Selasa, 13 November 2012

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


sambutan Ibadah Qurban 2012/1433 <b>di Skudai</b> - lebih BAIK dari <b>...</b>

Posted: 27 Oct 2012 09:12 AM PDT



Hari ini seronok sangat, di masjid saya ada majlis ibadah Qurban semua sekali 20 ekor iaitu 12 ekor lembu dan 8 ekor kambing. Tahun ini juga ramai ahli keluarga saya yang buat ibadah Qurban selain dari saya, nenek,abah,mak,ngah,kak ju,zuhdi dan andak(Aqiqah) juga turut sama melakukan ibadah Qurban. 
Alhamdulillah..semua berjalan lancar Cuma adalah sedikit yang menerima kecederaan tetapi majlis dapat juga dijalankan sehingga sesi pembahagian daging kepada penduduk taman.
Saya rasa entri kali ini panjang,siapa yang sudi sila la 'scroll' lagi ke bawah..
Lembu saya giliran yang ke empat dan dalam banyak lembu yang hendak di Qurban lembu sayalah yang paling hitam, jadi saya panggil dia pak itam.




 sementara menunggu giliran...
tenangkan pak itam, supaya tak buat hal masa sembelih nanti..
okay,lepas pak itam giliran lembu andak pula..
lembu andak paling muda,tanduk pun baru nak tumbuh.
lepas itu berhenti rehat sekejap,penat..nak tumbangkan lembu sudah satu hal,tenangkan lagi barulah boleh sembelihkan lembu.
lepas 15-20 minit kami sambung lagi sesi menyembelih lembu,lembu mak,abah dan kak ju giliran yang ke tujuh.
mak dan abah takut darah jadi sebelum lembu ini di sembelih mak dan abah ambil la kesempatan bergambar nanti bila sudah di sembelih tak  boleh nak tengok dah. lembu ini paling jinak tak payah nak tumbangkan ke apa dia sendiri serah diri baring kat atas tanah. orang pun tak perlu susah payah nak uruskan.
ini pula gambar sekitar majlis Qurban dan Aqiqah
malam pula kami buat majlis makan-makan sikit,baca doa kesyukuran sempena anak kedua andak Rauhah binti Ahmad Zainan.
itu sahaja..walaupun saya tak dapat nak sembelih lembu yang saya Qurban tapi saya berpuas hati juga sebab saya dapat beberapa ilmu yang berguna bila nak sembelih binatang Qurban. insya Allah kalau ada kesempatan saya kongsi dengan semua.

p/s : gambar kambing ngah dan zuhdi tak ada sebab diorang punya Qurban 'special case' buat di Amerika.

 sekian..= )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads