Isnin, 18 Mac 2013

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


BLOG JOHOR: <b>di negeri johor</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Mar 2013 04:02 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pakatan Rakyat berpotensi besar menang <b>di Johor</b>

Posted: 16 Mar 2013 02:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melahirkan keyakinan bahawa negeri Johor mempunyai potensi yang sangat besar untuk dimenangi Pakatan Rakyat.

Ini, katanya kerana Pakatan Rakyat telah berjaya menembusi negeri Johor pada PRU12 pada 2008 yang lalu dengan memenangi beberapa buah kerusi, lapor Nusajaya Kini.

"Undi populariti kita juga sangat besar yang menyakinkan lagi Pakatan Rakyat untuk memenangi beberapa dewan undangan negeri dan parlimen di negeri Johor ini.

"Tambahan lagi, sambutan rakyat negeri Johor terhadap Pakatan Rakyat sangat memberangsangkan," tegas beliau pada sidang media yang diadakan sempena jamuan rakyat anjuran PAS Kawasan Kulaijaya, hari ini.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri ribuan masyarakat sekitar itu ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, Pengerusi DAP Negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau dan Pengerusi PKR Negeri Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng.

| PADUKA PULAI | : Bendera-bendera <b>di Negeri Johor</b>

Posted: 26 Mar 2012 09:09 AM PDT

Johor mempunyai rekabentuk bendera yang telah dicipta sejak zaman Temenggung Daeng Ibrahim. Bendera Johor yang pertama berwarna putih, telah digunakan oleh baginda sebelum tahun 1855. Selepas itu Bendera Johor berubah kepada warna hitam dengan menambahkan petak kecil berwarna putih di sudut atas penjuru kiri bendera dan telah digunakan sehingga tahun 1865. 
Apabila Temenggung Abu Bakar menaiki takhta sebagai Sultan Johor (Maharaja Abu Bakar), Baginda menggantikan petak kecil berwarna putih tersebut kepada warna merah berpangkah putih. Kemudian pada tahun 1871, bendera tersebut digantikan pula dengan warna biru laut dan segi empat berwarna merah dengan bulan sabit dan bintang pecah lima berwarna putih di sudut kiri bendera. Sejak tahun 1871, bendera ini sebagai bendera rasmi Negeri Johor yang digunakan sehingga kini. 
Bendera Johor yang digunakan pada sekarang ini dikatakan menyerupai dengan Bendera Turki. Hal ini kerana telah wujudnya hubungan diplomasi Sultan Johor dengan Kerajaan Othmaniah Turki pada satu masa dahulu (Sebab kenapa kedudukan bulan dan bintang itu condong).
Di zaman penjajah, bendera ini sentiasa dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack (bendera British). Inilah hikmah kebijaksanaan Kesultanan Johor untuk memastikan kedaulatan sultan dan bumi Johor sentiasa dipelihara dan dipertahankan, walaupun di era penjajahan. Keadaan ini telah mewujudkan satu perdebatan yang mempersoalkan Johor ketika era penjajahan, Benarkah Johor satu-satunya negeri Melayu yang tidak dijajah oleh British dan Jepun?
Pernahkan anda membaca kisah Panglima Tentera Jepun tunduk sembah ketika menawan Istana Johor selepas melihat potret Maharaja Jepun yang digantung di dalam istana? Lalu panglima tersebut mengarahkan angkatan tenteranya agar segera meninggalkan Johor dan terus mara untuk menawan Singapura. [Baca sini]
Adakah anda tahu (terutama anak Johor) maksud disebalik bendera Johor ini? Simbol anak bulan dan bintang yang berwarna putih melambangkan Agama Islam dan kesultanan Johor yang berdaulat. Warna merah melambangkan keperwiraan rakyat jelata Johor yang mempertahankan negeri. Warna biru tua pula mencerminkan kesejagatan kerajaan negeri. 

Dan adakah anda juga tahu bahawa di Johor, setiap kerabat Di-raja Johor iaitu terdiri daripada Sultan dan Sultanah Johor, Pemangku Raja dan Tunku Mahkota Johor mempunyai bendera sendiri? Malah terdapat juga bendera khas untuk Dato' Menteri Besar Johor.

Bendera Pembesar Daerah 

Di Johor, dahulunya setiap pembesar daerah ataupun digelar Orang Besar Daerah juga mempunyai bendera masing-masing iaitu di daerah Muar, Batu Pahat dan Segamat. Jawatan tersebut telah ditukar kepada Pegawai Daerah (DO) dalam pemerintahan moden Johor. Kini bendera daerah tidak digunakan lagi. Namun, dikhabarkan daerah Muar yang masih menggunakan iaitu bendera Muar masih dikibarkan di Pejabat Daerah Muar (mungkin orang Muar lebih tahu). Ketiga-tiga daerah ini berkait rapat dengan sejarah awal Johor. Lihat pada Jata Negeri Johor. Anda akan dapati ada empat bintang kecil di sudut perisai putih pada jata itu (merujuk kepada empat daerah awal di Johor). 

Kesimpulan

Marilah kita menghayati falsafah di sebalik simbol bintang, bulan dan warna-warna pada bendera Johor.
Dalam ertikata yang mudah, bendera Johor adalah lambang kedaulatan DYMM Sultan Johor, keperwiraan rakyat jelata Johor dan kesejagatan kerajaan negeri Johor. Lebih jelas lagi, bendera Johor adalah lambang yang merangkumkan institusi kesultanan, rakyat jelata dan kerajaan negeri.
Hasil kebijaksanaan Kesultanan Johor (Sultan Sir Abu Bakar), pada tahun 1885, United Kingdom bersetuju menandatangani satu perjanjian dengan Johor di mana negeri itu diiktiraf sebagai sebuah negeri merdeka yang mampu mengendalikan pentadbiran sendiri. Sebab itulah pegawai tinggi British yang ditugaskan ke Johor hanya bertindak sebagai konsultan, bukannya penasihat, seperti di lain-lain negeri di Tanah Melayu ketika itu.
Dan sebab itulah juga kesultanan Johor ketika itu boleh memilih untuk mengenepikan pandangan pegawai tinggi British dalam pengurusan negeri berkenaan di era penjajah.
Kedua-dua faktor di ataslah yang membolehkan bendera Johor dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack di zaman kolonialis. Ini bermakna bahawa kedaulatan sultan Johor dan bumi Johor sentiasa dihormati oleh British walaupun di zaman penjajah.
Lantaran itu, rakyat jelata Johor wajar berbangga dengan hakikat di atas. Mereka juga perlu menghargai kebijaksanaan kesultanan Johor yang mempertahankan dan memelihara kedaulatan dan maruah bumi Johor di era penjajah.
Oleh kerana sesuatu bendera itu melambangkan perpaduan sesuatu kelompok manusia dari semua latarbelakang kehidupan di dalam sesebuah negeri atau negara, mengapakah harus ada rakyat Johor yang kurang bersemangat untuk mengibarkan bendera Johor dan bendera Malaysia menjelang sambutan hari kemerdekaan?
Insaflah, kalau kesultanan Johor sentiasa memelihara dan mempertahankan kedaulatan bumi Johor dan rakyat jelatanya di era penjajah, menerusi bendera Johor yang dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack, tidakkah rakyat Johor hari ini rasa terpanggil untuk terus mempertahankan kedaulatan kesulatanan dan bumi Johor mutakhir daripada sebarang ganggu-gugat oleh mana-mana pihak?
Kibarkanlah bendera Johor dengan penuh semangat dan rasa cinta, kasih dan sayang yang total kepada Johor. Kibarkanlah juga bendera Malaysia atas dorongan semangat yang sama. 
=> Bendera Johor Berdaulat

Dikemaskini
Nota tambahan:
1) 4 bintang kecil di sudut perisai pada Jata Johor adalah merujuk kepada empat daerah (jajahan besar) terawal di Johor iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau. 
2) Daerah yg mempunyai bendera sendiri sejak dahulu lagi ialah Muar, Batu Pahat, Segamat (seperti yg dipamerkan di atas) dan Johor Bahru (masih mencari sumbernya). 
3) Mulai tahun 2012, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah berusaha mengadakan pertandingan mencipta bendera daerah bagi daerah-daerah yg tidak mempunyai bendera sendiri. [KulaijayaLedangKluang, Pontian]

Bendera PKR dan PAS diconteng dengan lambang Salib <b>di negeri</b> <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2013 04:25 PM PST


Tidak cukup dengan berbagai-bagai jenis keganasan dan vandalisma yang dilakukan oleh samseng-samseng yang diupah RM30 oleh UMNO terhadap apa saja yang menjadi milik PKR/Pakatan Rakyat.. kini bendera pula menjadi mangsa..

Kejadian dilaporkan telah berlaku di sebuah negeri yang dikatakan sebagai Kubu kuat terakhir bagi UMNO di Selatan Semenanjung..

Meskipun negeri tersebut merupakan kubu kuat bagi UMNO sebuah parti yang membela nsaib orang Melayu kononnya, perlu kita ketahui bahawa orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia.

Ini menurut Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas baru-baru ini dalam satu kenyataan yang boleh di baca di ( SINI )

Mungkin kerana terdesak kerana kemiskinan maka samseng upahan UMNO di Johor terpaksa mengambil upah menconteng bendera PKR dan PAS dengan lambang salib pula..


Laporan dari MSO mengatakan..

Satu perbuatan jahat yang sungguh mencelakan dilaporkan berlaku di Johor malam tadi apabila bendera PAS dan PKR dicalitkan (print) dengan lambang salib. Kejadian itu berlaku di Batu Pahat Johor.

Selain bendera itu dicop dengan lambang salib ianya juga ditulis dengan perkataan-perkataan buruk menghina kedua-dua parti itu, ini menggambarkan si pelakunya seorang yang belum tamadun ataupun "gedebe tahi kucing."

Cara berpolitik tidak bermoral ini juga menunjukkan pihak yang melakukan perbuatan itu dalam keadaan terdesak dan nazak.

Tidak dipastikan apakah perletakan lambang salib itu pada bendera kedua-dua parti itu yang telah dipasang, atau ia disiapkan awal-awal kemudian dipasang malam tadi.

Beberapa helai bendera yang dicop lambang salib itu telah diturunkan. Satu laporan polis berhubung kejadian itu dikatakan telah dibuat pagi ini - laporan sepenuhnya sila baca di ( SINI )


Budaya apa agaknya yang pemimpin-pemimpin UMNO cuba terapkan di sini selain dari budaya kurang ajar dan tidak bertamaddun?


Saksikan juga bagaimana di negeri ini anak-anak Melayu yang masih bersekolah diajar untuk menjadi kurang ajar dengan menunjukkan isyarat lucah kepada beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat di ( SINI )

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads