Selasa, 29 Januari 2013

01 di tebrau - Google Blog Search

01 di tebrau - Google Blog Search


Jawatan kosong 2013 <b>di</b> Majlis Daerah <b>Tangkak</b>

Posted: 24 Jan 2013 07:22 PM PST

Jawatan kosong 2013 di Majlis Daerah Tangkak

Jawatan kosong 2013: Majlis Daerah Tangkak ditubuhkan pada 1hb Ogos 1976 merupakan gabungan 9 buah Majlis Tempatan iaitu Tangkak, Kebun Baru, Sagil, Bukit Kangkar, Sungai Mati, Serom, Bukit Gambir, Grisek dan Kundang Ulu.Luas kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Tangkak ialah 13,566 hektar dengan jumlah penduduknya dianggarkan seramai 70,400 orang dan terdapat 17,600 pegangan hartanah dalam kawasan ini.Pusat Pentadbiran Majlis terletak di Tangkak iaitu 203km dari Barat Laut Johor Bahru dan 26km dari utara Bandar Muar.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia, Rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan ditutup untuk mengisi kekosongan jawatan berikut. Sila klik pada lampiran dibawah untuk melihat iklan dan borang permohonan.

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
2. JURUTEKNIK LANSKAP
3. JURUTEKNIK KOMPUTER

CARA-CARA MEMOHON:
(i) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan
Majlis Daerah Tangkak yang boleh didapati di Bahagian Sumber
Manusia, Pejabat Besar, Majlis Daerah Tangkak, dengan bayaran
RM1.00 setiap borang permohonan atau boleh di muat turun
melalui laman web, Majlis Daerah Tangkak,
www.mdtangkak.gov.my
(ii) Permohonan dari pegawai yang sedang berkhidmat dengan
Kerajaan/Kuasa-Kuasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah
dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah
Am Bab A , bil. 21 dan memastikan (Salinan Kenyataan
Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi)
tahun 2010, 2011 dan 2012 (sekiranya ada) disertakan bersama.

(iii) Semua permohonan juga hendaklah disertakan:-
a) Salinan sah Sijil-Sijil Persekolahan
b) Salinan sah sijil/dokumen akademik dan berkaitan
c) Salinan sah Kad Pengenalan
d) Salinan sah Sijil Lahir
e) Sijil Berhenti Sekolah-4-
f) Gambar warna berukuran pasport
g) Surat / dokumen-dokumen berkaitan jika ada, serta
dialamatkan kepada;

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANGKAK
PETI SURAT 63, 84907
TANGKAK, JOHOR.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 8 FEBRUARI 2013 ( JUMAAT )

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2013 ini.

Sila klik sini untuk muat turun borang permohonan.
———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2013

from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads