01 di segamat - Google Blog Search |
Warkah Kehidupan: CNY 2013 <b>di Segamat</b> Posted: 13 Feb 2013 06:08 PM PST Assalamualaikum w.b.t, Sempena Public Holiday CNY 2013 baru-baru ni, kami sekeluarga bercadang balik ke Segamat. Tapi hari Jumaat aku dah cuti emergency, mulanya kena pergi klinik ambil darah dsbgnya sampai dah dekat pukul 11. So lagi sejam jer dah nak rehat, so better aku ambil cuti ja terus, lagipun si baby tak sihat, batuk sampai bergema-gema sementera nanny yang jaga pulak pun tak sihat jugak coz dia ada semput. Disebabkan kasihan sgt kat nanny@nenek panggilan anak-anak, mama E.L jer terus hari tu, bolehlah basuh kain baju sebelum meninggalkan rumah. Esoknya jam 11.00 pg baru gerak ke Segamat, tapi sebelum tu sekitar jam 12.30 t/hari singgah dulu di rumah kawan mama kat area Taman Emas, Dengkil tu, rumah auntie Ainil yang baru dapat baby boy. Lebih kurang sejam jugaklah, selepas Zohor baru kita meneruskan perjalanan dan singgah makan kejap di Rembau. Sampai Segamat jam 5.00 ptg. Semasa cuti di Segamat, tak da apa sangat program, tapi rasa seolah-olah duduk di Cameron Highland pulak, rumah tok Mak pulak atas bukit sikit, dah tu hujan hari-hari tak berhenti-henti sampai nk gi jengah rumah sedara mara tok Mak pun tak sempat, itupun gagah jugak ke rumah Tok Ngah dan Tok Cik...Hujan, sampai nk mandi pun sejukkk sangat, memang tak berkipas langsung malam-malam. Semalam ( Rabu) baru kita semua balik sini, itupun mama sambung cuti, coz ayah tak nak sesak dengan jammed kalau balik hari Selasa. Dalam kesempatan bercuti tu, sempat tok Mak masak Laksa Johor dia yang marvelous itu......nak dapat pulak raya nantilah, tapi time tu mungkin mama tak boleh makan hu3 coz dalam tempoh quarantine. Glitter Text @ Glitterfy.com glitter-graphics.com |
Persaingan sengit antara Menteri dan bekas Menteri <b>di Segamat</b> <b>...</b> Posted: 26 Sep 2012 03:12 AM PDT KUALA LUMPUR, 25 September : Percaturan politik di parlimen Segamat, Johor semakin rancak dan panas menjelang pilihanraya umum ke – 13 melibatkan tiga parti iaitu MIC , PKR dan DAP . The Malaysian Times(TMT) difahamkan bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Chua Jui Meng yang juga merupakan Pengerusi PKR negeri Johor turut mengintai peluang untuk bertanding di Segamat mewakili pembangkang di PRU 13 walaupun kerusi tersebut ditandingi DAP sejak dulu lagi. Penyandang Ahli Parlimen Segamat Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC, yakin MIC tetap akan dapat mempertahankan kawasan tersebut yang diwakili oleh parti itu sejak 1982. Bagaimanapun beliau yang juga Menteri Sumber Manusia berkata tidak pasti sama ada akan bertanding di kawasan Segamat ataupun tidak. "Saya tidak pasti di mana saya akan bertanding pada PRU 13 yang akan datang nanti. Perdana Menteri yang menentukan siapa yang akan bertanding dan kawasan mana yang akan kami bertanding. Oleh itu, kami tidak tahu apa-apa pun sebelum diumumkan. "Tambahan,saya tidak tahu siapa dari parti pembangkang yang akan bertanding di kawasan Segamat. Saya tidak mahu membuat sebarang ramalan tetapi biasanya DAP yang akan bertanding bagi kawasan tersebut," kata Subramaniam kepada The Malaysian Times (TMT) semasa dihubungi hari ini. Nama Dr.Subramaniam mula menyerlah dalam kepimpinan politik MIC selepas disenaraikan sebagai calon untuk parlimen Segamat pada 1999 setelah bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu ketika itu menyingkirkan nama Datuk S. Subramaniam (kini Tan Sri Subra)yang juga penyandang Ahli Parlimen Segamat (bekas Timbalan Presiden MIC ) di saat – saat akhir sebagai calon untuk parlimen Segamat setelah memperkenalkan satu lagi Subramaniam untuk kawasan tersebut. Setelah menang dengan bergaya pada PRU 1999, Dr. Subramaniam turut berjaya mempertahankan Segamat dengan majoriti 2, 971 undi pada PRU 2008 walaupun negara dilanda tsunami politik. Segamat merupakan antara tiga parlimen yang berjaya dipertahankan oleh MIC pada PRU 12 , selain Tapah dan Cameron Highlands dimana ramai pemimpin utama MIC tersungkur, termasuk Datuk Seri S. Samy Vellu di Sungai Siput , Datuk Seri G. Palanivel ( Hulu Selangor ) dan Datuk S. Sothinathan di Teluk Kemang. MIC mempunyai satu rekod yang cemerlang dan baik di Segamat sejak bekas Timbalan Presiden MIC Datuk Subra mula bertanding di sana sejak 1982 sehingga 2008 walaupun negara pernah dilanda pelbagai krisis politik. Walaupun Dr. Subramaniam tidak dapat "mengesahkan" pencalonanya untuk penggal ketiga di parlimen Segamat, The Malaysian Times difahamkan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi "lampu hijau" kepada Subra untuk mempertahankan kawasanya untuk PRU 13 berdasarkan prestasinya yang amat baik selama ini. Namun berdasarkan situasi politik terkini , agak sukar sekali untuk membaca percaturan politik di parlimen Segamat di PRU 13 disebabkan suasana politik negara yang dilihat semakin kritikal saban hari serta pendekatan pihak pembangkang cuba mempengaruhi pengundi bukan melayu di Johor sejak kebelakangan ini. Parlimen Segamat merangkumi sejumlah 44, 973 pengundi dimana seramai 47 % Cina, 43 Melayu dan 10 % India. Selain nama Chua Jui Meng, nama Penasihat DAP Lim Kit Siang turut dikaitkan mengintai peluang bertanding di negeri Johor khususnya di parlimen Segamat disebabkan pengaruh pengundi Cina yang dapat "mengugat" peluang BN dikawasan tersebut. TMT turut menghubungi Chua Jui Meng selaku Ketua PKR Johor serta Pengerusi DAP Johor Dr. Boo Chung Hau untuk mendapatkan pandangan mereka tentang perkembangan tersebut yang turut menjadi perhatian politik negara. KOMEN CHUA JUI MENG Chua Jui Meng menyatakan bahawa beliau akan bertanding untuk mencapai kemenangan bagi parti PKR tetapi tidak dapat memastikan kawasan yang bakal ditandinginya di PRU 13. " Saya tidak pasti saya akan bertanding di Segamat atau tidak, parti yang akan menentukan di mana saya akan bertanding. " Jika saya diberi peluang untuk bertanding, saya akan mencuba sedaya upaya untuk mencapai kemenangan. Saya tahu cara untuk mendapat kemenangan", katanya kepada TMT hari ini. Jui Meng yang merupakan bekas Naib Presiden MCA berkata , beliau tidak takut untuk bertanding dengan sesiapa sahaja di Segamat sekiranya diberikan peluang untuk bertanding oleh pucuk pimpinan parti. "Saya tidak takut dengan siapa akan saya bertanding, saya hanya takut tiada pesaing," ujarnya KOMEN DAP Pengerusi DAP Johor Chung Hau pula menyatakan bahawa DAP masih belum menentukan calon bagi kawasan Segamat kerana senarai calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) masih belum dimuktamadkan lagi . "Kami akan membuat pertimbangan dari semua segi sebelum membuat keputusan dalam saol pemilihan calon. Biasanya, kami akan mendapat pandangan dari semua pihak," kata Chung Hau kepada TMT pada hari ini. Chung Hau juga menyatakan bahawa DAP Johor tidak mahu memberikan sebarang ulasan mengenai khabar angin yang menyatakan Penasihat DAP Lim Kit Siang akan bertanding di Segamat di PRU 13 yang akan datang. TMT turut dimaklumkan bahawa DAP yakin dapat menang di kawasan Segamat. "Kami yakin untuk menang di kawasan Segamat sedangkan kami hanya kalah dengan majoriti yang kecil iaitu sebanyak 2, 971 undi pada PRU 2008 . Justeru , tidaklah begitu sukar untuk mengalihkan sokongan kepada DAP dan kami yakin dapat melakukanya ," ujarnya. Sumber- sumber tertentu turut memaklumkan kepada TMT bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat sedang mengkaji senario di parlimen Segamat bagi memastikan calon yang terbaik dipilih dikalangan mereka untuk menewaskan BN pada PRU ke 13 nanti. Walaupun DAP difahamkan berpeluang untuk bertanding semula di Segamat, PKR turut dikatakan berminat di Segamat ataupun mana – mana dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Buloh Kasap ataupun Jementah. Pada PRU 2008, BN turut memenangi DUN Buloh Kasap dengan majoriti 4, 466 menerusi calon UMNO , Othman Jais yang menewaskan calon Pas. Manakala di DUN , Jementah calon BN , Lee Hong Tee dari MCA menewaskan calon DAP dengan majoriti 1, 306 undi – TMT |
You are subscribed to email updates from di segamat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan