Isnin, 18 Mac 2013

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


Cuci Mata <b>Di</b> Festival Layang-layang, <b>Pasir Gudang</b> - Ailyl Rozanna

Posted: 24 Feb 2013 06:13 PM PST

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); Festival Layang-Layang Sedunia kali ke-13, berlangsung di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang beberapa hari yang lepas dan semalam adalah hari terakhirnya. Tak tahu dan tak teringat langsung pun pasal festival ini padahal tepi jalan nak menghala ke rumah, bunting tentang festival bersepah-sepah tergantung pada tiang lampu. Sehingga ada seorang kawan tanya "tak jalan-jalan tengok layang-layang ke?" Bhaha. Kenapa pula tanya layang-layang ni. Sekali alamak yelah festival layang-layang tu! Sebelum ini pernah pergi sekali beberapa tahun yang lepas. Memang kalau tak silap bulan Februari setiap tahun rasanya ada festival ini kat sana. Ada macam-macam jenis layang-layang dari pelbagai negara yang ambil bahagian.
Lokasi memang berhampiran Muzium Layang-layang Pasir Gudang. Ramainya orang petang semalam. Kiterang bertiga tenggelam dalam lautan manusia. Blerghhh. Berhimpit-himpit je rasanya disepanjang laluan yang ada gerai-gerai kecil. Kat tempat lain lapang je. Memandangkan lokasi sebijik taman rekreasi keluarga maka ramailah bawa tikar masing-masing dari rumah dan bersantai tepi tasik manakala kaum-kaum emak yang ada anak kecil membawa buaian bayi dan gantung kat pondok rehat sambil mendodoikan anak masing-masing. Pehh macam kat rumah sangat dah. Whateverlah. Tapi macam kesianlah tengok pada baby.. kan cuaca panas dengan bunyi bising lagi even Danish sendiri marah dan masam dan takut tengok suasana macam itu. Nampak bersepah-sepah orang jual belon helium bentuk kartun pun takut siap paling muka peluk dedi kuat-kuat. Kahkahh anak manja betul.
Tak ada nampak pun banyak mana layang-layang besar. Adalah dalam 6 7 biji macam itu. Mungkin datang dah terlalu lambat petang semalam. Selain dari gambar layang-layang di bawah, yang lain semua layang-layang kecil je. Eh betul ke? Atau mungkin layang-layang kecil tu sebenarnya adalah lagi besar memandangkan semua berada jauh berterbangan nun kat atas tu! Tu yang nampak kecil. Menarik perhatian dan agak pelik ok mungkin pada aku sorang je yang imaginasi terlampau tinggi. Ape seh layang-layang sperma berterbangan?? Ok fikir positif. Fikir positif. Mungkin itu berudu yang akan bertukar menjadi seekor katak tak lama lagi. Hahahah. Fyi. Tak dapat snap pun layang-layang tersebut tunjuk bukti kat korang. Duh. Sorry.
Ok jadilah dapat tengok layang-layang besar depan mata walaupun sekejap. Tak boleh tunggu lama sebab cuaca memang semakin redup tapi sumpah melekit dan rimas satu badan. Apa tunggu lagi. Baliklah...

Labels:


| MY SWEET FUTURE >>>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads