Rumah Untuk Disewa Di Tampoi Johor Bahru
Hmmm... tiba-tiba semalam Suami Mia beritahu yang penyewa sekarang ini akan berpindah ke rumah lain. Bulan Ogos adalah bulan terakhir. Memang dah ada dalam perjanjian sewa kalau nak pindah rumah kena beritahu notis sebulan awal.
Maka semalam petang dah mula sibuk nak cari orang untuk sewa rumah kami. Mia dah war-warkan kat dalam facebook.
Rumah Pangsapuri 5 Tingkat (sebelah tangki air)
Berdekatan Kipmart Tampoi, Johor Bahru
Mula masuk bulan September 2012
Keadaan rumah baik. Keutamaan akan diberikan kepada penyewa yang sudah berkeluarga dan beragama Islam. Ada perjanjian sewa rumah (agreement)
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi Suami Mia di 019-7089958.
Tengok dulu macam mana dalam beberapa hari ini. Kalau tiada orang nak sewa, terpaksa jugalah kami iklankan kat dalam
mudah.my.
p/s: sayang sangat kat rumah ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan