ads

Rabu, 9 Mei 2012

01 di gelang patah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di gelang patah - Google Blog Search


<b>Gelang Patah</b> Community Services 2012 (GePaCS&#39;12) | perdana

Posted: 15 Apr 2012 02:26 PM PDT

Gelang Patah Community Services 2012 (GePaCS'12)

Bermula 13-15 April 2012, seramai 62 orang mahasiswa yang terdiri daripada warga Kolej Perdana menjalankan program khidmat masyarakat di Kampung Baru Melayu Wawasan, Gelang Patah. Program yang merupakan usaha sama Kolej Perdana dan Gerakan Belia 4B Gelang Patah ini menarik perhatian orang ramai dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Memetik kata-kata Pengarah program, saudara Syed Ahmad Adib Hazim, program seperti ini merupakan tanggungjawab sosial mahasiswa terhadap masyarakat.

Program khidmat masyarakat ini dimulakan dengan majlis penyerahan anak angkat kepada 30 keluarga angkat terpilih daripada 3 kampung sekitar. Majlis dirasmikan oleh Ybhg. Ir Hj Mohd Nasir Hashim, Naib Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah yang menyaksikan simbolik penyerahan dengan ibu bapa angkat menyarung kain selimpang kepada semua anak angkat. Pada sebelah malam, program diteruskan dengan ceramah yang berkisar kehidupan mahasiswa dan tanngungjawab terhadap diri dan agama.

Hari kedua diteruskan dengan program khidmat bakti di mana pelajar lelaki membersihkan dan mengecat kawasan tanah wakaf perkuburan manakala pelajar siswi membantu kaum ibu menyiapkan makanan untuk kenduri sekampung dan mengecat serta membersihkan kawasan surau. Seekor lembu telah ditumbangkan pada hari kedua sempena program kenduri sekampung yang diadakan selepas maghrib dan segala persiapan dijalankan secara bergotong-royong.

Pertandingan mewarna diadakan pada petang hari kedua yang dibuka kepada murid-murid tadika kemas dan diikuti dengan acara sukaneka yang melibatkan antara orang kampung menentang mahasiswa. Terdapat 2 acara yang dipertandingkan iaitu bola jaring kain pelikat dan futsal kain pelikat.

Malam kebudayaan dan Perasmian Program disempurnakan oleh YB Datuk Abdul Aziz Sapian, ADUN Nusajaya. Banyak persembahan dipersembahkan kepada warga kampung yang terdiri daripada persembahan mahasiswa sendiri dan persembahan yang disediakan oleh warga kampung. Cabutan bertuah juga disediakan dengan hadiah utama merupakan telefon bimbit berjenama.

Hari terakhir diteruskan dengan program Ziarah Sekampung dan diikuti Majlis Penyerahan Semula Anak Angkat yang disempurnakan oleh Ybhg. En Norhisham Bin Ismail. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu ayah dan ibu serta 2 lagu iringan.

01 di johor bahru - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di johor bahru - Google Blog Search


Himpunan Gambar Himpunan Tanah <b>di Johor Bahru</b> hari ini <b>...</b>

Posted: 05 May 2012 02:04 AM PDT

Home » , » Himpunan Gambar Himpunan Tanah di Johor Bahru hari ini

Himpunan Gambar Himpunan Tanah di Johor Bahru hari ini

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

myretina: JB-Singapura - Hari 1: Pagi <b>di Johor Bahru</b>

Posted: 04 May 2012 02:26 AM PDT

Semua dah sedia, duit dah tukar, pasport dah buat. Jadi dalam jam10 mlm mula bertolak dari Pulau Pinang. Rombongan yang terdiri ahli persatuan kebajikan staf. Perjalanan ke Johor Bahru dan matlamatnya ke Singapura.

Dalam jam 7 pagi sampai ke JB. Bas berhenti berdekatan JB Sentral. Adalah jalan dalam 1 ke 2 minit sampai ke hotel yang telah ditempah, Hotel Citrus.

Kemudahan semua cukup tapi sempit dan tak ada tingkap. Biasalah hotel tengah bandar. Lagi pun bukan matlamatnya nak tidor saja kat situ, tapi nak ronda-ronda. Lokasi hotel Google Map kat bawah.

View Larger Map

Dah selesai check-in, apa lagi naik sambung tidur kejap dan lepas tu mandi. Ditetapkan jam 10 pagi acara ronda-ronda di Singapura. Jadi tak boleh lenagh-lengah, bersiap turun makan. Kat sekitar hotel banyak tempat makan. Masa turun, ramai yang kata makan kat Restoran Hasyima sedap. Jadi kaki menghala ke situ. Tak mau pikir lama-lama. Masa berjalan.

Restoran Hasyima

Sampai di Restoran Hasyima, terletak di Plaza Seni JB. Kawan-kawan ramai lagi yang dok makan kat situ. Aku lawat kawasan lauk-pauk. Laaaa... nama melayu rupanya nasi kandar. Apa-apa pun balun saja. Lauk memang banyak.
Yang bestnya masakan yang tak banyak restoran kat Penang ada iaitu rasam. Sayurnya pun lain dari selalu kita makan di kedai mamak Penang. Kat kedai mamak Penang kalau sayur mesti kubis goreng kuning, bendi goreng dan rebus sahaja tetapi kat sini ada masak petola, nama aku tak pasti.
Nie dia aku ambik, sayur petola, kambing dan semangkuk rasam. Harga boleh tahan, tak silap sekali dengan teh-O ais RM7.50. Rasa memang sedap.
Lokasi restoran terletak Plaza Seni, Jalan Wong Ah Fook. Nak mudah lihat kat Google Map di bawah.


View Larger Map

Selesai makan. Masa masih panjang lagi. Takkan nak masuk tidur lagi. Aku ronda-ronda bandar JB dulu. Disamping bangunan yang tinggi terdapat juga yang usang. Layan saja foto kat bawah.

Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Johor Bahru dan Singapura :
1. Hari 1 : Pagi di Jahor Bahru
2. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 1)
3. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 2)
4. Hari 1 : Malam di Johor Bahru
5. Hari 2 : Universal Studio Singapore (Bhg 1)
6. Hari 2 : Universal Studio Singapura (Bhg 2)
Yang lain-lain tunggu......

01 di benut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di benut - Google Blog Search


pas - pontian: Pesakit Strok Disantun PAR <b>Benut</b> - (MTD) <b>Benut</b>

Posted: 06 May 2012 06:02 AM PDT


PONTIAN – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut dalam program Ekspedisi Dakwahnya berkesempatan mengunjungi seorang pesakit strok, Mohd. Som Abd Wahid, 72, di Kampung Parit Keroma, Unit Peti Undi (UPU) Parit Keroma Benut, dekat sini, baru-baru ini.
Menurut Penyelianya, Ustaz Atan Gombang, kira-kira sepuluh bulan yang lepas Mohd Som merupakan seorang yang cergas aktif bagaimanapun menghadapi hidup yang sukar setelah terjatuh dalam bilik air.
Berikutan dengan itu, keadaan badan di sebelah kiri menjadi lumpuh dan dia hanya mampu terbaring di atas tilam dengan diurus oleh isteri dan anak-anaknya.
"Kata isterinya, dia strok sebelah kiri sejak sepuluh bulan lalu. Waktu itu dia nak solat isyak dan masuk bilik air. Tergelincir lalu jatuh.
"Daripada situ dia sakit sehinggalah sekarang. Setakat ini dia menggunakan khidmat perubatan tradisional dengan mengurut. Kos yang dikeluarkan lebih RM2000," katanya lagi.
Terdahulu, kira-kira 11 orang ahli rombongan PAR Benut hadir sama dan sumbangan berbentuk wang tunai turut disampaikan oleh Ustaz Atan Gombang.
Dalam pada itu, kedatangan rombongan ini sedikit sebanyak membuatkannya berasa senang hati dan meringankan beban yang ditanggung.
Sehubungan itu, mana-mana pihak yang mempunyai keprihatinan yang tinggi diminta tampil membantu atau terus salurkan sumbangan kepada PAR Benut.

01 di pengerang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di pengerang - Google Blog Search


(Video) Demonstrasi Bantah Loji Gas <b>Di Pengerang</b> | Addin |

Posted: 18 Mar 2012 04:09 AM PDT

pengerang protest demo 180312Pengerang dikejutkan dengan bantahan loji gas
Pengerang di Johor yang dianggap lesu, hari ini menyaksikan kira-kira 200 orang mengadakan bantahan terhadap rancangan Petronas untuk menubuhkan sebuah kilang petrokimia bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di pekan itu.
Mereka bimbang bahawa loji penapisan berharga RM20 bilion itu akan mencemarkan alam sekitar.
Selain itu, mereka juga kuathir bahawa loji berkenaan akan turut menjejaskan aktiviti penangkapan ikan laut, yang merupakan sumber pendapatan utama bagi penduduk tempatan.
Perhimpunan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Penduduk-penduduk Pengerang berlangsung jam 10 pagi.
Peliknya, acara bantah yang menyaksikan penunjuk perasaan membawa sepanduk dan poster selain melaungkan slogan di pantai berhampiran Kampung Sungai Kapal hanya berlangsung kira-kira 20 minit.
Penduduk dan aktivis alam sekitar membawa pelbagai poster dan kain rentang bagi membantah projek berkenaan antaranya tertulis:
"Selamatkan Bumi Pengerang", "Jamgan Cemarkan Bumi Pengerang" dan "Pengerang tanah tumpah darahku".
Manakala kain retang pula tertulis "Kekalkan Alam Semula Jadi Pengerang" dan "Kekalkan Kampung Tradisi Kami".

"Polis tidak ada halangan selagi ia dibuat dengan aman, tanpa apa-apa pepecahan dari segi keamanan, tentangan dan sebagainya.
"Ia sudah berjalan dengan aman. Kehadiran polis untuk menjaga keamanan. Tidak ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku," katanya sambil menambah seramai 15 anggota polis yang mengawal keadaan di situ.

Ada racun, toksik
Pengambilan tanah fasa pertama melibatkan 9,500 ekar tanah dalam proses untuk diambil bagi projek berkenaan yang melibatkan tujuh kampung. Manakala bagi fasa kedua melibatkan 22,500 ekar bagi fasa kedua bakal menyusul.
Pada sidang media selepas perhimpunan itu, pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk-penduduk Pengerang Kasran Abdullah berkata pihaknya tidak menolak pembangunan tetapi tidak melibat pengambilan tanah sehingga penduduk akan dipindahkan di tempat yang jauh.

"Bagaimana dengan pencemaran udara, akan ada racun, toksik. Kehidupan penduduk akan terancam dan boleh membawa maut. Ia termasuk haiwan di laut," kata Kasran yang juga bekas guru besar.
Menurut Kasran lagi, penduduk khususnya petani, peniaga dan nelayan juga bakal berdepan dengan risiko kehilangan pendapatan.
"Tanah empat, lima ekar untuk kelapa sawit yang memberi hasil RM1,000 hingga RM2,000, jika mereka berpindah, mereka mahu makan apa.
"Pendapatan mereka akan hilang jika terlibat dengan pengambilan tanah," katanya.


Ini kerana projek tersebut akan mengganggu dan merosakkan habitat laut seperti ikan, udang galah dan burung-burung yang berhampiran di kawasan itu.
"Jadi identiti Pengerang, apabila orang Singapura datang mahu makan udang galah, (hasilnya) sudah berkurangan.

"Dulu nelayan turun dapat 20 ekor, sekarang turun, dapat satu, dua ekor sahaja," katanya.

Melayu berpecah
Menurut Kasran lagi, kebanyakkan peniaga di sini juga risau dengan masa depan perniagaan mereka jika tanah itu diambil bahkan mereka akan ditempatkan di Kg Baru Teluk Rumania yang terletak dua hingga tiga kilometer dari kawasan projek.

Kasrun juga mendakwa kesan pengambilan tanah telah menyebabkan penduduk dan institusi keluarga berpecah belah khususnya bagi penduduk Melayu.


pengerang protest demo 180312Ini kerana terdapat kelompok di kalangan mereka yang "mengira wang" untuk menjual tanah mereka, dan ada yang membantah pengambilan tanah itu.

"Sudah berpuluh-puluh tahun orang tua-tua buat rumah cantik-cantik. Tapi (hari ini) seperti dalam kena 'bom' , (ada pihak) datang, mahu ambil tanah.

"Kami mahu kekal seperti ini, mahu cari makan cara masing-masing... Perancang projek ini tidak memikirkan faktor kemanusiaan, tetapi hanya keuntungan.

"Penduduk perlu diutamakan, kita rakyat Malaysia," katanya dalam sidang media yang diadakan di bangunan MCA cawangan Kg Sungai Kapal.

Sehubungan itu, jawatankuasanya akan menghantar memorandum rayuan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mempertimbangkan rayuan mereka.

Memorandum itu akan diserahkan melalui MCA.


~malaysiakini

01 di masai johor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di masai johor - Google Blog Search


Jawatan Kosong Customer Relation Rep Vacancy in <b>Masai</b>, <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2012 03:10 PM PST


We are an established company distributing consumer and pharmaceutical products and have an Immediate vacancy for the following position:

CUSTOMER RELATIONS REPRESENTATIVE
Requirements:
- SPM or equivalent
- 1-2 years working experience
- Good command of English and Bahasa Malaysia
- Computer literate
- Valid driving license with own transport

We offer a 5-day work week

Interested applicants, please send in your detailed resume stating contact no, current & expected salary and a recent passport-sized photograph to Please Login or Register to apply this job online. or mail to:

SUMMIT COMPANY (M) SDN BHD (007775-T)
8 Jalan Masai Lama, Seri Alam
81750 Masai, Johor

Only short-listed candidates will be notified.

Subscribe to MalaysiaJobs.biz by Email now to receive FREE jawatan kosong malaysia jobs information direct to your email.

Search Malaysia Jobs in 2012 :

Kerja kosong di seri alam masai, vacancies at kota putri masai 2012, kerja kosong di masai johor

01 di kahang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di kahang - Google Blog Search


Taman Nusantara <b>Gelang Patah</b> Johor | Rasa Mewah Catering

Posted: 27 Mar 2012 08:32 AM PDT

Perkhidmatan katering di Taman Nusantara Gelang Patah Johor dibawah Bandar Nusajaya. Walaupun dengar macam jauh antara Taman Bukit Mewah dan Taman Nusantara tetapi dengan adanya laluan Highway Second Link, jarak perjalanan semakin dekat dan masa yang diambil kurang dari 20 minit.  Taman ini bersebelahan dengan Kg Melayu Gelang Patah.
Terima kasih kepada Cik Shura kerana memberikan kepercayaan kepada Rasa Mewah Catering untuk menyediakan makanan kepada para tetamu dan sanak saudara pada Majlis Perkahwinan beliau. 
Untuk saiz yang lebih besar, sila klik pada imej. 
Katering Taman Nusantara Gelang PatahKatering Taman Nusantara Gelang PatahKatering Taman Nusantara Gelang Patah

Katering Taman Nusantara Gelang PatahKatering Taman Nusantara Gelang PatahKatering Taman Nusantara Gelang Patah

Katering Taman Nusantara Gelang PatahKatering Taman Nusantara Gelang PatahKatering Taman Nusantara Gelang Patah

Katering Taman Nusantara Gelang PatahKatering Taman Nusantara Gelang PatahKatering Taman Nusantara Gelang Patah

Katering Taman Nusantara Gelang PatahKatering Taman Nusantara Gelang PatahKatering Taman Nusantara Gelang Patah

Majlis Pernikahan telah selamat diadakan pada sebelah paginya. Rombongan Pengantin lelaki dapat juga beristirahat di Homestay PERKEP yang telah disediakan sementara menunggu acara Bersanding pada petangnya.
Anecdote 1: Tersenyum Mak Pengantin bila mendapat pujian kesedapan makanan yang dihidang dan pandai memilih katering.
Anecdote 2: Cuaca amat panas sekali dan tiada tiupan angin, sehingga hampir pengsan pekerja kami. Sedikit hujan pada sebelah petang selepas majlis tamat. Alhamdulillah.
Anecdote 3: Orang pertama yang menghiburkan para tetamu dengan berkaraoke adalah.......Bapa Pengantin.

01 di desaru - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di desaru - Google Blog Search


me and mine: kenangan <b>di desaru</b>...happy family

Posted: 20 Apr 2012 10:05 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]kenangan di desaru...happy family. Posted by Me And Mine at 22:05 ... wet world. happynya anak2... di wetworld shah alam tak sempat nak amik pic banyak2 sebab sibuk main air. hehe... kenangan di desaru...happy family ...

01 di kukup - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di kukup - Google Blog Search


PANTAI <b>KUKUP</b> Pantai <b>Kukup</b> terletak <b>di</b> Desa Kemadan

Posted: 03 May 2012 02:01 AM PDT


Pantai Kukup terletak di Desa Kemadang, Kecamatan Tanjungsari, sekitar 1 km timur Pantai Baron atau berada kurang lebih sekitar 25 km ke arah selatan dari Kota Wonosari. Waktu yang dibutuhkan untuk menuju ke Pantai Kukup jika dari Kota Yogyakarta ini membutuhkan waktu sekitar 2 jam menggunakan kendaraan bermotor, baik roda empat maupun roda dua. Selain kendaraan pribadi, terdapat juga angkutan umum untuk menuju ke Pantai Kukup.
Pantai kukup termasuk salah satu pantai yang berpasir putih. Disana terdapat jalan setapak yang membelah bukit sampai Pantai Baron. Selain itu juga terdapat sebuah pulau karang yang dihubungkan dengan jembatan kecil. Hamparan pantai yang cukup luas dan sangat indah dapat dilihat dari atas pulau karang tersebut.
Pantai ini kaya akan biota laut sehingga pantai ini terkenal dengan beragam ikan hias air laut yang dijualn oleh para pedagang di sepanjang pantai. Selain itu, di pantai ini terdapat gua alam yang teduh. Pantai ini mempunyai gardu pandang yang terletak di pulau terpisah, ibaratnya  jika di Bali ada Tanah Lot, maka di Kabupaten Gunung Kidul, Prov. D.I Yogyakarta ada Pantai Kukup. Di pantai ini juga terdapat pendopo cottage dengan fasilitas yang cukup memadai. Sama seperti di Pantai Baron, di setiap bulan sura di pantai ini juga diadakan sedekah laut.

01 di pasir gudang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di pasir gudang - Google Blog Search


Pusat Tuisyen Terminal Sejahtera 1Malaysia <b>di Pasir Gudang</b> <b>...</b>

Posted: 08 May 2012 01:48 PM PDT

JOHOR BAHRU 6 Mei - Keluarga kurang berkemampuan tetapi ingin menghantar anak mereka mendapatkan kelas tuisyen kini mampu menarik nafas lega apabila Pusat Tuisyen Terminal Sejahtera 1Malaysia (TS1M)di Pasir Gudang, dekat sini mula beroperasi.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), On Jabbar berkata, pusat tuisyen yang mula beroperasi sejak Mac lalu itu merupakan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPSB) yang menyediakan kemudahan pembelajaran secara berkomputer.
"Matlamat utama pembangunan pusat tuisyen itu bagi menyediakan pembelajaran kendiri pada luar waktu sekolah kepada pelajar yang kurang berkemampuan secara percuma.
"Pelaksanaan ini dapat membantu para pelajar meningkatkan prestasi pembelajaran melalui penyediaan kemudahan tuisyen secara dalam talian," katanya pada majlis perasmian TS1M hari ini.
Ia disempurnakan Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha KWPSB, Datuk Adnan Md. Ikhsan.
On berkata, pusat tuisyen tersebut dibangunkan membabitkan peruntukan sebanyak RM770,000 dan sejak dibuka berjaya menempatkan 479 pelajar dari lapan buah sekolah berhampiran.
Beliau berkata, program pembelajaran adalah berasaskan perisian kursus multimedia interaktif selaras dengan kurikulum bersepadu Kementerian Pelajaran.
"Diharapkan pusat tuisyen ini dapat membantu para pelajar mengulang kaji pelajaran secara berkumpulan dan secara atas talian, sekali gus meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.
"Pusat ini dikendalikan oleh seorang penyelia dan dibantu dua fasilitator dan dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam," katanya.

01 di plentong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di plentong - Google Blog Search


Berita Keselamatan & PDRM: Pasukan khas siasat kes culik ketua <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 04:20 AM PDT

Dia buat dah: Pasukan khas polis siasat kes culik Ketua Wanita MIC

Posted: 09 May 2012 01:01 AM PDT

Pasukan khas polis siasat kes culik Ketua Wanita MIC - Sinar Harian:
JOHOR BHARU - Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes Ketua Wanita MIC Bahagian Pasir Gudang, K.Sundari, yang mendakwa dirinya diculik dan diserang kerana enggan melepaskan jawatan dalam parti itu.
"Ini kesalahan yang serius dan kita akan siasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik," kata Ketua Polis Johor, DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya akan menyiasat kes dari semua sudut.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan baru-baru ini bahawa Sundari telah diculik seorang wanita ketika bersembahyang di sebuah kuil di Plentong pada 10.30 malam 5 Mei lalu dan dibawa ke suatu tempat terpencil sebelum dikatakan ditampar, ditendang dan diugut.
Mangsa kemudiannya dikatakan ditinggalkan di sebuah tanah perkuburan Islam di kawasan Cahaya Baru di Masai di sini.
Sundari mendakwa penculik berkenaan yang disertai dua lagi wanita dan seorang lelaki memaksanya menurunkan tandatangan dan nombor kad pengenalan di atas tiga keping kertas bersaiz A4 selain mengambil wang tunai RM170 daripadanya. - Bernama

01 di lok heng - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di lok heng - Google Blog Search


Taman Nusantara <b>Gelang Patah</b> Johor | Rasa Mewah Catering

Posted: 27 Mar 2012 08:32 AM PDT

Perkhidmatan katering di Taman Nusantara Gelang Patah Johor dibawah Bandar Nusajaya. Walaupun dengar macam jauh antara Taman Bukit Mewah dan Taman Nusantara tetapi dengan adanya laluan Highway Second Link, jarak perjalanan semakin dekat dan masa yang diambil kurang dari 20 minit.  Taman ini bersebelahan dengan Kg Melayu Gelang Patah.
Terima kasih kepada Cik Shura kerana memberikan kepercayaan kepada Rasa Mewah Catering untuk menyediakan makanan kepada para tetamu dan sanak saudara pada Majlis Perkahwinan beliau. 
Untuk saiz yang lebih besar, sila klik pada imej. 
Katering Taman Nusantara Gelang PatahKatering Taman Nusantara Gelang PatahKatering Taman Nusantara Gelang Patah

Katering Taman Nusantara Gelang PatahKatering Taman Nusantara Gelang PatahKatering Taman Nusantara Gelang Patah

Katering Taman Nusantara Gelang PatahKatering Taman Nusantara Gelang PatahKatering Taman Nusantara Gelang Patah

Katering Taman Nusantara Gelang PatahKatering Taman Nusantara Gelang PatahKatering Taman Nusantara Gelang Patah

Katering Taman Nusantara Gelang PatahKatering Taman Nusantara Gelang PatahKatering Taman Nusantara Gelang Patah

Majlis Pernikahan telah selamat diadakan pada sebelah paginya. Rombongan Pengantin lelaki dapat juga beristirahat di Homestay PERKEP yang telah disediakan sementara menunggu acara Bersanding pada petangnya.
Anecdote 1: Tersenyum Mak Pengantin bila mendapat pujian kesedapan makanan yang dihidang dan pandai memilih katering.
Anecdote 2: Cuaca amat panas sekali dan tiada tiupan angin, sehingga hampir pengsan pekerja kami. Sedikit hujan pada sebelah petang selepas majlis tamat. Alhamdulillah.
Anecdote 3: Orang pertama yang menghiburkan para tetamu dengan berkaraoke adalah.......Bapa Pengantin.

01 di parit jawa - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di parit jawa - Google Blog Search


Satay <b>Parit Jawa</b>

Posted: 02 May 2012 05:15 AM PDT

Satay Parit Jawa telah bertapak hampir 1O tahun di Pekan Parit Jawa, Muar, Johor. Resipi yang dihasilkan adalah resepi warisan turun temurun dari satu generasi ke generasi. Jika anda ingin merasai keenakkan satay ini sila lah berkunjung ke Kedai Makan (berhadapan Sek Ren Keb Parit Jawa) di mana ia terletak di Pekan Parit Jawa, Muar, Johor. Sekali cuba pasti ada perbezaan dari satay yang pernah anda nikmatih lagi. Walaupun ibu merupakan pembuat satay tapi saya sering melakukan tinjauan ke kedai-kedai yang menjual satay untuk merasai citarasa pengusaha satay yang lain. Tapi kebanyakan pengusaha satay mengurangkan rempah/bahan dalam pembuatan satay sehingga hilang rasa kelazatan satay tersebut. Untuk mengetahui satay itu sedap dan enak ia bergantung kepada:
1) Kualiti daging yang digunakan.
2) Adunan rempah dan bahan-bahan yang digunakan mengikut sukatan yang betul. Seandainya rempah yang digunakan adalah terkurang atau terlebih rempah maka satay tersebut "kurang" enak.
3) Cara bakar. Daging yang dibakar kurang masak tentulah tidak enak dimakan tetapi jika terlebih bakar daging akan jadi keras.
Oleh itu, jika anda berkunjung ke Muar, jangan lupa singgah di Pekan Parit Jawa. Waktu perniagaan bermula dari 6.30ptg-12 malam. Email saya : satayparitjawa@gmail.com.
 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved