01 di kahang - Google Blog Search |
Suara Ketam: Kerusi <b>Gelang Patah</b>: Anwar digesa jangan membisu Posted: 24 Feb 2013 01:07 AM PST Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk tidak terus berdiam diri melibatkan kemelut isu perebutan kerusi di Gelang Patah yang membabitkan Ketua DAP negeri Johor Dr Boo Cheng Hau dan Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng. Bekas Ketua Ranting PKR Sepang, Mafhul Ahmad berkata tidak sewajarnya Anwar yang bakal diangkat menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) terus membisu. "Anwar Ibrahim pun satu, dia mendiamkan diri, sepatutnya dia pun bersuara dan memberikan nasihat kepada Karpal Singh. Dr Boo mendakwa Chua sebelum ini mengumumkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah walaupun pembahagian kerusi masih dalam perundingan. Beliau kemudian menggesa Anwar untuk campur tangan bagi menyelesaikan kemelut perebutan kerusi di negeri Johor. Malah Dr Boo turut menyatakan hilang keyakinan dengan kepimpinan PKR negeri yang dipimpin Chua. Dr Boo dipercayai tidak berpuas hati dengan Ketua PKR Johor itu selepas secara terbuka menyatakan langkah DAP berhasrat mahu meletak Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong bertanding di Gelang Patah sebagai tidak matang. Ekoran kritikan secara terbuka itu, Pengerusi DAP Karpal Singh memandang serius ke atas tuduhan tersebut dan mengatakan DAP akan melancarkan satu siasatan bagi mengesahkan tuduhan tersebut dan mencari mereka yang bertanggungjawab keatas serangan tersebut. Bagaimanapun Mahful menggesa agar Karpal tidak mencampuri urusan kedua-dua pemimpin tersebut dan bimbang akan memburukkan lagi keadaan. "Chua Jui Meng mengatakan dia boleh menang sementara Pengerusi DAP mengatakan dia lebih kuat, jadi dia (Karpal) tak nak mengalah, masing-masing tak nak kalah. "Jadi jangan masuk campur (Karpal dan Lim Guan Eng), jadi DAP jangan masuk campur kecuali dia minta pandangan," katanya. Dalam perkembangan sama Timbalan Pengerusi Biro Pilihan Raya DAP Tan Kok Wai hari ini memberitahu bahawa Dr Boo tidak akan dikenakan sebarang tindakan disiplin bersabit kenyataan terbuka menyerang kepimpinan PKR baru-baru ini. Tan menegaskan tindakan yang diambil Dr Boo hanya menyuarakan perasaannya, tiada kena mengena dengan disiplin. "Tidak perlu... Ia hanya luahan perasaan bukannya melibatkan disiplin," kata Tan kepada pemberita. Dipetik di sini.. |
You are subscribed to email updates from di gelang patah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan