Khamis, 1 November 2012

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


TERKINI! Video Merdeka Rakyat Anwar Ibrahim <b>Di Skudai</b>!

Posted: 20 Oct 2012 11:35 PM PDT

TERKINI!
Kepada yang terlepas ucapan sempena Jelajah Merdeka Rakyat malam tadi, saksikan antara inti pati penegasan yang dibuat ahli parlimen Permatang Pauh ini.

Politik perkauman sengaja direka Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus merompak hasil kekayaan negara, tegas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

"Dari dulu mereka tidak berhenti mainkan isu perkauman, sebab apa?, tidak lain hanya untuk memecah belah keharmonian dan perpaduan rakyat.
"Bila rakyat bertengkar, maka mudahlah mereka mengaut keuntungan ekonomi negara ke dalam poket mereka,"
"Untuk mengalih perhatian dari soal ini, mereka api-apikan dengan kata-kata Melayu mesti bersatu, jangan tolong Cina," katanya ketika berucap di hadapan lebih 6,000 hadirin ketika Ceramah Perdana Merdeka Rakyat ke Johor di Sutera Mall, Skudai, Johor Bharu malam tadi.
Katanya, tuduhan media arus perdana kononnya beliau dan Pakatan Rakyat menjadi alat kuasa asing, tidak menghalang fokus untuk membebaskan rakyat daripada kezaliman Umno BN.
"Umno BN tiap hari mainkan dalam media mereka konon saya alat Soros, alat Yahudi, alat Amerika.
"Saya juga nak kata, ya saya memang alat, alat untuk rakyat, alat untuk mengangkat martabat seluruh rakyat," sambil disambut tepukan hadirin.
"Seluruh pimpinan Pakatan juga adalah alat yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih baik," katanya.
Dalam pada itu Anwar yakin sambutan yang begitu meriah di Skudai merupakan bukti bahawa rakyat Johor juga sudah bersiap sedia untuk menggulingkan Umno dan BN.
"Johor seperti yang kita ketahui adalah benteng terkuat Umno BN, tetapi dengan sambutan sebegini hebat, saya yakin Johor juga akan mengiringi kita ke Putrajaya setelah PRU 13 tidak berapa lama lagi," sinisnya.
Turut berucap Pengerusi KEADILAN Johor, Chua Jui Meng, Ketua KEADILAN Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfuz Mohamad dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads