01 di kota tinggi - Google Blog Search |
Kedudukan Hamid Albar <b>di Kota Tinggi</b> tergugat? « ibn_bacoks Posted: 10 Dec 2012 01:58 AM PST Rumah > Uncategorized > Kedudukan Hamid Albar di Kota Tinggi tergugat? KOTA TINGGI – Barangkali Tan Sri Syed Hamid Albar, penyandang kerusi Parlimen Kota Tinggi resah dengan perkembangan pakatan pembangkang yang kian melata di daerah itu. Terbaru, satu program rakyat berjaya dianjurkan dengan dihadiri bekas menteri besar Perak telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. "Turut bersama Majlis Makan Malam bersama Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat peringkat Kawasan Kota Tinggi. Antara tokoh Pakatan yang berucap di Dewan Chon Moi Kota Tinggi, YB Dato Seri Nizar Jamaluddin, YB Ang Sui Lee Adun Sekincang Selangor dan YB Jason Ong Adun Kebun Bunga Pulau Pinang. "Program itu telah mendapat sambutan yangg amat memberangsangkan daripada rakyat pelbagai kaum sekitar daerah Kota Tinggi," kata Ustaz Azam Abdul Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor. Katanya lagi, angin perubahan bertiup begitu kencang di seluruh negara termasuklah bumi Kota Tinggi daerah yang dikatakan UMNO terkuat di Malaysia. "Ini petanda malang buat UMNO, buat pemimpin UMNO tidak lena tidor. Kalau dulu mereka boleh tipu rakyat dengan pelbagai isu, memburuk pakatan dengan pelbagai isu, tapi sekarang rakyat sudah tidak boleh ditipu lagi. Jom Ubah Sekarang Selamat Malaysia," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from di kota tinggi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan