Khamis, 1 November 2012

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


~fiszah_pjo~: aidiladha 1433H <b>di Pasir Gudang</b>,Johor

Posted: 30 Oct 2012 12:00 AM PDT

tahun  2012 turn beraya aidilfitri adalah sebelah isteri di Kuala Nerang,Kedah. oleh kerana sistem bergilir sudah menjadi tradisi turun temurun kami sekeluarga, maka sambutan hari raya aidiladha haruslah di sebelah suami. sepatutnya beraya di Palong, Neg 9. tapi keluarga mertua berpakat beramai-ramai untuk beraya di Pasit Gudang. rumah Uda, anak ke 3 dari 14 adik beradik dan merupakan abg sulung.
kami bergerak dari KL jam 7 malam.lambat siap sebab nak kemas rumah sebelum bertolak.oleh kerana jammed giler dan hujan yang sangat sangat lebat, perjalanan adalah sangat perlahan.sepatutnya 30 minit je jadi 2 jam lebih.kami singgah di Terminal One, Seremban sebab nak amek adik-adik ipar. Hasan, Husen dan Mamat sudah siap menunggu kami sampai.
perjalanan diteruskan ke Pasir gudang.perhentian pertama di RNR Ayer Keroh untuk makan.tapi kedai makan banyak tutup.ye la, esokkan nak raya..haruslah banyak tutup.lepas penuhkan perut yang kosong, kami teruskan perjalanan dan  kami berhenti rehat  lagi di RNR Pagoh.sebabnya suami sudah mengantuk dan pening-pening. so lepas dia tidor dan solat, kami terus ke pasir gudang,.kami sampai dalam jam 2.30 pg.sesi BBQ sudah lama tamat.
pagi nya makan macam biasa.oleh kerana takde sedara mara lain di pasir gudang ni, seharian kami stay kt rumah je.bakar otak-otak, udang, ayam..dan makan rendang.itu je la.hehe..atirah yang pendiam tu main je sensorang.main piano kejap..jalan jalan kat luar jap.tak banyak aktiviti kami buat.
petang nya dalam jam 6-7 ptg, kami  bertolak balik ke Batu Pahat.rumah pakngah..kami bermalam di sana.





















.

mari lihat gambar..entry selepas ini adalah mandi manda di Sagil, pusat peranginan di Gunung Ledang.seeejukk..nanti ye :)

Agenda Perjuangan Rakyat: UMNO <b>PASIR GUDANG</b> JANJI DICAPATI

Posted: 12 Oct 2012 07:01 AM PDT


kunjungan Tuan Syed Othman penyelia PAR PERMAS khamis lepas di Tadika Permata Islamiyyah mendapati Murid masih meneruskan pembelajaran mereka di rumah pengusaha tadika Puan Mariam di Jalan suria 76 walaupun dalam keadaan yang sempit.Isu tadika Permata Islamiyyah Sri Alam Masai yang diasaskan oleh warga sabah ini diarah tutup oleh UMNO Cawangan tanpa sebab munasabah.

ketua Cawangan Umno Sri Delima Faizal Sisar,mengarahkan tadika tersebut ditutup menyebabkan seramai 42 pelajar,kebanyakkannya anak-anak warga Sabah tidak dapat memasuki 
bilik darjah kerana pintu bilik darjah dikunci serta di Mangga.Punca utama Umno cawangan mengarahkan ditutup kerana tidak senang dengan kehadiran penyelia PAR PERMAS Tuan Syed Othman yang kerap menghulur sumbangan serta bantuan kepada pelajar-pelajar yatim dan fakir miskin.
Tersiarnya berita dimuka depan akhbar Sinar Harian,ketua cawangan sri Delima itu menafikan operasi itu dihentikan bukan kerana kehadiran Tuan Syed Othman sebaliknya kerana memikirkan masa depan kanak2 yang diajar tidak mengikut silibus.




Wakil ahli parlimen Umno pasir gudang dalam kenyataannya,Baharuddin taib berkata ini hanyalah salah faham dan kemungkinan besar tadika tersebut akan beroperasi seperti biasa minggu depan.ketua cawangan Umno,Faizal juga berkata mereka juga sedang menunggu bantuan kerusi,meja dan kelengkapan lain serta kebajikan lain daripada UMNO bahagian Pasir gudang.
Pemuda umno pasir gudang Rohazam Shah dalam kenyaatanya berkata tadika itu diberhentikan sementara utk penyelarasan pentadbiran dan penambahbaikan kemudahan.
Setelah 2 bulan berlalu,tiada apa-apa bantuan serta pembincangan daripada Umno Cawangan untuk membantu seperti mana kenyataan yang dikeluarkan oleh UMNO apabila menjawap dakwaan itu di Akhbar.PAR dimaklumkan lokasi tadika lama mereka sudah dibuka tadika baru yang diseliakan oleh UMNO cawangan.Malangnya seorang guru mereka juga berhenti dan menerima tawaran mengajar di situ.Daripada 45 murid hanya tinggal 25 sahaja yang belajar disitu selebihnya belajar di tadika baru tersebut.

Menurut kata Puan Mariam,sebaik sahaja beliau membaca kenyataan Rohazam Shah ketua Pemuda Umno pasir gudang di dalam akhbar,beliau menghubungi Rohazam untuk mengadakan pertemuan dengan beliau serta kepimpinan Umno yang lain untuk membersihkan nama beliau daripada tuduhan tidak berasas itu.Rohazam berjanji menemui beliau sebaik sahaja beliau kembali dari kuala lumpur tetapi hingga sekarang hampir 3 minggu Rohazam gagal memenuhi janjinya itu.

Pintu tadika dimangga
Kenyataan dan janji yang dikeluarkan oleh UMNO pasir gudang untuk membantu tadika tersebut yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian,hanyalah retorik sahaja kerana ingin melepaskan jerut di leher mereka.Sehingga sekarang Pelajar Tadika Islamiyyah ini terpaksa belajar dalam keadaan yang tidak selesa.Kerana DENDAM POLITIK KESUMAT UMNO menyebabkan masa depan anak-anak yang tiada kena-mengenanya ini terjelas. MANA DIA kata-kata  laungan keramat rakyat didahulukan????


                          Saksilah rintihan Puan Mariam setelah tadika dimangga 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads