You are here: Home / Agama, Kebajikan, PAS, Pasir Gudang / Program Qurban PAS Kawasan Pasir Gudang Penyatuan Masyarakat Berteraskan Islam
Oleh: Abusiraj Almuner PAS Kawasan Pasir Gudang melakukan ibadat qurban di setiap 11 cawangannya di dalam Parlimen Pasir Gudang.
Di antara cawangan yang terlibat termasuklah cawangan Permas Jaya, Taman Mawar, Taman Sceintex, Taman Saujana, Cendana , Sri Alam, Tmn Rinting, Kota Putri Megahria, Plentong dan Air Biru.
Sebanyak 40 ekor lembu dan 6 ekor kambing telah di qurbankan pada tahun ini. Satu peningkatan menggalakkan, hasil daripada kerjasama dari semua pihak bukan sahaja daripada ahli PAS sendiri bahkan dari masyarakat setempat.
Bermula pada hari Jumaat, PAS Cawangan Permas Jaya telah menganjurkan ibadat qurban untuk kali yang ke 2 di rumah seorang anak yatim di Jalan Permas 2/4. 3 ekor lembu telah dikorbankan. Ramai pertugas yang hadir membantu adalah dari penduduk sekitar. Seramai 100 orang fakir miskin, yatim piatu dan ibu tunggal yang telah mendapat kupon menerima agihan daging qurban.
"Selain program qurban ini, PAS Cawangan Permas Jaya kerap mengadakan sumbangan keperluan asas kepada 100 keluarga miskin sekitar Permas Jaya. Beliau juga berharap dengan adanya program sebegini ia lebih mengeratkan lagi hubungan ukhuwah masyarakat setempat dengan PAS", kata Rahim Abdullah, 53 tahun, seorang pesara yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan Permas Jaya.
Di PAS Cawangan Sri Alam 2 ,di Bandar Sri Alam Masai, sambutan Majlis Qurban yang diadakan itu amat meriah sekali dengan kehadiran hampir 80 peratus penduduk Sri Alam. Kehadiran penduduk yang hadir membantu di luar jangkaan, mereka yang hadir adalah tentera dari penempatan tentera yang berhampiran, petugas rela, warga Sabah dan turut sama hadir adalah ahli-ahli UMNO Cawangan Sri Alam.
"Penganjuran kali ini adalah yang ke 5. 13 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah diqurbankan hasil daripada penyertaan penduduk dan ahli PAS sendiri. Setiap tahun katanya peningkatan penyertaan amat menggalakan hinggakan ada lembu yang diagihkan ke cawangan lain.
"Kali ini seramai 80 orang yang layak menerima dan akan diberi sebanyak 2 kilo setiap penerima. Kumpulan yasin wanita UMNO cawangan turut menyumbang 2 ekor lembu kerana dakwa mereka pengurusan PAS Cawangan Sri Alam adalah telus dalam pengagihan", ujar Amran Abdul Aziz, 45 tahun yang juga Setiausaha PAS Cawangan Permas Jaya.
Ramai pemimpin-pemimpin dari perbagai parti turut hadir. Antaranya dari UMNO dan PKR.
Turut berkata, Murad Jalani Ketua AMK Pasir Gudang,"Program seperti ini boleh diteruskan dan dijadikan acara tahunan untuk menghidupkan suasana Sambutan Aidiladha dikalangan penduduk setempat tidak mengira fahaman politik."
Rosli B Samiun, 52 tahun, Ketua Rela Sri Alam yang juga bekas Ketua UMNO berkata, "Rela membantu apa sahaja program rakyat tanpa mengira fahaman politik."
Program qurban Pas kawasan pasir gudang ini turut disertai oleh rakan-rakan dari Pakatan Rakyat. Di Sri Alam, Saudara Jimmy Puah Pusat Khidmat PKR Johor Jaya telah membantu Penyelia PAR Permas Syed Othman, mengagihkan kepada yang layak dan juga kepada petugas.
Kehadiran rakan-rakan dalam pakatan rakyat ini dalam program qurban yang dianjurkan adalah satu daripada dakwah serta kefahaman mereka terhadap Islam. Islam tidak melarang orang bukan Islam turut sama bekerjasama dalam ibadat qurban kerana ibadat qurban itu sendiri adalah sebahagian dari masyarakat. Ia juga satu dakwah untuk mereka mengenal dan mendekati dengan Islam.
Program qurban terakhir adalah di PAS Cawangan Plentong pagi semalam, di mana 3 ekor lembu diqurbankan. Program qurban di Plentong ini adalah kali ke 3. Tahun ini penyertaan peserta qurban meningkat dan kehadiran penduduk kampung sekitar juga bertambah.
"Peserta bertambah tahun ini dan sebelum itu PAS Cawangan Plentong hanya mampu untuk melakukan qurban hanya satu ekor sahaja tetapi tahun ini peserta yang menyertainya bertambah tanpa dijangka. Hadir sama pada program qurban pagi tadi adalah rakan-rakan dari DAP Johor Jaya", menurut kata Setiausaha Cawangan PAS Plentong Abusiraj Almuner.
"Satu peningkatan setiap tahun peserta qurban bersama PAS bahkan dari UMNO cawangan pun berminat untuk menjadi peserta kerana sistem pengurusan dan pengagihan yang telus. PAS kawasan tidak akan menolak walaupun berbeza pandangan politik kerana ibadat qurban adalah untuk semua yang beragama Islam.
"Selain itu, PAS Kawasan Pasir Gudang juga aktif dalam menjalankan program kebajikan untuk fakir miskin dan juga kerap mengadakan majlis ilmu untuk semua yang berminat tidak kira juga fahaman politik", ulas Abdul Aziz B Abdullah, 43 tahun, Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan Pasir Gudang.
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();