Ahad, 17 Mac 2013

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di mersing</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Feb 2013 03:09 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di mersing</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Feb 2013 03:29 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Mersing.my: Keunikan & Keindahan Air Surut <b>di Mersing</b>

Posted: 31 Dec 2012 07:36 AM PST

Kawasan pantai cetek berhampiran  bandar Mersing yang disempadani oleh Pulau Setindan dengan kawasan laut dalam merupakan fenomena yang unik. Ketika air surut  pengunjung mungkin boleh sahaja berjalan kaki menyeberangi ke pulau tersebut yg mungkin jaraknya 2-3 km ( PHD belum pernah melakukannya). Cuma satu nasihat jika tidak pasti keadaan air pasang silalah bawa brg berisi sedikit bekalan makanan, air dan life jaket. Manalah tahu anda mungkin terperangkap di pulau tersebut atau di tengah-tengah laut apabila air pasang

Permukaan air laut bertukar menjadi 'cermin'.. 

Fenomena air surut yang indah di Mersing..Perairan cetek yang surut menjadikan permukaan air seperti cermin membayangi pulau-pulau berhampiran Mersing.
MERSING LAGUNA..
Inilah perairan cetek yang dicadangkan untuk membina pulau-pulau tiruan untuk pembangunan resort yang luasnya lebih kurang 3000 hektar tetapi dibatalkan baru-baru ini.

Pulau Setindan..Sempadan terakhir perairan cetek. Apa yang dilihat dalam foto ini sepatutnya menjadi Mersing Laguna
 Di sebelah kiri ialah menganjur pantai-pantai dan teluk sehingga ke Teluk Buih. Teluk Buih bersebelahan dengan Pantai Air Papan yang popular. Kawasan ini sepatutmya menjadi sempadan sebelah kiri Mersing Laguna.
Kini sudah terdapat jalan yang dinaik-taraf dan menjadi laluan pantai utama dari Mersing ke Air Papan. Terdapat banyak chalet dan gerai-gerai seperti Roti Arab
Di sepanjang pantai Mersing dari selatan ke utara terdapat banyak kemudahan permainan kanak-kanak. 
Sebuah tabika Kemas berhadapan dengan pantai ini..

| PADUKA PULAI | : Pembangunan <b>di Mersing</b> (Mersing Laguna)

Posted: 21 Apr 2012 11:07 PM PDT

Penduduk Mersing Diseru Rebut Peluang Pembangunan Mersing Laguna
MERSING: Kerajaan Negeri berharap penduduk Mersing mengambil peluang daripada kesan pembangunan Mersing Laguna yang akan mentransformasikan bandar itu kepada bandar ekopelancongan dalam tempoh kira-kira tujuh tahun.
Menteri besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, berkata setiap golongan masyarakat di Mersing mempunyai peranan untuk menjayakan transformasi daerah itu supaya manfaatnya dapat dinikmati bersama.
"Majlis pecah tanah pada hari ini adalah sebagai tanda permulaan satu projek pembangunan Mersing sebagai sebuah bandar pelancongan. Pembangunan secara perkongsian bijak di antara Kerajaan Negeri dan swasta di atas tanah tebus guna seluas 809 hektar ini akan membabitkan pelaburan tidak kurang daripada RM4.5 bilion."

Katanya, Kerajaan Negeri yakin projek itu akan membawa manfaat besar kepada hampir 100,000 penduduk Mersing sama ada secara langsung atau tidak langsung dari segi pewujudan peluang pekerjaan mahupun perkhidmatan daripada industri sokongan sektor pelancongan, di samping kesan limpahan kepada kegiatan ekonomi yang lain.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Resort Bersepadu di atas kawasan yang akan ditebus guna oleh sebahagian pesisiran pantai Mersing (Projek Mersing Laguna) di Dataran Pulau Mersing, di sini, baru-baru ini.

Turut berangkat ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar. Hadir sama ialah Presiden Power Constructions Corporation China, Ma Zong Lin dan Ketua Eksekutif Radiant Starfish Developement Berhad, Ungku Safian Abdullah.

Jelasnya lagi, untuk rekod, Mersing sudah terkenal dengan kekayaan alam sekitar terutamanya pesisir pantai dan gugusan kepulauannya yang terbanyak di Malaysia, terdiri daripada Pulau Sibu, Pulau Tinggi, Pulau Aur dan Pulau Pemanggil.
"Sejak dulu lagi, daerah Mersing dengan keluasan 2,800 kilometer persegi sudah termasyhur dengan pantai yang memanjang lagi memutih, sungai yang lebar lagi jernih, hutannya yang luas dan tertua, pulau-pulau yang banyak lagi indah, hasil buminya yang kaya lagi subur, sehingga menjadi tumpuan pengunjung dan pelabur," katanya.
Kawasan ekopelancongan Mersing Laguna akan dibangunkan dengan nilai pelaburan sebanyak RM22 bilion dan dijangka siap sepenuhnya pada 2019. Komponen pembangunan itu akan mewujudkan tiga buah pulau buatan yang merangkumi pembinaan 22 hotel, 4,000 vila dan pangsapuri, kemudahan marina seperti pangkalan khas tempat kapal layar, pelabuhan bot persiaran serta beberapa pusat komersial.
Projek berkenaan dibangunkan melalui kajian terperinci selama lima tahun dengan pelaksanaan kajian kesan alam sekitar dan sosioekonomi penduduk setempat. Apabila siap kelak ia dijangka dapat menawarkan 12,600 peluang pekerjaan di kawasan berkenaan.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar menyempurnakan gimik perasmian pembangunan Mersing Laguna sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman (kanan); Presiden Power Constructions Corporation China, Ma Zong Lin (empat dari kiri); Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (dua dari kanan) dan Ketua Eksekutif Radiant Starfish Developement Berhad, Ungku Safian Abdullah.
Pada majlis berkenaan, Sultan Ibrahim meminta agar penduduk Mersing memberikan kerjasama sepenuhnya kepada usaha menaik taraf bandar itu dengan mengetepikan sifat cemburu, menabur fitnah atau cuba mengkhianati usaha murni yang hendak dilaksanakan.
"Pihak pemaju dan kerajaan telah menjalankan kajian mendalam dengan mengambil kira semua faktor serta kesan projek berkenaan kepada penduduk dan alam sekitar.
"Suka saya ingatkan di sini supaya jangan ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan bertindak membuat bantahan atau tuntutan yang bukan-bukan untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan politik.
"Sebagaimana semua maklum, saya memang sering datang ke Mersing yang menjadi tempat permainan saya sejak kecil lagi. Oleh itu, saya sendiri akan sentiasa mengawasi kemajuan projek ini dan memastikan ia dibuat dengan baik. Sekiranya penduduk Mersing mempunyai masalah yang berkaitan dengan projek ini, maklumkanlah kepada Pegawai Daerah yang akan menyampaikan masalah tersebut kepada saya," titah baginda pada majlis pecah tanah projek pembangunan Mersing Laguna di Dataran Pulau, di Mersing. 

UMNO MERSING SUDAH GAGAL MEMBELA MELAYU <b>DI MERSING</b>

Posted: 05 Dec 2012 12:50 AM PST

Dalam lawatan ke Mersing juga PAR permas sempat menziarahi seorang wanita yang kesempitan hidupnya.Par permas bersama PAR Endau menziarahi Puan Marsiah bte Ramli 44 tahun dan menyumbangkan sedikit keperluan asas untuk beliau sekeluarga.

Menurut katanya rumah beliau tiada bekalan elekterik sudah hampir 17 tahun kerana tidak mampu.suami beliau berkerja kampung mengambil upah kadangkala tidak berkerja kerana tiada kerja yang nak dilakukan.Mempunyai 3 orang anak lelaki,2 daripadanya sudah berhenti kerana tidak mampu nak menyekolahkan mereka dan hanya tinggal yang bongsu masih beresekolah dalam darjah 6.

Katanya lagi mereka sekeluarga kadang-kadang tidak menjamah nasi dan lauk kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.

Atas perihatinan PAR Endau melalui penyelianya Ust Azam Razak akan berusaha untuk  membantu keluarga beliau dan cuba sedaya upaya untuk membantu semampunya.

Inilah realiti Negeri yang diperintah oleh UMNO....siapa kata negeri yang diperintah oleh UMNO tiada orang miskin....siapa kata negeri diperintah oleh UMNO rakyatnya terbela,silap!!!!...lagi Malang sekiranya WAKIL RAKYATnya BERTARAF MENTERI tidak mampu untuk membantu!!!!

Ayat yang padan disebut ... disitu UMNO memerintah,disitulah melayu merempat....

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads