Rabu, 14 Mac 2012

01 di gelang patah - Google Blog Search

01 di gelang patah - Google Blog Search


rumah sewa <b>di gelang patah</b> - pxcgcuu&#39;s Space

Posted: 02 Mar 2012 01:39 AM PST

rumah sewa di gelang patah

rumah sewa di gelang patah


1456, the Siamese army was led by Admiral Awi Di Chu Nowadays, Batu Pahat enjoy the name of Northern Johor Gelang Patah; Gemas Baharu; Genuang; Jemaluang; Jementah You have searched the blog archives for Rumah sewa di gelang patah johor . If you are unable to find anything in these search results, you can try one of these links.
Rumah Lelong | bank lelong | auction | johor | cari rumah | Investment rumah sewa di gelang patah
Rumah Lelong | bank lelong | auction | johor | cari rumah | Investment
C5-01-04 Block C5 Sri Mengkuang Apartment Gelang Patah 81560 JOHOR Condo Flat Apt Info (28) News (16) rumah lelong di johor bahru (7) Buying (6) tips (4) Lelongan Awam Cimb (3 . read more:
Rumah Sewa di Gelang Patah ( Masuk Segera ) - Johor Bahru - Houses
Rumah flat di Taman Leisure Gelang Patah. 10 minit ke PTP,15 minit ke Nusajaya,20 minit ke Taman Perling. 3 Bilik Tidur. Masuk segera (RM700). Deposit RM300 Sewa RM300 . read more: olx. com. my
[sim] UNTUK DI SEWA : Rumah di Gelang Patah,Johor
. read more: mail-archive. comPages
Privacy Policy
Sitemap
Categories
Asian Recipes
Chinese Recipes
Cooking Tips
Culinary Recipes
European cuisine
Other Recipes
Restaurants Info
rumah sewa di gelang patah
Restaurants Info
Vegetarian Recent Posts
Wood-Fired Oven Cookbook: '70 recipes for incredible stone-baked pizzas and breads, roasts, cakes and desserts, all specially devised for the outdoor oven and illustrated in over 400 photographs
La Tartine Gourmande: Recipes for an Inspired Life
200 Best Panini Recipes
Fix-It And Forget-It Big Cookbook: 1400 Best Slow Cooker Recipes
Kristen Suzanne's EASY Raw Vegan Smoothies, Juices, Elixirs & Drinks: The Definitive Raw Fooder's Book of Beverage Recipes for Boosting Energy, Getting … or Cutting Loose… Including Wine Drinks!
The Anti-Inflammation Diet and Recipe Book: Protect Yourself and Your Family from Heart Disease, Arthritis, Diabetes, Allergies – and More
Old Tyme Salad Recipes (Old Tyme Recipes)
rumah sewa di gelang patah
Old Tyme Salad Recipes (Old Tyme Recipes)
Miss Vickie's Big Book of Pressure Cooker Recipes
A Wind Turbine Recipe Book
Well Fed: Paleo Recipes for People Who Love to Eat
The Bread Lover's Bread Machine Cookbook: A Master Baker's 300 Favorite Recipes for Perfect-Every-Time Bread-From Every Kind of Machine
Diet Diva HCG Recipes (Volume 4)
Moleskine Passions Recipe Journal
Crock-Pot Best-Loved Slow Cooker Recipes

rumah sewa di gelang patah

rumah sewa di gelang patah


se la follan delante de su padre video hija de masturba

01 di chaah johor - Google Blog Search

01 di chaah johor - Google Blog Search


Utusan Online - <b>Johor</b> | Edisi Nasional

Posted: 13 Feb 2012 11:07 AM PST

Punca kesesakan lalu lintas

Posted:

Punca kesesakan lalu lintas

Punca kesesakan lalu lintas

Oleh MOHAMED SAARI
utusanjohor@utusan.com.my


MOHAMAD Hassan menunjukkan lampu isyarat yang tidak berfungsi dan menyusahkan penduduk di persimpangan Jalan Segamat-Air Hitam di Chaah, baru-baru ini. - utusan/MOHAMED SAARI


LABIS 13 Feb. - Lampu isyarat di persimpangan Jalan Segamat-Air Hitam di Chaah yang tidak berfungsi sejak lima bulan lalu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan terutama pada waktu puncak.

Difahamkan, lampu isyarat berkenaan yang menghala ke Taman Damai Jaya 2 dan Taman Sri Chaah itu rosak akibat dilanggar oleh sebuah lori dalam satu kemalangan, namun sehingga kini ia masih belum diperbaiki.

Seorang peniaga, Mohamed Hassan, 53, berkata lampu isyarat yang tidak berfungsi itu telah membahayakan keselamatan penduduk di sekitar kawasan berkenaan memandangkan telah beberapa kali berlaku kemalangan.

"Penduduk setempat terpaksa berhati-hati setiap kali masuk dan keluar di persimpangan itu kerana lalu lintas di persimpangan itu agak berbahaya.

"Saya berharap pihak berkuasa dapat memberi keutamaan untuk mempercepatkan kerja-kerja membaiki lampu isyarat tersebut sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Chaah Baru, Marzuki Hassan, 45, berkata, lampu isyarat yang tidak berfungsi itu amat menyukarkan penduduk setempat khususnya kepada penunggang motosikal.

Katanya, berbanding kenderaan lain, penunggang motosikal lebih terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya, terutama setiap kali berhenti di persimpangan untuk masuk ke kawasan perumahan masing-masing.

Disaman polis ketika bimbangkan mat rempit

Posted:

Disaman polis ketika bimbangkan mat rempit

Disaman polis ketika bimbangkan mat rempit

PEMBENCI REMPIT

Saudara Pengarang, Baru-baru ini saya disaman oleh polis kerana melanggar lampu isyarat merah di sekitar kawasan Setia Tropika pada lewat dinihari.

Apa yang saya persoalkan di sini ialah apa yang menjadi keutamaan pihak polis? Keselamatan rakyat atau memberikan saman tanpa ada langsung budi bicara mengikut keadaan.

Dalam kes saya, jam sudah menunjukkan hampir pukul 3 pagi dan ketika saya melakukan kesalahan tersebut tiada sebarang kenderaan di situ. Namun, apa yang membimbangkan saya, kawasan yang saya lalu sebelum tiba di lampu isyarat tersebut dipenuhi dengan 'mat rempit' dengan jumlah yang boleh dikatakan beratus-ratus orang.

Oleh kerana bimbang akan keselamatan diri dengan golongan yang boleh dianggap sebagai 'penjenayah jalan raya itu', saya mahu segera pulang ke rumah tetapi ditahan tidak jauh dari lampu isyarat tersebut.

Saya memberikan sebab musabab, tetapi anggota polis yang menahan saya mengatakan yang kumpulan remaja bermotosikal berada di tempat lain dan tidak melalui kawasan itu, namun ketika saman ditulis, tiba-tiba terdapat empat orang remaja bermotosikal yang menunggang laju yang berpatah balik setelah menyedari kehadiran polis.

Timbul rasa tidak puas hati saya kerana anggota polis hanya menunggu di sekatan jalan raya seperti itu dengan tiga kereta peronda tidak bergerak mencegah mat rempit yang begitu ramai.

Saya sedar ia kesalahan saya dan sedia membayar saman itu, namun diharap pada masa depan anggota polis dapat menggunakan budi bicara dalam keadaan-keadaan terpencil seperti ini. Saya percaya bukan saya seorang yang melanggar lampu isyarat ketika dinihari kerana ramai pengguna jalan raya yang bimbang berhenti seorang diri pada waktu sedemikian.

Kehadiran mat rempit di kawasan itu, terutama pada hujung minggu sepatutnya dibanteras kerana bukan saja mengganggu penduduk berhampiran, malah pengguna jalan raya juga bimbang diapa-apakan jika tiba-tiba berpuluh-puluh motosikal berada di depan, kiri, kanan dan belakang kereta.

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


PETRONAS, BASF SE kendali produk kimia <b>di Pengerang</b> - blog*spot

Posted: 06 Mar 2012 08:55 PM PST

PETRONAS dan syarikat kimia terbesar dunia dari Jerman, BASF SE, semalam bersetuju menubuhkan sebuah syarikat usaha sama baru untuk membangun dan mengendalikan kemudahan pengeluaran produk kimia di Pengerang, Johor.

Projek itu adalah sebahagian daripada komitmen pelaburan bernilai RM4 bilion yang diumumkan kedua-duanya sebelum ini.

Syarikat minyak kebangsaan itu akan menguasai 40 peratus kepentingan dalam syarikat usaha sama berkenaan, manakala baki 60 peratus lagi oleh BASF. "Kemudahan berskala dunia itu akan menjadi sebahagian daripada kompleks Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) milik PETRONAS di Pengerang, Johor.

"Syarikat usaha sama itu nanti akan memiliki, membangun, membina dan mengendalikan kemudahan pengeluaran bagi isononanol, polyisobutylene, surfactant bukan ionik, asid methanesulfonic, dan kilang bagi pengeluaran bahan pemula," kata PETRONAS dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, semalam.

Perjanjian pemula (HOA) bagi pembangunan projek di Pengerang itu dimeterai Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Hiliran PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, dan Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Eksekutif BASF, Dr Martin Brudermueller kelmarin.

PETRONAS, menerusi anak syarikatnya Petronas Chemicals Group Bhd, dan BASF turut mencatat kemajuan dalam kajian daya maju untuk mengembangkan operasi BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd di Kuantan.
Kedua-dua rakan kongsi itu bercadang mengembangkan rantaian nilai di kemudahan sedia ada bagi mengeluarkan polimer mudah serap, selain mengembangkan keupayaan pengeluaran unit asid glacial acrylic.

BASF Petronas Chemicals yang ditubuhkan pada 1997 ketika ini mengendalikan kompleks integrasi dengan kemudahan pengeluaran acrylic monomer, produk oxo dan butanediol di Zon Perindustrian Gebeng, Pahang.

"Perkembangan terbaru di Pengerang dan Kuantan itu akan membolehkan kami mengukuhkan bekalan kepada pengguna di Asia Pasifik.

"Pada masa sama, kedua-dua projek itu membuktikan kejayaan usaha sama kami dengan Petronas," kata Brudermüller, yang bertanggungjawab bagi operasi BASF di Asia Pasifik dalam kenyataan itu.

Sementara itu, Wan Zulkiflee, berkata perkembangan terkini portfolio produk kimia khusus itu penting bagi PETRONAS dan usahanya meningkatkan perniagaan hiliran petrokimia, sekali gus membuka laluan menjadi peserta utama di rantau ini.

Projek baru di Pengerang dan pengembangan operasi BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd di Kuantan itu dijadualkan beroperasi antara 2015 dan 2018.

01 di desaru - Google Blog Search

01 di desaru - Google Blog Search


irbasmad: Gathering EOCM 2011 <b>di Desaru</b> Damai Beach Resort

Posted: 07 Dec 2011 07:22 AM PST

Exora Owners Club Malaysia (EOCM) telah mengadakan year end gathering pada 3 dan 4 Dec 2011 di Desaru Damai Beach resort.Tempat berkumpul ahli dari utara dan CR adalah di R & R Seremban.Pergerakan exora pada jam 8 pagi ke pit stop pertama di Hentian Macap.Dalam perjalanan tersebut geng Melaka telah bergabung dekat bertam.Anggaran exora ke Hentian Macap dalam 100 buah lebih dan sampai lebih kurang jam 11 pagi.
Perjalanan di teruskan pada jam 12 thari ke Senai di mana akan bergabung dengan geng selatan dan terus ke Desaru dengan total kesemua exora 130 biji.






01 di kahang - Google Blog Search

01 di kahang - Google Blog Search


rumah sewa <b>di gelang patah</b> - pxcgcuu&#39;s Space

Posted: 02 Mar 2012 01:39 AM PST

rumah sewa di gelang patah

rumah sewa di gelang patah


1456, the Siamese army was led by Admiral Awi Di Chu Nowadays, Batu Pahat enjoy the name of Northern Johor Gelang Patah; Gemas Baharu; Genuang; Jemaluang; Jementah You have searched the blog archives for Rumah sewa di gelang patah johor . If you are unable to find anything in these search results, you can try one of these links.
Rumah Lelong | bank lelong | auction | johor | cari rumah | Investment rumah sewa di gelang patah
Rumah Lelong | bank lelong | auction | johor | cari rumah | Investment
C5-01-04 Block C5 Sri Mengkuang Apartment Gelang Patah 81560 JOHOR Condo Flat Apt Info (28) News (16) rumah lelong di johor bahru (7) Buying (6) tips (4) Lelongan Awam Cimb (3 . read more:
Rumah Sewa di Gelang Patah ( Masuk Segera ) - Johor Bahru - Houses
Rumah flat di Taman Leisure Gelang Patah. 10 minit ke PTP,15 minit ke Nusajaya,20 minit ke Taman Perling. 3 Bilik Tidur. Masuk segera (RM700). Deposit RM300 Sewa RM300 . read more: olx. com. my
[sim] UNTUK DI SEWA : Rumah di Gelang Patah,Johor
. read more: mail-archive. comPages
Privacy Policy
Sitemap
Categories
Asian Recipes
Chinese Recipes
Cooking Tips
Culinary Recipes
European cuisine
Other Recipes
Restaurants Info
rumah sewa di gelang patah
Restaurants Info
Vegetarian Recent Posts
Wood-Fired Oven Cookbook: '70 recipes for incredible stone-baked pizzas and breads, roasts, cakes and desserts, all specially devised for the outdoor oven and illustrated in over 400 photographs
La Tartine Gourmande: Recipes for an Inspired Life
200 Best Panini Recipes
Fix-It And Forget-It Big Cookbook: 1400 Best Slow Cooker Recipes
Kristen Suzanne's EASY Raw Vegan Smoothies, Juices, Elixirs & Drinks: The Definitive Raw Fooder's Book of Beverage Recipes for Boosting Energy, Getting … or Cutting Loose… Including Wine Drinks!
The Anti-Inflammation Diet and Recipe Book: Protect Yourself and Your Family from Heart Disease, Arthritis, Diabetes, Allergies – and More
Old Tyme Salad Recipes (Old Tyme Recipes)
rumah sewa di gelang patah
Old Tyme Salad Recipes (Old Tyme Recipes)
Miss Vickie's Big Book of Pressure Cooker Recipes
A Wind Turbine Recipe Book
Well Fed: Paleo Recipes for People Who Love to Eat
The Bread Lover's Bread Machine Cookbook: A Master Baker's 300 Favorite Recipes for Perfect-Every-Time Bread-From Every Kind of Machine
Diet Diva HCG Recipes (Volume 4)
Moleskine Passions Recipe Journal
Crock-Pot Best-Loved Slow Cooker Recipes

rumah sewa di gelang patah

rumah sewa di gelang patah


se la follan delante de su padre video hija de masturba

01 di stulang - Google Blog Search

01 di stulang - Google Blog Search


unggu........violet: Bermusafir ke <b>Stulang</b> Laut

Posted: 14 Mar 2012 09:05 AM PDT

Kami sekeluarga berada di Stulang Laut. kira2 pukul 4 petang tadi sampai.. walaupun kandungan akan menginjak ke 35 minggu, ku gagahkan diri juga untuk mengikut husband outstation kat sini.. InsyaALLAH, 4 hari 4 malam akan berada di the zone regency hotel. not bad hotel nie..tapi suasana yang tak berapa digemari...jalan2 kat the zon mall,,,asyik nampak arak je...maklumla duty free. yang sadis sekali apabila anak2 melayu yang kerja kedai2 sebegitu....kesian mereka...mungkin tak berpeluang kerja tempat lain..Raudhah paling sronok. Maklumlah kira ni mcm percutian pertama dia join sejak dah bole jalan dan makin cerdik ni...hehe...sebelum nie baby lg...

01 di kukup - Google Blog Search

01 di kukup - Google Blog Search


PULAU <b>KUKUP</b> MENGECIL SETIAP BULAN | MummyNemo

Posted: 07 Mar 2012 04:30 PM PST

No of View :78
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

PONTIAN: Pulau Kukup dekat Tanjung Piai yang tercatat sebagai pulau kedua terbesar di dunia tidak berpenghuni, mungkin akan kehilangan gelaran itu akibat keluasannya yang semakin mengecil disebabkan hakisan pantai yang serius.

Kawasan hutan bakau di situ menyusut lebih 100 meter daripada keluasan sebenar sejak 10 tahun lalu. Malah, hakisan di pesisir pantainya makin ketara apabila air pasang besar, ombak besar kerana aktiviti perkapalan tidak terkawal dan kegiatan mencuri bakau.

Kajian Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mendapati berlaku hakisan kira-kira satu meter setiap bulan di kawasan pulau hutan bakau berkeluasan 647 hektar yang dikelilingi dataran lumpur seluas 800 hektar itu.

Hakisan serius itu juga menyebabkan sebatang pokok bakau Minyak (Rhizophora Apiculata) berusia lebih 100 tahun dan dipercayai terbesar di negara ini dengan garis pusat pada paras ketinggian dada 57.1 sentimeter (sm), mungkin tumbang beberapa bulan lagi disebabkan kedudukannya yang terletak kurang 20 meter dari kawasan hakisan.

Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Suhairi Hashim, mengakui terkejut melihat Pulau Kukup yang semakin terhakis, berbanding 10 tahun lalu apabila banyak kawasan yang sebelum ini hijau dengan pokok bakau kini diliputi air.

Katanya, pulau itu menempatkan lebih 38 spesies tumbuhan hutan paya bakau dengan nilai komersial tinggi seperti bakau minyak, kurap, berus, lenggadai, tumu merah, nyireh batu dan tengar berdepan, akan berkurangan jika tiada usaha menyelamatkan pulau itu daripada hakisan.

"Pokok bakau Minyak yang dipercayai tertua di negara ini juga akan tumbang dalam tempoh 30 bulan lagi jika tiada usaha menyelamatkan khazanah itu kerana jarak yang terlalu dekat dengan kawasan hakisan.

"Pencemaran yang berpunca daripada tumpahan minyak disebabkan oleh kapal dagang ketika berlabuh di luar perairan Taman Negara Johor (TNJ) Tanjung Piai dan Pulau Kukup juga dikatakan punca kemusnahan hutan bakau yang semakin meluas sejak lima tahun lalu.

"Kita berharap satu kajian menyeluruh dilakukan pihak berkaitan bagi menyelamatkan Pulau Kukup yang turut diiktiraf sebagai Tapak Ramsar, iaitu tanah lembap yang ada kepentingan antarabangsa," katanya.

Sementara itu tinjauan Berita Harian menaiki bot mendapati pesisir pantai Pulau Kukup mengalami hakisan teruk kerana banyak pokok tumbang di pantai.

Pesisir pantai Taman Negara Tanjung Piai yang menjadi tanah penghujung benua Asia juga mengalami hakisan teruk apabila banyak pokok tumbang, manakala pondok dan laluan pejalan kaki mengalami kerosakan. Laluan pejalan kaki ke penghujung benua itu juga ditenggelami air akibat mendapan.

Difahamkan, apabila air surut, kawasan di Tanjung Piai berhampiran pokok bakau minyak tertua itu tidak dapat dimasuki dengan bot disebabkan kawasan itu semakin cetek.

Suhairi berkata, bagi kajian oleh UTHM, dana sebanyak RM300,000 diperlukan bagi membina cerucuk, batu penghadang hakisan dan jeti untuk menghalang pergerakan tanah di kawasan pokok bakau tertua itu.

"Tahun lalu hampir 2,000 bakau di kawasan seluas 20 hektar dekat Tanjung Piai musnah, manakala 3,000 lagi sekitar pantai Pulau Kukup berdepan masalah sama berpunca daripada kesilapan manusia dan fenomena alam.

"Jika tidak dibendung, ia boleh mengakibatkan hakisan terus berlaku dan kawasan berhampiran pesisir pantai ditenggelami air. Kita harap ada pihak yang prihatin dapat menyediakan dana bagi menyelamatkan pokok tertua itu," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


Detikdaily - Apa jadi jika Anwar Ibrahim mengail <b>di Endau</b>?

Posted: 04 Feb 2012 02:33 AM PST

Oleh 21Halim

"Betulkah Anwar Ibrahim akan turun ke Endau pada 19 Februari 2012 nanti? Adakah beliau ingin berehat shttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKcjyO7CWwysxgXUuS9LOuNAVYrVt-uKZClA7kHswygjKK58LiW3pPuSKsmm9IGwv5KBbizsT1n2a5hqwNobqg2yXxKh6i-927IENqNrvkZDT3h29uiiELhCx9Z0Sk5G_hg-jSz37XpDee/s1600/Video+Anwar+ibrahim.jpgambil memancing di sana? Entahlah. Elok juga berehat. Main politik memang penat. Laluan ke Putra Jaya amat sendat.

Berita ini menimbulkan dua reaksi berbeza. Penyokong PR pasti gembira. Mereka tahu Anwar akan ambil ruang menemui rakyat di kawasan Dato' Zainal Abidin, Exco Agama Kerajaan Johor. Pimpinan UMNOBN tempatan pasti tidak ceria meskipun penyokong BN mungkin tidak ambil pot dengan kehadiran tokoh yang bebas dari tuduhan liwat kedua.

Biarlah Anwar memancing di laut. Laut banyak ikan dan ikan tidak boleh mengundi. Apa kata jika Anwar tidak suka mabuk 'free'. Tentu dia ingin mengail di Sungai Endau walaupun udangnya payah digagau jika bukan pakar air payau. Lebih baik Anwar terus ke hulu. Selain memancing boleh jumpa Orang Asal. Orang Asal sebelah Endau sana bukan tidak ada isu. Mereka bukan bisu. Ertinya Anwar boleh juga memancing undi di darat.

Anwar tidak perlu bimbang jika aktiviti beliau dirancang lebih awal. Macam-macam beliau boleh buat. Ikan, dapat. Bercakap, dapat. Sokongan rakyat, juga beliau akan dapat. Syaratnya, aktiviti dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. PAS Mersing sedang kerja kuat. DAP pula sedang bersemangat. PKR juga ingin terlibat. Mereka ingin lihat kehadiran Anwar berehat benar-benar memberi manfaat kepada semua rakyat.

Sudah pasti Anwar tidak akan hadir sendiri. Barangkali pimpinan PAS dan DAP pusat akan sama-sama menyertai aktiviti ini. Bot nelayan banyak. Tambahan pula ramai nelayan di Endau diam-diam menyokong Pakatan Rakyat..

Penulis percaya, Zainal Abidin payah tidur malam. Sudahlah desas-desus beliau tidak dicalonkan lagi makin kuah, tambah pula cerita Pakatan Rakyat buat aktiviti memancing di laut dan di darat.

Dr Latif juga mungkin rasa hendak demam. Sudahlah bingung memikir bagaimana hendak bertanding di DUN Tenggaroh, tambah pula cerita Anwar hendak menangguk undi tidak kira air jernih atau keruh.

Pihak Polis juga mungkin geram. Tengah sedap duduk diam aman tenteram, Anwar pula datang buat ragam. OCPD resah gelisah. Luluskan permit, susah. UMNOBN khasnya Dr Latif naik darah. Tidak beri permit pun susah. Cikgu Roslan dan Ustaz Azam pula marah. Anggota Polis yang malas buat kerja setuju permit tidak diluluskan sebab menurut khabarnya Anwar akan berceramah di Dewan China yang terletak dalam premis tok kong. Ada pula anggota Polis yang di samping jalankan tugas dapat dengar ceramah Anwar secara 'life'.

PAS Mersing dan rakan pakatan mesti bijak ambil kesempatan. Ini masa bagus untuk menggerakkan petugas PRU. Kena buat mesyuarat seberapa banyak dan bincang hingga masak. Buat aktiviti sampingan biar gempak.

Jika kena cara dan elok gaya, kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat bawa bahagia kepada semua. Para peniaga suka sebab ramai orang. Peminat Anwar bukan hendak buat kacau di Endau. Di antara mereka tentu yang syok makan pau Endau. Sebelum pulang cari oleh-oleh.

Akhir kalam, jangan lupa pelan B. Percayalah, UMNOBN Mersing yang sedang bergolak tidak akan berdiam diri. Jika cincai-cincai sahaja merancang aktiviti, nanti ramai yang tidak puas hati.

Apa kata jika ramai-ramai kita turun ke Endau 19 Februari ini.

"

01 di permas jaya - Google Blog Search

01 di permas jaya - Google Blog Search


:: Inilah Ceritaku ::: Satu pagi <b>di Parit Sulong</b>

Posted: 17 Dec 2011 03:10 PM PST

Pasar pagi setiap Sabtu....mesti singgah. Hujan pun sanggup diredah..
Roti canai Hussin bersebelahan CIMB Bank Pt Sulong...takde sapa boleh lawan. Hussin, kalau kau meniaga kat KL , tak taula macamana popularnya roti kau ni...
Pekena pulak gulai daging. (Kambing pun ada). Sesekali balik...memang lupa jap segala diet. Kolestrol tak kolestrol...sekali sekala bolehlah ek. Setahun 2 kali je....jumpa menu kau ni...
 2 penyapu lidi (RM1 each)bakal dibawa khas ke SP. Suka guna penyapu lidi ni, bersih. Makcik ni orang Banjar. Seronokkan...berniaga penyapu lidi yang diraut sendiri, jual paku perak (merah) yang dipetik sendiri kat kebun anak.
Ahaaaa...nilah tempat favourite my 3 Abduls. 2 Abdul kecil tak ikut...kalau tak mau berjam kat sini dan semua mahu dibeli..Macam-macam ada, rabbit, segala macam burung, anak ayam, anak itik...
Ayam tiru ni RM70 sepasang. "Kalau dekat SP tu..memang abah beli". Maklumlah...mini zoo kami di SP sudah kekurangan ahli.
 Anak angsa ni RM140 sepasang..
Ni favourite Encik Suami. Hidup di tanah gambut sahaja. So..kat Johor je banyak. Tapi, dek kurangnya orang menanam sekarang...payah juga nak jumpa. Pokok kucai...tumis bersama tempe.RM8 sekilo
Tempe 2 ikat ni 50 sen aja...
Makanan tradisi Jawa. Sporting anak-anak muda ni...Sanggup layan kerenah makcik ni ambil foto.
Nasi ambeng. Serunding, ikan masin, sayur, pilihan lauk (ayam kicap@rendang daging@ayam masak merah) bersama urap pucuk ubi (keluban...Jawa katalah). Mee@bihun goreng je takde. Kurang satu syaratle ni...
 Lontong kering. Lauk lebih kurang cam atas cuma tambah kuah kacang dan makan bersama nasi impit.
 Dah direbuskan, dikupaskan cengkerangnya...tinggal dimasak sahaja. RM7 sepeket.
Lamanya tangan tak membelai pokok bunga...kaku agaknya dek asyik menekan keyboard..
Harga kain baju kat sini memang murah. Blouse sama..sebiji butang dan material yang dibeli di SP, RM65...kat sini RM45..huhu...

P/S Tak terupload gambar lain...macam-macam ada!!

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Demo anti-PPSMI dirancang <b>di Pagoh</b>

Posted: 10 Mar 2012 08:41 PM PST

KL TODAY


Satu lagi perhimpunan menentang dasar Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan diadakan pada April depan di Pagoh — kawasan Parlimen yang dimenangi Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.Berbeza dengan perhimpunan besar tiga tahun dulu yang menuntut pemansuhannya, perhimpunan kali ini mahu dasar itu dimansuhkan serta merta dan bukannya secara pendaratan lembut (soft landing), lapor Harakahdaily.
"Walaupun kerajaan mengumumkan dasar PPSMI ini akan dimansuhkan, kebelakangan ini kita mendapati seolah-olah ada gerakan daripada pihak-pihak tertentu yang ingin menghidupkan semula dasar ini," kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Prof Shahrir Md Zin .

Berucap dalam perhimpunan ulang tahun ketiga bantahan mereka di Gombak semalam, Shahrir berkata, bantahan terhadap dasar itu perlu dihidupkan kerana kerajaan didakwa tidak bersungguh-sungguh memansuhkannya segera.

Sementara itu, Setiausahanya GMP Hasni Abas berkata, Pagoh dipilih sebagai antara lokasi perhimpunan bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap Muhyiddin yang mengumumkan akan pemansuhan PPSMI sebelum ini.

"Kita tidak tahu sama ada akan buat di Pagoh atau Muar… Kita mungkin buat di Muar pula sebab Muhyiddin berasal dari sana. Apa pun, kita akan umumkan kemudian," kata bekas pengerusi kesatuan sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka itu.

Selain itu, Hasni berkata, perhimpunan sama juga akan diadakan di Kelantan memandangkan negeri itu merupakan tempat penutur bahasa Melayu teramai di Malaysia.

Hasni menjangkakan, perhimpunan kali ini akan dihadiri kira-kira 5,000 orang dan mereka masih mengekalkan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said untuk mengetuai himpunan.

Mereka akan menggunakan slogan 'Mansuhkan Segera PPSMI' dan tetap menggunakan warna putih sebagai warna tema seperti sebelum ini.

Pada 7 Mac 2009, ribuan membanjiri Kuala Kumpur dengan berpakaian putih dalam perhimpunan yang dipimpin bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) allahyarhan Datuk Hassan Ahmad.

ads