan petikan gitar... Selesai majlis penutup, makan mee hoon di kantin. Bertanyakan mengenai kubur lama di masjid. Rupanya kawasan ini ialah kawasan penempatan lama. Kisah lembing awang pulang ke dayang juga berlaku di sini dengan bukti kubur 99 orang mangsa yang kununnya masih disumpah dan tidak dibuka lagi untuk diziarahi... Kesimpulannya, pemuda pemudi kita memang amat tertarik dengan nyanyian dan persembahan. Cumanya bagaimana kita perlu mengolah agar aktiviti ini tidak dianggap lagha disisi Allah tetapi mampu menjadi medan dakwah yang berkesan.... |
You are subscribed to email updates from di parit raja - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan