01 di endau - Google Blog Search |
kejoraku bersatu...: 5 maut kemalangan ngeri <b>di Endau</b> Mersing. Posted: 30 Nov 2012 10:03 PM PST Assalamualaikum... Pagi ini dikejutkan dengan status pemergian 5 sekeluarga dalam tragedi kemalangan ngeri di Endau Mersing. Mangsa merupakan orang sekampung di Felda Air tawar 5 dan arwah isterinya pernah menjadi rakan setugas dengan suami saya di Sekolah Menengah Air Tawar. Mengenali keluarga dan juga ibubapa walaupun tidak secara dekat kerana tinggal di felda yang sama. Berita yang cukup meyedihkan kerana dalam kemalangan itu telah menyebabkan arwah, isteri,2 orang anak dan kakak arwah isterinya meninggal dalam kemalangan itu. Diberitakan hanya seorang anak yang terselamat. 4 mangsa meninggal di tempat kejadian manakala anak sulung pasangan itu meninggal di hospital Mersing. Salam takziah untuk keluarg arwah dan Al fatihah untuk arwah, suami dan anak2nya...AL FATIHAH.. Pada pukul 5.17 ptg , ramai saudara mara dan jiran tetangga menanti ketibaan jenazah di rumahnya..Hujan renyai2 dan cuaca yang sentiasa mendung sejak pagi tadi hingga ke saat ini mengimbau rasa hiba kita, apatah lagi ahli keluarga mereka... Jenazah arwah Abdullah dan 2 anaknya sampai ke FAT 5 lebih kurang pukul 11.30 malam dan dikebumikan lebih kurang pukul 12.45 malam dan selesai pada pukul 2.00 pagi menurut kata sahabat saya yang turut serta menghadiri pengkebumian tersebut. akan diupdate jika ada berita dan gambar terkini .... Oleh Mohd Sah Muda am@hmetro.com.my Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, kereta dinaiki enam sekeluarga berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Jengka, Pahang, untuk menghantar seorang ahli keluarga yang mendaftar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka. Empat yang maut di lokasi ialah Abdullah M Yousuf, 43, isterinya; Samsiah Maidin, 37; anak keduanya, Maisarah, 4 dan kakak ipar Abdullah, Noraini, 41. Manakala anak sulung mereka, Muhammad Aiman Syakirin, 8, maut ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Mersing. Anak bongsu pasangan itu, Ammar Haziq, 3, yang duduk di depan bersama ibu bapanya kini mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Mersing akibat kecederaan di kepala dan badan. Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid berkata, siasatan awal mendapati MPV itu dipandu Abdullah secara berkonvoi dua kenderaan lain dalam perjalanan ke Pahang. "Sebaik tiba di lokasi iaitu kawasan berbukit, kenderaan arwah Abdullah yang menuruni bukit dipercayai hilang kawalan menyebabkan MPV dipandunya berpusing dan melintang di laluan bertentangan. "Secara kebetulan, sebuah lori tangki minyak sawit tiba di lokasi dan pemandunya gagal mengelak lalu merempuh MPV berkenaan. "Akibat rempuhan kuat itu, semua mangsa cedera parah di kepala dan tersepit di dalam MPV itu menyebabkan kami terpaksa mendapatkan bantuan Bomba dan Penyelamat Mersing bagi mengeluarkan mangsa," katanya. Menurutnya, anggota bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan semua mangsa dan empat daripadanya sudah meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan. Muhammad Aiman, katanya, yang turut cedera parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Mersing untuk rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia selepas sejak mendapatkan rawatan di hospital itu. Katanya, lokasi itu antara kawasan maut kerana sering membabitkan kemalangan maut dan orang ramai diminta mematuhi papan amaran di sekitar jalan raya. "Semua jenazah dihantar ke Unit Forensik Hospital Mersing untuk bedah siasat dan kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 41 (1) AKta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kemalangan maut. "Kami sudah mengambil keterangan pemandu lori dan menasihatkan semua pengguna mematuhi peraturan jalan raya dan berhati-hati bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya. Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat Mersing ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan beberapa minit selepas kejadian dan dua jentera membabitkan 15 anggota dari balai Endau dan Mersing dikejarkan ke lokasi. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/01 |
You are subscribed to email updates from di endau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan