Selasa, 19 Februari 2013

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


Diera Tekikushika: Makanan <b>Mersing</b> ! Yummy!

Posted: 04 Feb 2013 05:43 AM PST

Hai semua.  hari ni aku nak share pada korang sume tentang makanan yang hanya boleh didapati di Mersing, Johor.  Makanan yang original favourite from Mersing.  Ada juga beberapa makanan yang boleh didapati di tempat lain, tapi lain sikit lah.  Tak macam yang kalau kita beli kat Mersing.  Entry ni bukan nak mengada-ngada atau demand.  Tapi sekadar berkongsi, nanti kalau korang pergi Mersing, bolehla try kan? 

Kuih ni aku panggil 'kuih kura-kura' sebab bentuk dia macam cengkerang kura-kura tu.  Nama betul tak pasti.  Apa yang pasti kuih ni sedap sesangat!  Dalam dia ada inti air gula.  Bila makan nikmat betul rasa manis dia tu.  Masa duduk Mersing, tiap kali mak pergi pasar, mesti cari kuih ni dulu. Yummy!

Ini roti oren.  Aku tak pernah lagi jumpa roti oren macam ni atau yang lebih kurang macam ni kat mana-mana kedai.  Cuma kedai roti dan kek keli je yang jual ni, yang aku suka.  Kedainya hanya boleh didapati di Mesing sahaja.  Roti ni panjang tau, lebig kurang satu kaki dia punya panjang.  And aku makan sorang panjang-panjang tu dan dijamah oleh mak sikit setelah sakit gigi. hikksss. :p

Pau Mersing atau lebih tepat Pau Sri Lalang.  Memang terbaik! Sebabnya pau ni inti dia tak kedekut.  Lagi best, macam korang tengok dalam gambar, tu pau ayam.  Ayamnya dia tak blended pon.  Dia just siat-siat macam korang makan soto tuu.  Barulah rasa inti dia.  Guess what?  Cuma RM1.00 sahaja, setakat aku pergi masa 26 hb ari tu lah.  Murah gila kan?  Dah la murah, sedap, inti banyak, pau gebu.  haisshh.  Ada ke kat tempat lain? huuu let me know
Chocolate cookies!  Terbaik dari kedai keli lagi! Heee sedap sedap sedap dan sedap.  Cookies ni pun aku tak pernah jumpa kat mana-mana kedai kek ke kedai roti ke. 
Last, ikan masin tenggiri.  Aku suka gila makan ikan masin ni.  Sungguh enak diratah sebegitu sahaja! hehe  Tapi Yana tak suka bau dia sebab sangat menusuk kalbu.  Yang ni ada jual kat tempat lain.  Tapi rasa dia tak sama. hikkss . Nak Mersing punya jugak!  Eh dah la cite, telan-telan air liur tau aku menaip neh. 
Hambooihhh sumenya tak pernah jumpa kat mana-mana nih.  Kembang kempis lah orang Mersing membaca entry ni.  Menyampah je bukan orang Mersing baca entry ni. Ape, tak nyampah?  haisshh ni nyampah ni, wat malu diri sendiri jek. Pang muka sendiri lah camni. huk huk.  Habis dah cerita makanan.  Semoga anda kenyang dengan melihat gambo ni sajep. :)

| All contents are fully copyrighted by Diera Tekikushika unless stated | Thank you |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads