Ahad, 16 Disember 2012

01 di permas jaya - Google Blog Search

01 di permas jaya - Google Blog Search


Gendang Perang: 15000 <b>Di Parit Raja</b> Petanda Sahih Anak Johor <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2012 08:31 PM PST

Lautan rakyat Johor kelmarin membanjiri Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.
Walaupun pada awalnya disebelah petang terdapat sedikit hujan, namun kehadiran luar biasa ini menunjukkan semangat perubahan politik rakyat negeri ini.

Program pada sebelah malamnya bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang membawa agenda perjuangan hak rakyat.

Antaranya termasuk NGO Anti-PPSMI, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan 'R', Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Gabungan menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), NGO Pengerang, serta NGO alam sekitar dan Anti Lynas.

Turut berucap menyemarakkan lagi himpunan kebangkitan rakyat malam tadi ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Tuan Haji Muhammad Sabu yang merupakan Timbalan Presedin PAS.


Mereka telah memberi ucapan penutup sekaligus menjawab beberapa tuduhan - tuduhan songsang yang dikemukakan oleh Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu.
-----------------------------------------------------------
Mungkin ramai anak-anak muda yang tidak mengetahui tentang sekolah-sekolah pondok di Johor yang tidak kurang popular suatu ketika dahulu. Ramai pemuda dari kampung gua di Parit Perak merantau ke Johor untuk berguru di sekolah-sekolah pondok di sana. Tapi bukan era gua era datuk gua... wakaka.  

Johor sudah bangkit.. Alhamdulillah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads