Isnin, 10 Disember 2012

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Pelancongan <b>di Johor Bahru</b>: Legoland Malaysia Nusajaya

Posted: 12 Apr 2012 05:51 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam satu donia. Johor Bahru telah membuka satu lagi tempat yang menarik perhatian pengunjung iaitu Legoland. Lokasi Legoland Theme Park ini terletak di Nusajaya, Johor Bahru tidak jauh dari tempat tinggal Mr.Pingu di Skudai. Ia mula dibuka pada 15 September 2012 dengan lebih 40 pertunjukan bangunan lego yang menarik. Ia dikatakan Legoland pertama seumpamanya dibuka di Asia.

Pembukaan Legoland telah dirasmikan oleh Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail pada 22 September 2012. Tempat ini berkeluasan 5,500,000 kaki persegi di Nusa Cemerlang Industrial Park dalam kawasan Wilayah Ekonomi Iskandar yang juga mengandungi pejabat, hotel, pangsapuri perkhidmatan dan unit-unit kediaman. Jujurnya saya belum sampai lagi Legoland ni walaupun dekat. Biasalah orang yang tinggal dekat ni agak tidak kisah sebab bila-bila sahaja boleh pergi. Universal Studio Singapore pun saya belum sempat nak melawat. Ada banyak masa lagi.

Harga untuk masuk Legoland agak mahal juga. Sekali masuk dah 140 utk dewasa ttp utk yg kanak2 RM 110 (7-11 tahun) dan org tua (60+) pun RM 110. Tapi kalau dapat beli annual pass lagi jimat (RM200). Masuk unlimited dengan harga lebih murah. Oklah. Disini saya kongsikan gambar-gambar semasa pembinaan Legoland. Layan:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads