ads

Rabu, 24 April 2013

01 di lok heng - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di lok heng - Google Blog Search


AIDC » Strategi DAP : Kit Siang Dakwa Peluang Menang <b>Di Gelang</b> <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2013 07:06 AM PDT

AIDCNews – 17/04/13 – Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini dilihat menggunakan strategi menarik simpati di mana beliau menganggap dirinya sebagai 'underdog' dan bakal tewas di dalam pertembungannya dengan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bagi kerusi Parlimen Gelang Patah.

"Saya meramalkan peluang saya (untuk menang) di kerusi Parlimen Gelang Patah adalah 45 peratus, berbanding 55 peratus bagi Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman senarai calon-calon DAP bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengundi Gelang Patah terdiri daripada 53 peratus Cina, 34 peratus Melayu dan 12 peratus India.

Bernama turut melaporkan Kit Siang hari ini telah mengumumkan 6 calon DAP bertanding di parlimen dan 14 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

"Senarai calon-calon kita adalah bersesuaian untuk mencetuskan tsunami politik di negeri Johor dan Malaysia keseluruhannya. Ini (calon-calon DAP) akan menyambung tsunami politik yang terhenti lima tahun lepas," kata Kit Siang.

Berikut adalah senarai calon-calon DAP bagi kerusi Parlimen dan DUN negeri Johor.

PARLIMEN

P.142 Labis — akan diumumkan kemudian

P.145 Bakri — Er Teck Hwa

P.152 Kluang — Liew Ching Tong

P.162 Gelang Patah — Lim Kit Siang

P.163 Kulai — Teo Nie Ching

P.165 Tanjung Piai — Mahdzir Ibrahim (muka baru)

DEWAN UNDANGAN NEGERI

N02. Jementah — Tan Chen Choon

N06. Bekok — Lim Eng Guan (muka baru)

N10. Tangkak — Ee Chin Li (muka baru)

N12. Bentayan — Chua Wee Beng (muka baru)

N19. Yong Peng — Chew Peck Choo

N23. Penggaram — Gan Peck Cheng

N28. Mengkibol — Tan Hong Pin (muka baru)

N30. Paloh — R.Shanker (muka baru)

N42. Johor Jaya — Liow Cai Tung (muka baru)

N45. Stulang — Chen Kah Eng (muka baru)

N46. Pengkalan Rinting — Cheo Yee How (muka baru)

N48. Skudai — Dr Boo Cheng Hau

N52. Senai — Wong Shu Qi (muka baru)

N55. Pekan Nenas — Yeo Tung Siong (muka baru)

Razali : Perancangan Strategik DAP Tawan Putrajaya

Razali : Perancangan Strategik DAP Tawan Putrajaya II

Lim Kit Siang: Saya Mahu Pecahkan Kubu UMNO

Sinchew Daily : Lim Kit Siang Berang Anwar Buat U Turn

Abdul Ghani Anak Jantan Pertahankan Johor Ditembusi DAP

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved