Sabtu, 16 Mac 2013

01 di desaru - Google Blog Search

01 di desaru - Google Blog Search


2 Rakan Lemas Dibawa Ombak <b>Di Desaru</b> | MyNewsHub

Posted: 10 Mar 2013 10:54 PM PDT


KOTA TINGGI — Kegembiraan empat sahabat berkelah dan mandi-manda di pantai awam Desaru di sini bertukar tragedi apabila dua daripada mereka mati lemas dalam satu kejadian semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt. Mohd. Nor Rasid berkata, kedua-dua mangsa dari Taman Kota Masai, Johor Bharu itu dilapor hilang selepas dibawa ombak ketika mandi pada pukul 11 pagi.

Mayat kedua-dua remaja lelaki berkenaan iaitu Lee Vui Xhen, 19 dan Wong Yee Kin, 18 ditemui tidak jauh daripada lokasi kejadian kira-kira dua jam kemudian, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya, siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku apabila Lee tiba-tiba dihanyutkan ombak kuat dan Wong cuba membantu sebelum kedua-duanya hilang daripada pandangan.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk dibedahn siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing, katanya.— BERNAMA

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

KEPALE DAN KELAPE: 2 lemas <b>di Desaru</b>...benarkah ada <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2013 11:05 PM PDT

salam dari : Kepale dan Kelape

Akhbar Sinar Harian hari ini (11/3/2013) melaporkan kejadian 2 remaja lemas di pantai Desaru, Johor..


.Pantai Desaru merupakan pantai yang popular dikalangan pelancong asing terutama dari Singapura. Aku berasal dari kawasan berdekatan mengakui sukar mencari pantai seindah desaru (walaupun bagi penduduk tempatan desaru bukanlah pantai terbaik) dengan pasir memutih dan luas mata memandang. Dengan pantai yang landai, pantai desaru dan pantai-pantai sekitar menjadi tarikan pengunjung untuk mandi manda.. namun harus diingat..ombak dipantai-pantai ini juga agak kuat walaupun bukan di musim monson.

Sebenarnya saban tahun kejadian seperti laporan Sinar Harian sering berlaku malah berulang-ulang. (Tanpa niat menyinggung keluarga mangsa)..kadangkala sikap pengunjung bla bla bla ...hmmmm...cuba tengok gambar bawah yang aku amik semasa mengunjungi pantai Tanjung Balau (berhampirran Desaru) baru-baru ini

Larangan mandi dikawasan batu...beserta bendera merah menandakan pantai tak selamat untuk tujuan mandi manda..

iklan nak tengok tudung? atau jubah , telekung? klik jer kat sini GAYA HIJAB COLLECTION iklan
Lihat.. Pengunjung masih mandi di kawasan batu (ingat: dihari biasa larangan mandi dikawasan batu berkuatkuasa..apatah lagi dihari bendera merah dinaikkan)

pengunjung bersantai..bendera merah dimana-mana

Apa-apapun sila berhati-hati ketika bermandi manda di pantai yang menghadap Laut Cina Selatan..lagi 2 minggu sekolah akan bercuti..
Usah biarkan keseronokkan bercuti menjadi tragedi hitam yang menghantui kita sepanjang hayat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads