Sabtu, 16 Mac 2013

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


&#39;MY BEAUTIFUL&#39; MALAYSIA <b>DI MUAR</b>, JOHOR | Portal Berita iKDN

Posted: 03 Feb 2013 12:05 PM PST

Muar, 3 Februari 2013 – Seramai 20,000 belia termasuk 8,000 Skuad 1Malaysia Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah berkumpul di Stadium Sultan Ibrahim, Johor bagi menjayakan pelancaran Program 'My Beautiful' Malaysia peringkat negeri Johor.

Pelancaran My Beautiful Malaysia peringkat negeri Johor ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri.

Dalam ucapan perasmian, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin menyatakan sebanyak RM100 juta telah diperuntukan di bawah dana sukarela 1Malaysia dan tahun 2013 juga telah diiktiraf sebagai tahun sukarelawan negara.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang majlis pelancaran.  Antaranya mengecat kaunter tiket stadium dan menanam pokok bersama sukarelawan.  Senamtari juga turut diadakan.  Hadir sama ke majlis tersebut adalah isteri Timbalan Perdana Menteri, YABhg. Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Johor, YAB Dato' Abdul Ghani Othman, Menteri Pengajian Tinggi, YB. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Sumber Manusia dan YB Dato' Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads