Khamis, 16 Ogos 2012

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Durian Runtuh <b>Di Pengerang</b> – Pribumi Perkasa Negara

Posted: 12 Aug 2012 09:45 AM PDT


Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) adalah satu projek yang akan membawa masyarakat Pengerang ke Mata dunia, Pemilihan Pengerang sebagai hab industri minyak dan gas merupakan satu rahmat kepada Johor kerana pelaburan yang besar akan dicurahkan ke negeri itu.

Pembangunan Rapid akan membuka banyak peluang pekerjaan dan perniagaan yang akan membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat, Walaupun terdapat suara suara sumbang yang seakan akan menolak pembangunan yang hendak dibuat oleh kerajaan dan tidak mahu berubah sebenarnya datang dari mereka mereka yang berkepentingan politik untuk melonjakkan nama mereka dan mengadaikan masa depan penduduk Pengerang.

Saperti mana Chua Jui Meng yang mengatakan projek ini sama dengan Lynas dan Pengerang akan menjadi satu kawasan radio aktif dan telah meracuni pemikiran penduduk untuk melakukan bantahan agar projek Rapid ini di batalkan.

Walaupun penduduk Parlimen Pengerang terdiri dari nelayan dan bekerja kampong mereka tidak dengan mudah mempercayai akan segala tomahan dan madu beracun Chua Jui Meng dan mereka menolak dengan mentah segala hasutan dari puak pembangkang, walaupun Ketua mereka sendiri telah turun untuk berkempen termasuk membawa orang dari luar saperti Taiwan untuk datang ke Pengerang bagi meracuni pemikiran orang kampong, tetapi tidak di indahkan juga. .. selanjutnya baca disini..

Ps/– Tulisan asal untuk ob21.net oleh Obey-One

TINTA BAYU: Pengambilan Tanah <b>di Pengerang</b>, Johor

Posted: 02 Aug 2012 06:10 PM PDT

Assalamualaikum, selamat berpuasa dan selamat sejahtera.

Sebelum mengakhiri minggu ini (minggu Nuzul Quran), saya tangguhkan dulu sambungan tajuk Pengambilan Tanah Di Bawah Seksyen 3(1)(b) dan (c) untuk memberi laluan kepada berita besar ini terutamanya kepada penduduk/tuan punya tanah di Pengerang, Johor.

Sebagaimana yang diheboh-hebohkan selama lebih setahun yang lalu, maka dalam bulan Julai ini telahpun menjadi kenyataan bahawa pengambilan tanah untuk Projek RAPID di Pengerang, Johor akan bermula apabila tanah-tanah yang terlibat telahpun diwartakan dibawah seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 pada 19 Julai 2012 yang lalu.
Tajuk warta tersebut adalah 'Pengambilan Tanah Di Bawah Perenggan 3(1)(b) Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486], Untuk Tujuan Terminal Petroleum Laut Dalam Di Tanjung Ayam, Mukim Pengerang, Daerah Kota Tinggi Untuk Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI)'.
Walau bagaimanapun bukan semua lot seperti yang diwar-warkan sebelum ini telah diwartakan dibawah seksyen 8. Lot-lot yang telah diwartakan hanyalah 82 lot mengikut warta no. 5901 bertarikh 19 Julai 2012 dan 1,059 lot mengikut warta no. 5902 bertarikh 19 Julai 2012.
Maklumat yang saya terima dari Pejabat Tanah Kota Tinggi, notis awam Borang E telahpun dilaksanakan mengikut seksyen 52 dan tuanpunya tanah bolehlah pastikan sama ada tanah-tanah mereka terlibat dengan pengambilan tersebut ataupun tidak. Sementara notis individu Borang E akan diserahkan kepada semua orang berkepentingan dalam sedikit masa lagi dan siasatan pengambilan tanah insya Allah akan dilaksanakan dalam bulan September yang akan datang

Untuk makluman penduduk/tuan tanah Pengerang juga pada 2 Ogos 2012 telah pun tersiar Warta Kerajaan Johor No. 6474 iaitu WARTA DIBAWAH S 4 AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960 dimana tersenarai sejumlah 252 lot dalam Mukim Pengerang dan 67 lot dalam Mukim Pantai Timur MUNGKIN AKAN DIAMBIL OLEH PIHAK BERKUASA NEGERI UNTUK TUJUAN:

'Pengambilan Tanah Di Bawah Perenggan 3(1)(b) Akta Pengambilan Tanah, 1960 [Akta 486] Untuk Tujuan Projek pembangunan Penapisan Minyak Dan Petrokimia, Mukim Pengerang dan Mukim Pantai Timur Daerah Kota Tinggi Untuk Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI)

Jika diperhatikan tajuk warta tersebut adalah sama dengan tajuk warta diperenggan dua di atas. Oleh yang demikian warta seksyen 4 ini adalah lot tambahan yang mungkin diambil untuk perlaksanaan projek RAPID tersebut.

PERHATIAN UNTUK TUAN TANAH DIMUKIM PENGERANG DAN PANTAI TIMUR!

Untuk mengetahui sama ada lot tuan-tuan tersenarai di dalam Warta Kerajaan Johor No. 6474 di atas ataupun tidak bolehlah mengetahuinya apabila warta tersebut akan dipamerkan di papan kenyataan Pejabat Tanah, papan kenyataan awam (masjid/balai penghulu) dan di atas atau berhampiran tanah-tanah tersebut sepertimana yang dikehendaki oleh seksyen 4(2) dan seksyen 53 Akta Pengambilan Tanah 1960

Durian Runtuh <b>Di Pengerang</b> | PANGLIMA.MY

Posted: 12 Aug 2012 09:50 AM PDT

Zuanbinjai

zuanbinjai |g3mb3lz|cbs|l0g0ut|Kang m4rco | Hypn0t1z3 | travis | Gonz | artupas | Bhend | setanmuda | allz hat | k1LL3r_m4ch1ne | z0mb13 | jali- | vodork | onez | oche_aneh | DrVoje | Ryo Edane | motaroirhaby | Raden Mas Tyo | dr4ckul4z | dodot'z | dopunk |Al3x Own5 | gendenk | b4k5O v1ru5 | james |m4ndut | ha we | dyaz | yuans | mishacker | j0k3r |purgatory |syptyanoz | redbone | tofan |el1t3r5|pak rt | s4l1ty | |r00tz0n3 | l0c4l | h4ckm4ch1n3 |salmin | play4 | And All people indonesia

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


zurazura: weekend <b>di batu pahat</b>

Posted: 06 Aug 2012 11:37 PM PDT

assalamualaikum kawan kawan.

kesian blog aku sangat sunyi ni..

jadi apakah yang telah aku lakukan pada minggu lepas? semestinya pulang ke kampug di batu pahat merasai suasana berpuasa di batu pahat pulak. asyik buka puasa di kepong je, nanti mak mentua majuk..jadi untuk ambil hati mak mentua, haruslah aku balik sambil bantu membantu apa yang patut..

aku tolong jahit langsir..

tolong goreng murukku..

tolong packing rempeyek dan tempeyek..

tolong buat kuih siput..

tolong hias bilik sendiri di batu pahat tu..

tolong jaga adik akib yang comel tapi muka sombong tu..

tolong ajar budak kecik tu jalan juga..

kalau nak dikirakan, aku boleh dapat anugerah menantu of the year lah! kalau nak kipas mak metua, kena kipas habis-habis..tapi bab bangun awal sediakan sahur di awal pagi adalah sangat fail lah..hancor anugerah menantu pilihan bila mak sampai terpaksa naik bilik ketok pintu kejut bangun sahor..

ha ha ha..

tapi takpelah, aku sedapkan hati aku sendiri yang malam sebelum tu penat jahit langsir rumah! bagi alasan kat mak henfon dalam beg tak dengar bunyi alarm jadi tak sedar nak bangun sahur..hehe..

jadi itulah pengalaman aku nak masuk dua tahun jadi menantu di bulan puasa ni. kalau korang ada pengalaman bleh share sikit?

*azmi kata aku macam kay. kay dalam cerita keluarga iskandar. nanti aku review sebab sekarang cerita tu adalah cerita favorite of the month.. :)

01 di kluang - Google Blog Search

01 di kluang - Google Blog Search


KUMPULAN KONGSIGELAP MENGEMBANGKAN SAYAPNYA <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 07 Aug 2012 03:30 AM PDT


KLUANG 6 Ogos - Pergaduhan antara dua kumpulan samseng dikenali sebagai Kaw Lak Kaw (969) dan Jin Ngee Thong yang berpunca daripada perebutan kawasan mengakibatkan seorang anggota salah satu geng itu cedera parah akibat diserang sekumpulan 40 lelaki, kelmarin.
Dalam kejadian di Taman Suria di sini pukul 11 malam itu, mangsa berusia 28 tahun terpaksa menerima 10 jahitan di kepala akibat ditetak dan dipukul dengan parang panjang, rotan, kayu snuker, kayu beluti dan pisau.
Mangsa yang merupakan ahli kumpulan Kaw Lak Kaw (969) sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan baik dengan ahli Jin Ngee Thong tetapi berselisih faham akibat perebutan kawasan selain enggan menyertai kumpulan terbabit.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, polis menahan suspek berusia 34 tahun yang merupakan pengurus sebuah pusat hiburan di sini dan seorang lagi berumur 16 tahun yang tidak lagi bersekolah.
"Terdahulu polis merampas rotan, kayu snuker dan kayu beluti yang ditinggalkan oleh kumpulan itu di lokasi kejadian.
"Polis kini mencari dua lelaki bagi membantu siasatan kes itu dan kita juga telah mengenal pasti kesemua suspek," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di sini hari ini.
Abdul Majid berkata, lelaki yang diburu itu ialah Ng Chai Lai @ Ong Lai Yu, 43, dipercayai merupakan ketua kumpulan Jin Ngee Thong dan Ng Kim Chay @ Kong Chai, 32.
Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa pada awalnya minum di kedai mamak bersama enam rakan lain tetapi dua daripadanya beredar awal iaitu sebelum serangan berlaku.
Katanya, serangan kumpulan itu mencederakan mangsa dan seorang rakannya yang berusia 18 tahun manakala yang lain berjaya melarikan diri.
Menurut Abdul Majid, mangsa dirawat di Hospital Kluang bersama rakannya yang cedera ringan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda.

Ceramah YB Ezam <b>Di Kluang</b>.wmv - Kampung Bokara

Posted: 07 Aug 2012 10:48 PM PDT

Official Blog of Pemuda UMNO Cawangan Bokara. This blog is not intended solely for Comments or political opinion is concerned, this blog is my partnership with our counterparts on the current activities, hobbies, travel, including the activities to take interesting pictures.

Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Perbandaran <b>Kluang</b> - Ogos 2012

Posted: 12 Aug 2012 03:46 PM PDT

ads