Khamis, 28 Mac 2013

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


munamuni: Berkain <b>di Mersing</b>

Posted: 18 Mar 2013 11:39 PM PDT

As salam,

Sebagai orang kampung yang lahirnya di kampung yang tiada pantai, ya , Pontian ada laut, tapi tiada pantai (pasir yang bersih, dan laut yang boleh buat mandi) juga kampung yang tiada sawah, tapi ada nanas, maka  aku pernah mempunyai keinginan iaitu bergambar dekat sawah , dan berbaju kurung di pantai.

Impian aku yang satu ini terlaksana pada umur ku masuk 25 tahun, dan lokasinya adalah  Mersing . Lepas kenduri kahwin kat Tenggaroh 5, Ira pun bawak lah kita melawat Mersing.

Lokasi : Tanjung Leman

Photographer : Ira dan Mun ( makhluk comel iras pelakon #kisahcinta). Ok, nak muntah kejap lagi eh.

 Diaorang ni memang bajet puteri bunian nak masuk team penari kebangsaan

 Lihat! berbakatkan mereka?, ini lah kesannya bila ikut arahan choreographer.
 Ala, jangan marah eh, nah gambar ayu korang.

Gambar sopan,  harus diletakkan, gambar macam harlem  harus dilupuskan
 2 sahaja gambar sopan....

Kaki masing-masing hilang akibat edit berlebihan.
Tudung serabai itu perlu yer.

Tips pemilihan baju  ke pantai; tips kau!

Pastikan baju tu tak berapa nak sayang sangat,   kena pulak singkirkan pasiaq dok kat kain.
Tambahan kena hadap kaki gatai , ini bagi sesiapa yang tak biasa main pasir time kecik :p

Lokasi : Air Papan, Mersing 

Masa datang sini, memang jatuh cinta dengan laut dan langit yang Subhanallah cantiknya. Masa ni air surut.

Bakat tarian kayu harus ditunjukkan

Gaya tarian anggota polis trafik, renang fee style dan siram pokok bunga .
Tak ke nampak cam ustazah pilihan tu.
 Manusia memang tagih pujian.
 Nama pena. Pena lah sangat, nama laman sosial.
Arahan : Cari perbezaan gambar.
Itulah kesan main tulis je, sekali tulis terbalik. 
dah kena edit, shhh......awak jek tau yang tahu nih
Lokasi : Bendang, jalan nak pergi Air Papan
Bergambar di sawah, memang jadi keinginan aku dan semasa belajar kat utara, Arau, Perlis sana tu memang senang sangatlah kalau nak bergambar, tapi malangnya tak tahu kenapa sekeping gambar pun tak dok.
Lagi satu masa kat Perlis, aku teringin sangat nak amik gambar kat ladang tebu, pun sama tak tercapai juga keinginan aku tuh.Orang lain dok nak amik gambar kat kebun bunga tulip ke lavender ke Eiffel tower ka, aku ladang tebu ngan sawah pun jadi. 
Posing patah pinggang berlatar langit biru.
keluar gaklah gambar cam harlem.
Buat muka puas hati dapat posing kat sawah, 
Kaki gatal siapa yang tahu. 
Sambil doa, janganlah ada ular. Pacat tak terfikir.
Lokasi : Dataran Pulau Mersing, dekat dengan hospital Mersing
kat sini ada aktiviti rekreasi disediakan, menunggang kuda pun hado, sesuailah, kalau yang ada anak-anak kecik  tu bawak pergi sini, yang tak da anak tu ,  boleh main  jugak , jangan risau.
nenek ku kahwin dengan anak raja. Eh?!
Ini yang si Ira nak sangat main mende nih, aku cakap, aku tak boleh sebab aku mana pandai tunggang motor, bonceng pandai lah, nak naik RM10, 13 round.
Akak tak kira walaupun berkain, dan  cuma budak-budak je yang main benda alah ni. Akak nak jugak naik, dik.

si Ira bawak accident langgar tayar. Malu tau akak, pegang besi kat belakang. 
Eleh, setakat pakai brek ngan minyak kat tangan , susah lagi naik basikal.
Pastu moh leh , kita beli kepok, buat tambah protein   ngan kolestrol
Cakaplah nak 10 batang nak buat meniaga, dapatlah RM8 -10 batang.
Gua beli kat haji Ramli, deret-deret ni ada Haji Puteh ngan beberapa kedai kepok lagi.
Ayu memang begini muka dia time amik gambar , ayewwww sangat.
Cik Paris masuk kampung memang gitew. Amik gambar 2 saat, pastu naik balik.
Begitulah sesi berkain kita .
 Lepas ni nak bergambar kat ladang nanas pulak, 
sebelum pupus semua , orang buat tanam kelapa sawit.

Mersing.my: Pizza Hut Delivery (PHD): Tarikan baru <b>di Mersing</b>

Posted: 22 Mar 2013 09:38 PM PDT

Bersebelahan Farmasi Medi Chemie
Utara : Sehingga sebelum Endau
Selatan : Sehingga sebelum Kem Iskandar (komando)

Nombor panggilan 
1-300-82-2020


Hot Ticket ..Tiada dlm tawaran
 Macam-macam pilihan ada

 PHD telah dperingatkan oleh staf kaunter supaya tidak mengambil foto. Mengambil foto dilarang kecuali kebenaran pengurusan. Staf tersebut menunjukkan ada arahan larangan pada pintu hadapan. PHD memeriksa simbol larangan tiada kecuali tidak dibenarkan outside food dan lain-lain.
Ini kali pertama larangan ini ditemui di mana-mana restoran segera di Malaysia
Jadi terpaksa akur dan tak banyak foto boleh diambil.

 Harga 'Deal' untuk pembelian 2 large pizza pada harga rm 45..Harga biasa lbhkurang rm 60


 Ada macam-macam diskaun harga 50% bergantung pada hari bekerja dan bulan yg dinyatakan


Penerangan....baik dan jelas
Saya dah dapatkan Pizza (PHD) saya..Anda bila lagi ??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads