01 di pontian - Google Blog Search |
www.miorazli.com: Sedia Untuk Berjaya <b>di</b> MRSM <b>Pontian</b> Posted: 04 Nov 2012 11:57 PM PST Jumaat dan Sabtu lepas, saya berpeluang berkongsi idea-idea dalam program Sedia Untuk Berjaya (SUB) bersama sekumpulan anggota kerja MRSM Pontian. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya di Hotel Seri Suria, Johor Bharu. Saya mesti ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Ayah Zain kerana telah bersusah payah mengatur program ini. Sebenarnya saya mengenali Ayah Zain secara yang tidak diduga. Semuanya gara-gara beliau menghantar email pada saya selepas membaca laman blog ini. Itu kira-kira 3 atau 4 tahun yang lepas. Kami sebenarnya tidak pernah bertemu hinggalah semasa SUB ini dilaksanakan. Walau tidak pernah bertemu, kami selalu bertukar fikiran melalui telefon maupun melalui internet. I must say, he is a knowledgeable person but at the same time he is a very humble person. Jadi bila pertama kali bertemu, saya begitu mudah klik dengan beliau, seolah-olah dah lama berkenalan. Banyak perkara-perkara yang telah kami bincangkan dalam pertemuan yang singkat itu. Walaupun ada perkara yang kami tidak sependapat, namun saya rasa kami saling respect pandangan masing-masing. Untuk program SUB kali ini, saya banyak menekankan soal bagaimana kita melayani manusia lain. Adakah kita melihat manusia lain hanya sebagai objek untuk mencapai hajat kita atau kita benar-benar melihat manusia itu sebagai seorang manusia. Untuk melihat manusia itu sebagai seorang manusia, kita perlulah menghormati fikir, rasa, pilihan dan tindak-tanduk manusia lain walaupun kita tidak menyetujuinya. Kita juga perlu menghargai cara pandang yang berbeza sebab kita faham melalui cara pandang yang berbeza inilah sebenarnya menjadi kunci dalam membantu kita melihat sesuatu perkara itu dari dimensi yang lebih luas lagi. Sudah semestinya, bagi benar-benar faham mengenai perkara dalam dua perenggan terakhir di atas, kita memerlukan rajah 'Stick Person'. Melalui latihan 'Stick Person', dapat saya lihat dengan jelas, para hadirin dapat lihat nilai penggunaan 'Stick Person' dalam menangani isu dan cabaran dalam hidup. Saya juga dapat lihat dengan jelas betapa mereka benar-benar teruja dengan idea 'Stick Person' ini. Hanyanya mereka perlu jelas bahawa 'Stick Person' tidak mampu mengubah kita tetapi jika kita gunakan 'Stick Person' (Stick Person hanya merupakan alat) dalam menjalani kehidupan, barulah 'Stick Person' dapat membantu membuat perubahan. Rajah 'Stick Person' ini dapat digunakan dengan penuh optima jika kita gunakan segala maklumat mengenainya dalam usaha melaksana mencapai matlamat. Matlamat adalah cara paling praktikal dan berkesan dalam menggunapakai idea-idea dalam SUB ini. Saya harap mereka mampu melihat kepentingan matlamat dari satu sudut pandang yang baru dan lebih positif. Yakinlah, sudut pandang yang lebih positif akan membawa satu tindakan yang lebih positif dan akhirnya membawa penghasilan hasil yang lebih positif. Akhir kata, terima kasih kepada Tuhan atas pengalaman ini. Moga Tuhan akan tambah nikmatNya lagi ... |
You are subscribed to email updates from di pontian - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan